Rakan Seperjuangan

Tuesday, June 1, 2010

Hukum Bela Anjing

Situasi: Menunggu Subuh...sambil dengar ceramah...tadi dah lepas satu ceramah.

Pendahuluan: Baru2 ni dah kecoh pasal org Islam bela anjing...konon ikut pandangan mazhab Maliki. Konon xde beza anjing dengan kucing...anjing dianggap al kittun, bukan al kalb...dan segala macam alasan yg mengelirukan org yg xde ilmu tinggi...termasuklah aku...

Kajian: Aku telah meninjau beberapa blog dan forum...termasuklah blog yg memaparkan org mazhab maliki kononnya tu...dia posing dengan anjing dia...pakai jubah dan serban lagi...waa..bukan main lagi...

Realiti: Aku pun ada terbaca pasal pandangan 4 mazhab mengenai anjing...3 mazhab, Hambali, Hanafi dan Shafie mengatakan bahawa anjing adalah najis mughalazah dan wajib dibasuh jika terkena anjing...kecuali mazhab Maliki yg mengatakan bahawa anjing itu tidak najis...tapi wajib basuh kerana itu perintah ALLAH...dah ALLAH suruh basuh, kena basuh, walaupun bukan najis...

Hukum: Hukum bela anjing adalah harus tapi dengan bersyarat iaitu tidak boleh dijadikan haiwan peliharaan macam kucing, maknanya xleh bawak masuk rumah, main2 dengan anjing macam org kafir tu...Harus bela anjing utk menjaga rumah, menjaga kebun, menjejak penjenayah, berburu, memandu org buta tapi tidak boleh dijadikan haiwan peliharaan macam kucing tu...kerana anjing jika disentuh(kecuali tangan kita dan anjing tu kering) maka wajib basuh 7 kali...basuhan pertama dengan air tanah dan dibilas 6 kali dengan air biasa.

Kekeliruan: Ada yg cetek ilmu dan mahu nampak terer dan berbeza cuba bela anjing dengan alasan dia ikut mazhab maliki yg mengatakan anjing tidak najis...tapi dia tak tahu bahawa tiada khilaf dalam keharaman membela anjing sebagai haiwan peliharaan...yg boleh bela cuma untuk menjaga rumah, itu pun kena letak kat luar rumah...

Kesan: Ada hadis mengatakan bahawa org yg bela anjing sebagai haiwan peliharaan, maka org itu akan kehilangan pahala sebanyak satu qirat sehari...satu qirat tu bersamaan satu bukit uhud....sape yg penah pegi madinah tahulah besar mana bukit uhud tu...so klu rasa dah banyak pahala...silakan bela anjing...sehari hilang pahala sebesar bukit uhud...nabi xkata haram...tapi kita faham2 jelah...

Kesimpulan: Islam dah elok, kenapa perlu bela anjing kat rumah...kucing kan boleh dibela...penah ke dengar sahabat nabi bela anjing? Abu Hurairah bela kucing je...bukan anjing...pasal nabi dah cakap...klu bela sebagai haiwan peliharaan mcm kucing tu...akan hilang pahala...dalam bahasa tersembunyinya adalah berdosa..mazhab Maliki pun xde khilaf tentang ni..yg jadi masalah adalah org jahil tentang mazhab...yg ambil separuh2....

Penutup: Jangan jadi bodoh nak bela anjing pastu nak main2 dengan anjing mcam org kafir tu...Islam xpenah ajar buat mcam tu...jgnlah nak keras kepala sangat...nnti lagi terserlah kebodohan...

Rujukan: Buleh rujuk kat sini...KLIK SINI...

P/s: Kalau nak tahu pasal mazhab2, sila belajar dengan org yg betul2 tahu pasal mazhab...jgn malas...

3 comments:

Admin said...

Tambahan artikel...

http://hady-83.blogspot.com/2010/06/orang-islam-nak-bela-anjing-jugak-ke.html

Anonymous said...

Hahaha xde org komen sbb entry yg sengal! Bahlol punya org!

Admin said...

Terlebih dahulu terima kasih kerana sudi jugak komen walaupun komen xberapa nak membina...at least ada juga yang baca kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...