Rakan Seperjuangan

Wednesday, June 10, 2009

Aurat Muslimah

Dalil daripada Al Quran (klu xmau percaya pun agak2la..huhu)

BERBAJU LABUH DAN LONGGAR
"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang." Al Ahzab : 59.12.

TUDUNG LABUH MELEBIHI DADA
"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. "An-Nur : 315.

Dalil dari Hadis nabi:

TUTUP RAMBUT
"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." Riwayat Bukhari dan Muslim.

SENTUHAN
"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya". Riwayat At Tabrani dan Baihaqi

PAKAIAN NIPIS
"Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." Riwayat Muslim dan Bukhari.

BUKA AURAT
"Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

PAKAIAN NIPIS DAN KETAT DAN SEKSI
"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." Riwayat Bukhari dan Muslim.

Baca selebihnya di sini...

Klik sini utk baca lagi
P/s: Ikut pengalaman aku..mmg bukan senang nak suruh perempuan2 islam ni tutup aurat..mcm2 alasan depa bg..nasib baikla aku xde adik beradik perempuan, belum beristeri dan beranak..aku hanya mmpu berdoa agar Allah membuka hati kaum2 muslimah sekarang ni..mudah2an mereka sume insaf..amin..

2 comments:

Tun Teja said...

amin...

Hady83 said...

Tq Tun Teja..sudi baca nukilan xseberapa saya ni..huhu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...