Ramai antara kita ni berdoa xkira pagi petang siang malam, mintak itu mintak ini, doa kat situ doa kat sini..bertahun2 doa tapi masih lagi xdimakbulkan oleh ALLAH...aku bukan nak berlagak pandai dalam soal ni, apa lagi nak bersikap riak dan takbur..tujuan aku hanya satu..mmberi kesedaran pada org lain dan kepada diri aku sendiri..
Ada byk sebab2 doa kita tidak dimakbulkan oleh ALLAH..aku cuma nak sentuh sebahagian kecil daripadanya...antara sebab2 doa kita tidak termakbul adalah kerana dosa kita dgn ALLAH..kita doa tanpa usaha, doa tidak bersungguh2 dan byk lagi..aku cuma nak sentuh sikit je pasal kenapa doa kita tidak dimakbulkan iaitu ALLAH ingin menguji dan mmberi pahala kepada kita..
Maksudnya disini adalah, kita akan dapat pahala bila kita berdoa kerana doa itu merupakan satu ibadat..ALLAH amat suka bila kita berdoa dan meminta pertolongan darinya..tapi kenapa masih belum dimakbulkan?
Ada ramai dikalangan kita yg terus berputus asa dan meminta pertolongan selain dari ALLAH, alasannya doa tidak dimakbulkan sampai ke hari ini..org sekarang begitu mudah sekali putus asa dan mudah sekali mmperlekeh2kan pasal doa..
Ala, solat hajat satu muzium pun masih xmenang2 juga..
Ala, ulamak apenya klu doa mereka tidak makbul..
Selalu doa pun umat Islam masih mundur juga, ditindas juga..
Itu hanya sebahagian dari mereka yg nmpaknya kurang memahami konsep doa ini..ada byk hikmahnya bila Allah tidak mengabulkan doa kita..antara ialah, Allah mahu kita supaya terus menerus berdoa dan mengharapkan bantuan dariNYA..setiap kali kita berdoa, kita akan dapat pahala..selagi doa kita tidak dimakbulkan, selagi itulah kita berdoa, selagi itulah kita akan dapat pahala..
Lagi satu mmg dah jadi tabiat manusia ni, klu doa dah dimakbulkan, kita akan berhenti berdoa, kita akan mudah lupa diri..klu kita dah tidak berdoa pada ALLAH, maka kita dah tergolong dalam hamba yg SOMBONG..dlm solat sendiri pun banyak doa2 yg kita baca antaranya dalam AL Faatihah itu sendiri dan ketika duduk antara dua sujud...
Jadi kita xusahla nak mengata2 kat org yg doa mereka sampai sekarang belum makbul..sedangkan nabi berdoa siang malam mintak keampunan dan berdoa agar diampunkan dosa bapa saudara baginda iaitu Abi Talib yg mati dlm kekufuran...
Kita ni xsetaraf dgn nabi, nabi xpenah putus asa berdoa, kita pun xleh nak putus asa berdoa..mungkin ALLAH tahu jika doa kita dimakbulkan, kita akan lupa diri, kerana ALLAH maha mengetahui segala sesuatu, yg sudah lepas atau yg akan datang..
Kita jgnlah menghina org2 yg berdoa yg mana doa mereka tidak dimakbulkan..kerana itu adalah urusan ALLAH..siapa kita nak pandai2 buat kesimpulan sendiri..konon doa mereka tidak makbul kerana mereka berada dipihak yg tidak betul..perjuangan mereka tidak diredhai, pasal tu doa mereka tidak dimakbulkan..ini adalah bercanggah dengan Islam..
Allah dah bg jaminan.."Berdoalah kepada AKU, AKU akan kabulkan doa2 KAMU"..kabulkan disini tidak bermakna dikabulkan sekelip mata..yg pasti doa kita (doa kebaikan) tidak akan disia2kan oleh ALLAH..jika tidak dikabulkan hari ini, mungkin besok, minggu depan, bulan depan, tahun depan, ataupun selepas kematian kita, ataupun di hari akhirat...
Tugas kita sebagai hamba yang taat ni, jgn sekali2 berputus asa dari rahmat ALLAH..HARAM hukumnya kita berputus asa..
P/s:teruskan berdoa,agar terus dapat pahala, pastikan kita juga buat ibadat2 wajib..SOLAT MESTI CUKUP..jika tidak, pahala2 dari ibadat lain seperti sedekah, puasa, zakat, haji tidak akan dihitung..pahala2 itu akan "tergantung"..sama seperti air tersimpan dalam tangki, kita xdpat nak minum pasal xde pili..Solat adalah KUNCI kepada Ibadat2 lain..tanpa solat, pahala2 ibadat lain tidak akan dikira, ia akan disimpan dahulu sehingga kita telah ganti "hutang solat" kita...
No comments:
Post a Comment