Rakan Seperjuangan

Monday, June 15, 2009

Tuntutan menutup aurat

Aku pun dah xigt ni dah kali ke berapa aku menyentuh soal ini...aku tegur bukan kerana benci tapi kerana prihatin...prihatin dan sedih melihat saudara seagama yg seolah2 kurang ambil berat pasal tutup aurat ni..mmg betul kubur masing2, dosa masing2 tanggung, tapi apalah salahnya kalau kita tegur..itu pun utk kebaikan bersama...

Umum sume tahu KEWAJIPAN tutup aurat...ini kerana time nak solat, semua akan tutup aurat, yg xpakai tudung akan pakai telekung, yang baju ketat akan pakai telekung, yg baju singkat akan pakai telekung, kalau ade kematian atau majlis agama, sume yg datang akan tutup aurat..persoalan disini, adakah kita hanya tutup aurat bila nak berhadapan dengan tuhan atau berdepan dgn kematian? adakah pada masa lain kita xberdepan dengan tuhan dan kematian?

Suka aku nyatakan disini...ramai antara kita yg xmau tutup aurat pasal mak bapak dia xlarang dia dedah aurat..mak bapak xpenah suruh tutup aurat..mak bapak sendiri pun xtutup aurat..klu tutup aurat, pasti kena "SOUND" dgn kawan2 atau mmber2 yg suke aku bahasakan sebagai "tidak tahu berbahasa atau hukum"...suka juga aku nyatakan disini bahawa mereka ni iaitu mak bapak dan kawan2 atau mmber2 xkan dapat beri SYAFAAT kat kita di akhirat kelak...

kita malu nak tutup aurat takut nnti kwan2 atau keluarga sendiri akan perli dan mengejek dan memperlekeh dan mentertawakan kita...padahal mereka tu langsung xdpat tolong kita masa kita dihitung atas dosa kita dedah aurat kat akhirat kelak..ataupun kita jawab depan tuhan camni:

"AKU MMG NAK TUTUP AURAT TAPI MEREKA NI AKAN PERLI DAN MENGEJEK AKU JIKA AKU TUTUP AURAT"

agak2 ALLAH terima ke alasan tu..padahal masa tu LIDAH AKAN DIKUNCI..rambut kita pulak akan bercakap, anggota2 kita sume akan bercakap, kecuali lidah...kita ni amal dah la xbyk, tapi bab2 melawan ketentuan agama mmg no satu..Quran dan Nabi kata tutup aurat kita xmau tutup aurat..padahal selain dari ALLAH, Quran dan Nabi inilah yg buleh bg pertolongan kat kita dipadang mashyar nnti..bukannya kawan2 kita, bukannya mak bapak kita, pasal masing2 akan sibuk dengan hal masing2..

Sume tahu akan keadaan dipadang masyhar tu mcmna..dengan manusia yg begitu ramai, dgn manusia dibangkitkan dengan macam2 rupa mengikut ape yg mereka kerjakan diatas dunia..ini bukan cerita rekaan tapi kita wajib beriman dgn hari kiamat...hari dimana manusia akan dibangkitkan semula utk dihitung segala amalan baik dan buruk mereka semasa hidup...

Alangkah malangnya mereka yg MALU nak buat baik pasal nnti akan diejek oleh kawan2, mak bapak dah ahli keluarga..masa kat akhirat, sume yg ejek kita tu langsung xmmbantu kita, apalagi nak beri syafaat...

Dlm Quran sebut kena tutup aurat, dlm hadis Nabi pun byk sebut kewajipan tutup aurat, xkirala perempuan atau lelaki..disaat kita mencapai umur akil baligh..setiap dosa dan pahala akan ditanggung sendiri..klu sebelum baligh tu..ibubapa yg tanggung..jadi apakah yg menghalang kita dari menutup aurat?

Jawapannya ialah kita masih xtahu hukum hakam agama, kita masih lagi jahiliyah, dah la jahil, kuliah agama xmau hadir, ceramah xmau dengar, nasihat dikatakan mmbebel...nak pegi masjid takut org cop alim, nak dgr kuliyah atau ceramah takut org cop pembangkang, nak hadir ceramah takut org ceramah pasal politik, nak dengar nasihat mmber, mmber sendiri pun xtahu hukum...akhirnya tetaplah kita dalam kejahilan selama2nya...padahal belajar ilmu fardhu ain itu adalah wajib bagi org Islam yg berakal..buleh jatuh pada fasik jika xbelajar ilmu fardhu ain...

Berbalik pada soal syafaat di akhirat nnti...Nabi kita akan tunggu umatnya yg mana umat Nabi Muhammad akan datang dlm keadaan berseri2 dan bercahaya wajah dan anggota lain, KESAN DARI WUDHUK YG SEMPURNA...Nabi berasa amat gembira namun akan ada malaikat yg menegah umat yg berseri2 wajah dan ni dari mendekati Nabi...Nabi dalam kehairanan bertanya kenapa malaikat tidak benarkan umatnya datang meminta syafaat dari Nabi...maka jawab malaikat..mereka ini adalah golongan yg ingkar pada perintahmu dan mereka ini tidak taat pada perintah ALLAH dan RASULNYA...

Kenapa bisa terjadi sebegini?(pinjam dialog indonesia kejap)...penjelasannya mudah sahaja..pasal kita kat dunia ni xmau ikut sunnah nabi, xmau ikut tu xpela, dihinanya pulak sunnah nabi, dipandang serong pulak org yg ikut sunnah nabi...klu kita xmahu pakai jubah dan serban tidak salah, tapi kita xleh ckp yg pakai jubah dan serban tu ketinggalan zaman, menghina sunnah nabi tu KAFIR hukumnya...kena mengucap semula..

Kita kat dunia ni nak buat baik seperti tutup aurat pun malu, ditambah pula jika mmber2 rapat atau ahli keluarga mmg sejak turun temurun xtutup aurat...ingatlah nnti kat padang masyhar, kita pun akan join mereka yg xtutup aurat ni..sama2 kena azab, sama2 kena siksa, sama2 xdpat Syafaat, sama2 xdpt keredhaan ALLAH...

Ape ke penting sangat Syafaat dari Nabi ni? mmg penting kerana syafaat dari nabi membolehkan amalan kita dihitung dgn cepat...kerana dlm proses menunggu utk dihitung itu..diceritakan matahari hanya sejengkal dari kepala..peluh manusia mencecah hidung..manusia berlapis2 duduk mengikut amalannya..jika baik amalan kat dunia, maka baiklah keadaannya...maka xdelah nak merasai kepanasan matahari yg cume sejengkal dari kepala tu...Ini sume adalah alam akhirat, xperlu nak persoal ianya logik atau tidak..ALLAH maha berkuasa..tiada yg mustahil baginya..

Dalam proses menunggu utk dihitung itu, Nabi kita buleh beri syafaat agar urusan hisab kita dpat dipercepatkan..lagi satu syafaat nabi adalah ketika nak melintas titian sirat..diriwayatkan juga Al Quran akan datang mmberi pertolongan kepada manusia, setiap satu hurufnya adalah sebesar gunung(klu xsilap)...persoalannya jika kita kat dunia ni mmbelakangkan Quran, mmbelakangkan nabi, mcmna lah nak dapat syafaat ni?

Contoh yang paling mudah aku ambil adalah tutup aurat..termaktub KEWAJIPAN tutup aurat dlm Quran dan hadis nabi..tapi kita ni angkuh dan ingkar dan sombong dan jahil...dah la diri sendiri xmau tutup aurat, org lain tutup aurat dituduh dgn mcm2 tuduhan..kat dunia ni bulehla nak berlagak, pasal balasan tu ALLAH tangguhkan hingga hari kiamat, atas permintaan Nabi kita sebelum wafat...

Kenapa aku obses sangat pasal isu tutup aurat ni? jawabnya pasal aku rasa sedih tgk saudara seagama yg masih lagi degil..klu org2 kafir tu lantak depalah..xpenah buat maksiat seumur hidup pun tetap dihumban dlm neraka..xusah nak pertikai ketentuan ALLAH..kita patut bersyukur jadi org Islam..dah jadi Islam tu, kenalah ikut hukum hakam Islam...n

Nabi suruh perempuan2 Islam tutup aurat jika berdepan dgn lelaki bukan mahram dan bila berdepan dgn perempuan2 bukan Islam..tujuannya adalah untuk membezakan antara perempuan2 Islam dgn perempuan2 bukan Islam dan menjaga maruah perempuan2 Islam...

Aku nak bg contoh, kita masuk satu shopping kompleks yg baru..kita xtahu kat mana surau..pada siapa kita nak tanya? pastinya kita akan tanya pada perempuan yg bertudung, kenapa xtanya pada perempuan yg nampak mcm melayu dan berpakaian ketat dan berseluar pendek dan free hair itu? pikir2kan lah, klu aku, aku akan tanya pada cleaner yg pakai tudung atau pemilik2 premis yg bertudung dahulu...

Lagi satu aku nak tambah..tutup aurat ni bermakna TUTUP KULIT DAN BENTUK BADAN..klu tutup kulit dgn baju jarang tu masih dikira mmbuka aurat..begitu juga dgn memakai pakaian ketat hingga mendedahkan bentuk2 badan..klu pakai jubat tapi jubah tu jarang sampai org buleh lihat sampai ke kulit..xde maknanya..itu masih dikira tidak menutup aurat..

P/s: aku xkan berhenti menulis pasal tuntutan menutup aurat ni..selagi aku masih ada idea, ada masa, ada kemudahan..aku akan tulis...sape makan cili, dia rasa pedas...tugas aku sebagai org Islam, kena memperingati mereka2 yg lalai atau mereka2 yg masih ragu2 utk menutup aurat..

1 comment:

SMART said...

hadis2 menutup aurat

1. Bulu kening
-Menurut Bukhari, "Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki)
-"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." (An-Nur: 31)
Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.

3. Wangian
-"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." (Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban).

4. Dada
-"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. " (An-Nur : 31)

5. Gigi
-'Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya.' (Riwayat At-Thabrani)
-"Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah"(Riwayat Bukhari dan Muslim).

6. Muka dan Tangan
-Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: 'Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." (Riwayat Muslim dan Bukhari).

7. Tangan
-"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya"(Riwayat At Tabrani dan Baihaqi).

8. Mata
-"Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pandangannya." (An Nur : 31).
-Sabda Nabi SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi).

9. Mulut (suara)
-"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik."( Al Ahzab: 32).
-Sabda Rasulullah saw, "Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." (Riwayat Ibn Majah).

10. Kemaluan
-"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. "(An Nur : 31).
-"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." (Riwayat Al Bazzar).
-"Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." (Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah).

11. Pakaian
-"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah).
-"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." (Riwayat Bukhari dan Muslim). Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
-"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al Ahzab : 59).

12. Rambut
-"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...