Ibubapa aku suka sangat menggunakan ungkapan ini...tahukah anda ape maksudnya? Ataupun dalam konteks realiti masyarakat akhir zaman ni, JAHIL xleh nak bimbing, ALIM xleh nak ikut...Miskin xleh nak tolong, kaya xleh nak tumpang...
Tulisan aku ni aku tujukan kepada sesiapa sahaja termasuk aku sendiri, tajuk kali ini agak sempoi, tapi bagi sesetengah org, baca tajuk sahaja dah rasa meluap2 nak marah...bukan ape, itulah padahnya jika merasakan diri ini selalu betul, diri ini lebih baik dari orang lain...pendek kata, bodoh sombong, dahla bodoh, sombong pulak tu...mana tidaknya...langsung xmau dengar pandangan org, sedangkan yg menegur tu, majoritinya bermotifkan utk membimbing, bak kata org, marah kerna sayang, sayang anak tangan2kan...sayang murid rotan2kan...hehe..dahla xde masa aku nak mengajar bahasa melayu kat sini...
Manusia ni xkira siapa, bila dah sampai satu tahap tu, maka dia akan berubah, tahap dimana dia sudah tidak boleh menerima kritikan atau teguran dari org lain, apatah lagi dari org yg xsealiran pendapat, atau tidak sebulu dengan mereka...aku selalu berharap agar aku tidak termasuk dalam golongan ini...mujurla ada member2 rapat yg sedar dan cuba mengembalikan aku ke peringkat normal...
Sebagai contoh, aku rasa macam tercabar bila org yg aku anggap lebih jahil dari aku dapat memberikan hujah yg bernas terutamanya dalam soal2 hukum hakam agama...time tulah aku rasa aku ni dah melampau melebihi batasan, hanya kerana aku selalu dengar ceramah xbermakna aku lebih alim dari depa...tapi aku xpenah nak melayan lintasan hati yang mengatakan aku ni hendak menunjuk2...itu adalah lintasan syaitan yg xperlu dilayan..jika dilayan, xbertambahla pengetahuan aku...klu dengar ceramah pastu nak kongsi dengan org tu dianggap menunjuk2, maka semakin lama semakin jahil lah aku...jadi lintasan sebegitu xperlu layan...
Aku dah mula nak mengarut ni, maksud sebenar tajuk diatas adalah berkenaan sesetengah org yg tidak mahu mendengar nasihat atau tunjuk ajar org lain...walaupun org tu lebih pakar dari dia...dan bila dia mengeluarkan pendapat atau melakukan sesuatu, ia amat mengelirukan dan boleh sampai kepada tahap menyesatkan jika diikuti...bodoh xleh nak ajar, cerdik xleh nak ikut...org macam ni adalah hampeh atau tidak berguna jika dia tidak berubah...teguran org tidak memberi sebarang makna, dia tetap dengan cara dia yg xbetul itu...xkiralah dalam konteks ape sekalipun...
Dalam konteks agama, aku bagi contoh, katakan ada seorang ni yg kita tahu dari segi tindak tanduk, percakapan dan gaya pemikiran dia, dia masih jahil dalam hukum hakam agama, tapi bila ada org nak nasihat dia, dia langsung xmau terima dan diberinya macam2 alasan seperti, bila tahu banyak, lagi byk dosa, klu xtahu, maka kurang sikit dosa...so xleh nak belajar ilmu agama banyak2, pasal xberdosa jika kita wat suatu perkara dosa yg kita xtahu itu dosa...ataupun alasan, kubur lain2, tuhan maha pengampun, pintu taubat masih terbuka, nak taubat bila dah tua dan sebagainya...hanya org2 jahil sahaja yg bercakap dengan nada seperti itu...tapi bila kita nak nasihat dia kearah kebaikan, dia kata kita ni menunjuk2, xde guna tuhan buat neraka jika xde org duduk, dan sebagainya...
Mereka ni sememangnya jahil dalam bab2 agama, tapi mereka ni mmg CERDIK dalam mmberi pelbagai alasan yg bagi mereka, alasan itu adalah cukup bernas, padahal alasan2 mereka itu adalah sesat dan jahil dan tidak boleh diikuti sama sekali...sekarang ni alasan paling popular ialah, sebelum nak nasihat org, cerminkan diri dulu, entah dari mana datangnya alasan yg amat popular ini...kalau macam tu, biarkan saja maksiat berlaku depan mata, kerana kita xleh nak nasihat org, pasal diri sendiri pun xsempurna...biarkan saje lelaki lain heret anak perempuan atau adik perempuan kita, kita xleh nak marah pasal kita pun masa muda2 penah heret perempuan jugak...klu mcmnilah sikap umat islam akhir zaman, maka xheranlah umat islam makin hari makin ditindas...Quran dan sunnah dipermain2kan...dan byk lagilah...
Pendek kata, lebih mudah nak bagi peringatan pada org yg betul2 jahil berbanding mereka yg berilmu tapi sesat...sesat dalam erti kata xmahu menerima dengan memberikan pelbagai alasan...contohnya dalam isu kegemaran aku iaitu rambut wanita...
Jika kita ckp pada org yg baru nak tahu hukum hakam islam, kita ckpla rambut ni aurat, perlu ditutup kerana itu adalah perintah ALLAH...tapi bagi yg berilmu tapi sesat ni, depa akan jawab, perempuan bertudung pun ada yg mengandung anak luar nikah, ditangkap khalwat dan sebagainya...bertudung ni adalah penyekat kebebasan wanita, bertudung ni merosakkan rambut, bertudung menyukarkan kerja2 seharian, dan mcm2 alasan yg kalau kita dengar, makin sakit hati...maklumlah kita ni bukan nabi, tinggi mana sangat tahap kesabaran kan?
Sekarang ni trend baru, nak bertudung ni ikut suka hati bapak tiri laki mak dia je...klu dia rasa nak bertudung dia pakai, klu xnak pakai, dia xpakai...ada pulak jenis bengong yg kat luar bertudung tapi dalam laman2 web sosial seperti frenster, fesbuk, myspace dan sebagainya, dia letak gambar2 dia yg seksi2 dan xpakai tudung...tidak kah mereka tahu bahawa gambar mereka juga mempunyai aurat...maybe depa pikir zaman nabi, nabi xde gambar, video dan sebagainya...pasal tulah gambar2 mereka yg xtutup aurat ni tidak dikira berdosa....dey pergi mengaji lagila...terdesak sangat ke sampai terpaksa tayang rambut kat internet...baik tayang depan aku, ada jugak show free...ini kat luar elok je pakai tudung...
Mana ada lelaki yg xsuke tgk perempuan xpakai tudung, mana ada lelaki yg xsuke tengok perempuan pakai seksi...melainkan lelaki itu kurang normal atau lelaki songsang...tapi kita hidup ni ada peraturan, ALLAH tetapkan perempuan kena tutup rambut, pakai pakaian tutup aurat, jadi janganla berdegil dengan tuhan...kat dunia ni mungkin xjadi ape...tapi kat akhirat sure jadi ape2...malang lagi jika mati xsempat nak taubat...jika kita mengaku kita ni hamba ALLAH...maka taatilah perintah ALLAH...jangan nak memandai2 bantah...jadi kepada perempuan2 yg aku maksudkan dalam kategori bengong tu, silalah muhasabah diri ye...dah elok bertudung kat luar, nape nak dedah dalam internet pulak...bukankah itu hipokrit dan xikhlas...aku ni mcm xde modal lain ye...tiap2 bulan mesti sentuh pasal aurat perempuan...hehehe...
P/s: Jika aku rajin taip tesis sarjana aku sebagaimana aku taip kat blog ni...nescaya aku dah berjaya menyiapkan dua buah tesis...nnti aku hantar blog ni kat supervisor aku baru tahu....huhu...
2 comments:
adi.. tread ni mcm membebel lak..hehe..
kadang2 kita kena ubah gaya penulisan kita...aku membebel kerana aku ambil berat...cuma gaya tu agak kasar...padanlah dengan orang yang berhati keras....
Post a Comment