Rakan Seperjuangan

Saturday, June 13, 2009

Hukum Berinai

Asal adat berinai adalah pada zaman arab jahiliyah..tapi pada zaman kedatangan Islam nabi tidak pula mengharamkan terus adat berinai ini...perempuan yg berkahwin dibenarkan memakai inai utk tontonan suami sahaja...perempuan yg belum kahwin diharamkan dari berinai kecuali utk tujuan perubatan..jika utk hiasan maka hukumnya adalah haram...

Diriwayatkan dari Aishah RA. Bahawa seorang wanita mengisyaratkan di belakang tabir bahawa dia ingin menyampaikan surat kepada baginda S.A.W. lalu baginda melihat tangan itu seraya baginda bersabda: “Aku tidak tahu samada ini tangan lelaki atau perempuan.” Perempuan itu menjawab: “Aku adalah seorang wanita.” Baginda bersabda: “Sekiranya kamu seorang perempuan, berbezalah dengan memakai henna (inai) dijarimu.” (hadith riwayat abu dawud)...hadis ini bagi perempuan yg dah berkahwin...

Timbul pulak persoalan bagaimana dengan lelaki berinai? Hukumnya adalah haram dan makruh...haram lelaki memakai inai utk tujuan perhiasan..makruh hukumnya utk perubatan..timbul persoalan lagi..kenapa ramai LELAKI ISLAM kat malaysia ni pakai inai semasa berkahwin? Jawabnya mudah sahaja..mereka ni xtahu hukum atau sengaja nak melanggar hukum...

_____________________________________________________________________________________

ni pulak aku dpat dari blog ni

Mazhab syafie
pula berpendapat bahawa lelaki diharuskan memakai henna (inai) pada mana-mana bahagian tubuh badan KECUALI tangan dan kakinya. Walaubagaimanapun ia dibenarkan sekiranya melibatkan hal2 perubatan atau darurat. Perempuan yang berada di dalam iddah kerana kematian suaminya juga dilarang memakai inai.

Imam An-nawawi Rh dalam fatwa al-majmu’
berkata lelaki diharamkan memakai inai pada tangan dan kaki kecuali pada rambut mereka. Wanita bersuami diharuskan memakai henna di tangan dan kaki mereka.

Mazhab Hanafi dan Maliki
lelaki dan perempuan diharamkan ke atas mana-mana tubuh anggota kerana ia adalah sama seperti memakai wangian.

Ini diriwayatkan daripada Khawlah Bint Hakim daripada ibunya bahawa Rasulullah S.A.W memberitahu kepada Umm Salamah, “Jangan memakai sebarang wangian ketika kamu berada dlm ihram. Juga pada henna kerana ia juga adalah wangian.” (Diriwayatkan oleh At-Tabarani dalam Al-Kabir, Al-Baihaqi dalam Al-Ma?rifah, dan Ibn Abdil Barr di dalam At-tamheed)
______________________________________________________________________________________

Part mazhab hanbali agak mengelirukan jadi aku xmau letak sini..

Soalan lagi? mcmna dengan inai berukir yg menjadi tren yg hangat bg pengantin perempuan ketika ini? Kalau nak tahu...byk pendapat kata haram termasuk JAKIM kerana menurut JAKIM ia menyerupai tatu dan ada ketikanya, dibuat oleh pengantin bagi tujuan bermegah-megah...pendapat lain ada mengatakan ia berasal dari Agama Hindu dan berdosa jika dilakukan...Ustaz Hassan Ali pun pernah fatwakan haram mengukir inai bg pengantin perempuan Islam..

So? xleh berinai langsung ke? bukan xboleh tapi jangan melampaui batas..cukup di kuku dan di tapak tangan...Lelaki pulak mmg haram pakai inai kecuali pada rambut apabila dah beruban...hahahaha..maafla kaum2 lelaki sekalian...inai ni perhiasan perempuan..haram lelaki meniru atau memakai perhiasan perempuan...

Masih kurang yakin? carila kat internet, tanyalah ustaz2 yg terer dlm bidang ni...sume kata haram lelaki berinai dan haram juga perempuan mengukir inai...HARAM tu klu buat jugak, jwab sendiri depan tuhan dgn lidah yg fasih (padahal time tu tangan kita yg bercakap, mcmna nak jawab dengan lidah)

Oleh yg demikian..bertaubatla atas kesilapan lampau..byk2 istighfar..mintak pada tuhan agar jgn dibalas dosa2 kita diwaktu kita masih jahil...

P/s: heran tgk org bermati2an nak pertahan adat2 yg menyalahi hukum syarak..adakah ini petanda dunia dah akhir zaman? buat perkara menyalahi hukum syarak tu dianggap biasa..org yg nak menegur pulak dituduh dengan pelbagai tuduhan...xtaula ape nak jadi dgn dunia sekarang...aku dah cuba nak menegur di sini..klu tegur depan2 nnti aku kena pulaukan...huhuhu...Ya ALLAH, berikan aku kekuatan IMAN...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...