Rakan Seperjuangan

Tuesday, November 16, 2010

Apa yang kita tahu tentang sakaratul maut?

Entri ke 263, target nak capai 300 entri sebelum aku balik rumah yang tak ada internet. Tak kan nak pegi CC untuk update blog, rasa semacam je, budak2 riuh main game, aku update blog, budak2 tgk aku print resume pun aku dah rasa okwed momento.

Setiap manusia yang pernah hidup sudah pasti merasai mati, cuma lambat atau cepat. Dan yang nak mati tu pasti ada mengalami proses yang dinamakan sakaraatul maut, diambang kematian, ketika nyawa hampir dicabut. Tak usah jadi bengong dengan tanya, yang mati pancung tu mcm mana?mati hancur macam mana, mati terhempap macam mana, jawapan mudah aku, ALLAH berkuasa menjadikan satu milisaat itu bagaikan setahun, dan juga berkuasa menjadikan seribu tahun itu bagaikan satu milisaat.

Macam soalan seksa kubur lah, dulu masa kecik2 aku selalu tertanya2, sure orang yang mati kena bakar, terbakar, dibakar lepas mati tu tak ada seksa kubur. Kerana dah mati jadi abu, kubur pun tak ada, mati dimakan binatang, pun tak ada kubur. Logik akal memang kadang2 buat kita sesat seperti mempertikai tentang kewujudan seksa kubur. Well, usah khuatir, kalau percaya pada hidup lepas mati, sure percaya ada seksa kubur kerana ia adalah alam lain, tak usah kita pertikai kelogikannya. ALLAH kata ada, maknanya ada, nabi kata ada maknanya ada, tapi last jawapan aku dapat tentang seksa kubur ni adalah ulamak mengatakan seksa kubur ini adalah umpama mimpi ngeri. Cuma ianya tersangat2 mengerikan, ibarat kita mimpi ngeri, mimpi kena tikam, dalam mimpi sure rasa takut dan sakit, tapi bangun tido xde luka ke ape. Begitulah halnya dengan seksa kubur, ia adalah ibarat mimpi yang menyeksa roh kita, dan kita pun tahu seksaan mental dan rohani lebih dasyhat dari seksaan fizikal. Jangan kata, ooo macam mimpi je rupanya, bukan betul2 dalam kubur hidup balik. Cuma yang cetek ilmu je cakap macam tu kot.

Kali ini aku nak cerita pasal sakaratul maut, dalam dunia ni, hanya ada beberapa orang je yang menceritakan tentang sakitnya sakaratul maut, antaranya adalah Nabi kita Muhammad S.A.W. , tengkorak yang dihidupkan pada zaman nabi musa, dan seorang lagi nabi yang mahu merasa mati dan kemudian dihidupkan kembali. Kesemuanya menceritakan betapa sakitnya sakaratul maut, antaranya tengkorak yang dihidupkan pada zaman nabi Musa mengakui bahawa dia masih merasai sakitnya nyawa dicabut walaupun sudah beratus tahun dia mati. Tapi yang kita paling biasa dengar adalah ibarat ditetak dengan 300 bilah pedang yang tajam.

Pada kali ini aku bukan nak cerita pasal sakitnya sakaratul maut, tapi lebih kepada tanda2 yang kita boleh lihat pada orang yang menghadapi sakaratul maut, dari situ kita boleh lihat samaada matinya itu adalah "mati yang baik aka Husnul Khootimah" atau sebaliknya. Nabi kita telah memberitahu ada beberapa tanda orang mati baik dan mati kurang baik.

Mati Baik:
-Keluar keringat di dahi
-Seolah tersenyum
-Muka berseri


Mati Buruk:
-Mata terbeliak seolah2 melihat sesuatu yang menggerunkan
-Dada berombak seolah2 mengalami suatu yang menakutkan
-Kulit mengerepot ibarat menahan sakit yang amat, mcm dahi berkerut menahan sakit.
-Jari yang menggengam dengan kuat ibarat menahan sakit yang amat.

Bagi yang mati baik tu tak ada masalah, sebelum mati pun dah diperlihatkan syurga pada mereka, rupa malaikat yang cabut nyawa pun baik, pendek kata sakit tu tetap ada, namun tidaklah seteruk golongan yang mati buruk, atau mati dalam keadaan banyak dosa ni.

Bagi mati buruk, ketika sakaratul maut, matanya terbeliak kerana akan diperlihatkan segala perbuatan maksiat yang pernah dilakukan semasa hidup, juga diperlihatkan tempatnya dineraka dan azab2 pedih yang bakal menanti, justeru tidak hairan jika mata terbeliak dan dada berombak kencang kerana waktu itu, hanya mereka je yang tahu, mulut dah terkunci dah, taubat tak ada guna lagi dah...andai kata mereka boleh berkata2 lagi, maka semua orang masuk syurga kot.

Kulit mereka dan jari mereka seolah2 sedang menahan kesakitan yang amat, malangnya ia bukan seolah2 kerana mereka betul2 mengalaminya, cuma sudah tidak mampu berkata apa2, kerana waktu itu nyawa berada di hujung halkum, waktu itu dah sakaraatul maut, diambang kematian, roh mereka dicabut dengan kasar, rupa malaikat yang cabut nyawa pun amat mengerikan, dan bau pun busuk yang amat. Waktu itu lah baru mereka tahu bahawa benarlah janji2 ALLAH, baru lah mereka sedar sudah terlambat untuk bertaubat, ditambah lagi dengan penyesalan dan kesakitan ketika roh dicabut, tidak hairan jika kita dapat melihat ke empat2 tanda yang nabi ceritakan.

Dalam cerita orang putih, konon mereka dapat berkomunikasi dengan roh orang yang dah lama mati, usahlah percaya itu semua karut, andai roh orang dah mati berkomunikasi dengan orang hidup, sudah pasti roh itu akan menceritakan tentang azab ketika hendak mati, sudah pasti akan bagi amaran tentang azab lepas mati. Kalau betul lah berlaku, sudah pasti semua orang masuk syurga kot. Jadi yang ada suara atau imej kabur tu, itu adalah jin dan syaitan, bukan roh orang yang dah mati.

P/s: Jangan percaya dengan babak drama dan filem yang menunjukkan babak sakaraatul maut, senang2 je mati, sempat lagi cium2 klu omputih, yang melayu sempat lagi pegang2 tangan, yang hindi sempat lagi pegang muka orang, itu semua pembohong. Ingat senang ke mahu mati, melainkan orang2 yang beriman, mati ketika khutbah, solat, sujud dan sebagainya. Ingatkan tido, rupanya dah meninggal. Senang je matinya.

2 comments:

AmenoWorld said...

Baru lepas reading your article, btw sowey ya put your blog link dalam one of my article hahahaha.. i hope that wont bother you much.

Hady83 said...

Hehehe...baru balik dari beraya haji, I open my fedjit...so weird..50 visitors in 40 minutes? then i double check using nuffnang, about 1000 visitor for today only, then it keeps on coming...i should thank to HIM, to both ustaz, and to you as well...and those who clicked "Ustaz yang mengharuskan..."

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...