Rakan Seperjuangan

Saturday, June 13, 2009

Upacara melepaskan burung dalam majlis perkahwinan Islam

Aku ada tanya pendapat Ustaz Azhar Idrus mengenai isu ini...berikut adalah soalan aku...

Baca penuh kat sini...
_____________________________________________________________________________________

Assalamualaikum Ustaz...saya ni baru nak berjinak2 dalam ilmu agama..byk sgt perkara2 baru dan permasalahan baru yg saya keliru..

Tentang bab bersanding depan bukan mahram dah jelas haram...sekarang ni saya dpat tahu ada adat baru iaitu upacara melepaskan burung merpati pulak semasa majlis perkahwinan org Islam...

Soalan saya, ape hukumnya? adakah haram kerana mengikut adat agama lain..setahu saya org Kristian je buat begitu...

Harap Ustaz dpt beri pandangan...terlebih dahulu saya ucapkan berbanyak2 terima kasih pada Ustaz..Saya pasti akan muatkan tajuk ini dlam blog saya..itupun selepas ustaz bg penjelasan...sy belum yakin dgn tahap ilmu yg ada pada saya...

Sekian, terima kasih..

Maka Ustaz Azhar telah berbesar hati menjawab soalan aku..jawapannya mcm ni..

_____________________________________________________________________________________

Tidak harus meniru adat2 seperti ini kerana ia berasal dr kebiasaan org nasara apbila berkahwin.

Sebaik2 amalan ialah apa yg tercatat dalam kitab2 hadith daripada sunnah nabi saw.

Dalam sebuah hadith Nabi saw bersabda yg maksudnya :

"Barang siapa yang meniru upacara suatu kaum maka ia tergolong dalam kaum tersebut."

Kenapa kita enggan mengikut sunnah Nabi saw?

Jawapannya ialah kita masih lagi dalam linkungan jahiliyah yang tak mengerti apa hukum agama kita sendiri.

Ditambah pula melihat apa yg diamalkan oleh org barat sebagai baik dan elok pada hal tiada contoh yg paling baik dalam segenap hal kehidupan manusia selain apa yg telah ditunjukkan oleh Nabi saw.

Allah berfirman yg bermaksud :

"Wahai orang2 yg beriman ..Jika kamu ikut akan satu puak dari kalangan ahli kitab itu maka mereka pasti mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman."

wallahua'lam


______________________________________________________________________________________

P/s: Perlukah aku explain lagi?hehehe..mmg kita sume akan jawab kita xberniat pun nak tiru ada org nasrani(Kristian)..bende ni xsemudah itu..perlu pemahaman mendalam..perlu huraian dari pakar...Wallahua'lam

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...