Rakan Seperjuangan

Friday, July 24, 2009

Cara Paling Ringkas Solat Jenazah

Solat jenazah ada tergolong dalam fardhu kifayah..xdiwajibkan atas semua org..tapi klu tiada sorang pun yg melakukannya maka semua akan menanggung dosa..

solat ini amat mudah sekali utk dilaksanakan..namun begitu kita haruslah berusaha lebih gigih utk menghafal doa2 yg terkandung dlm solat jenazah..

solat jenazah adalah berbeza bg lelaki, perempuan dan kanak2 belum baligh..

Mula2 Niat: sahaja aku solat bg simati ini empat takbir fardhu kifayah kerana ALLAH Taala.
(niat dlm bahasa arab agak rumit, so bg yg mula2 nak berjinak2 tu, buleh je niat dlm bahasa melayu, bukannya wajib niat dlm bahasa arab)

Lepas niat angkat takbir pertama dan lepas takbir pertama baca surah AL Fatihah..

Lepas selesai AL Fatihah, angkat takbir utk kali kedua, lepas tu baca selawat keatas Nabi sekurang2nya ALLAHUMMASOLLIALA MUHAMMAD(sory tulis rumi), bagi yg advance buleh baca selawat mcm dlm tahiyyat akhir sampai Fillalamina innaka hamiidummajid(sory tulis rumi)

Lepas abih selawat angkat takbir utk kali ketiga dan bacalah doa yg ringkas ini iaitu
ALLAHUMMAGHFIR LAHU(bagi mayat lelaki) dan ALLAHUMMAGHFIR LAHA(bg mayat perempuan) dan bg kanak2 belum baligh kita mintak diampunkan kedua ibubapanya...

Lepas tu angkat takbir utk kali keempat, klu xmau baca apa2 pun xpe lepas takbir keempat ni..buleh je terus bg salam...

Solat jenazah ni berdiri je..xde rukuk dan sujud..

Bagi mereka yg nak belajar lebih lagi..sila klik pada link ni..

Apa yg aku tulis kat atas tu adalah cara paling ringkas bg mereka yg baru nak belajar..dan aku dgr sume tu dari kuliyah agama ustaz Azhar Idrus, bukan aku saja2 reka..huhu..

P/s: lepas ni harap2 xdelah alasan kita xmau solat jenazah pasal xreti..bukan ape pun, senang sgt nak mengerjakan solat jenazah ni..Wallahua'lam..

2 comments:

Anonymous said...

salam

perempuan blh tunaikan solat jenazah?
kedudukan nya?

tahlil tu apa?

Admin said...

Bismillahirrahmaanirrahim...

W'salam...terima kasih kerana sudi bertanya..Admin akan cuba jawab sekadar yg mampu dan sekadar ilmu yg ada pada Admin...

Tidak ada nas melarang perempuan utk menunaikan solat jenazah...kerana ia adalah fardhu kifayah terhadap lelaki dan perempuan...cuma dikhuatiri akan menimbulkan fitnah seperti tidak digalakkan perempuan pergi ke kubur...hujah akal adalah kerana bimbang perempuan yg sensitif ni akan menangis dan meraung2...

Tidak ada halangan jika perempuan nak solat jenazah dengan syarat ianya dilakukan selepas jemaah lelaki...kedudukannya adalah sama..mengadap kepala bagi jenazah lelaki dan mengadap punggung(tengah) bagi jenazah perempuan...

Buleh juga nak solat jenazah ghaib jika nak elakkan fitnah...kerana dikhuatiri perempuan ni xdpt mengawal perasaan ketika solat jenazah...

TAHLIL ini adalah amalan dimana amalan org yg masih hidup seperti bertasbih dan berzikir dan pahalanya diniatkan utk disedekahkan kepada si mati...amalan ini bukannya wajib dan ia juga tiada tempoh masa...xterhad pada 3 hari pertama...

Hikmah dibuat 3 hari pertama adalah bagi meringankan penderitaan keluarga simati yg pada ketika itu masih bersedih...tujuan sebenar tahlil adalah bg membantu keluarga simati dengan cara bergotong royong menyediakan juadah, maklumlah, keluarga si mati tentu masih bersedih dan tentu mereka xde semangat nak masak2 dan menguruskan rumah...dengan majlis tahlil, maka silraturahim dpat dieratkan dengan org ramai tolong menolong menguruskan rumah keluarga si mati yg masih bersedih...

Perlu diingatkan bahawa amalan ini bukannya wajib...tapi sunat sahaja..dan ada byk hikmah...mudah2an pahala org yg masih hidup akan sampai pada si mati...kerana org yg dah mati akan terputus amalnya...tapi org yg masih hidup, yg amalnya masih diterima, tentu sahaja boleh niatkan pahala dari majlis tahlil kepada si mati...Wallahua'lam...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...