Rakan Seperjuangan

Thursday, February 4, 2010

Walaupun Hidup Seribu Tahun, Kalau Tak Sembahyang Apa Gunanya

Entri kali ini agak luar biasa sikit pasal aku menulis ni dalam keadaan yg agak kurang stabil dari segi emosi...rasanya tahap iman aku dah mula diuji dan aku rasa aku masih belum mmpu utk diuji hingga tahap begini...so harap pembaca paham ape yg aku cuba nak sampaikan disini...

Sepanjang hampir enam tahun aku berada di Universiti ini, setelah hidup bersama dengan lebih sepuluh org teman sebilik yg datang dari pelbagai latarbelakang bangsa dan keluarga...kali ini aku terasa amat kecewa sekali dengan teman sebilik yang terbaru ni...

Bukan nak kata aku lebih baik ke ape, tapi aku seumur hidup xpenah tinggal sebilik dengan org yg macam ini...entah ape yg xkena dan merasuk aku malam ni hingga aku terpaksa menulis pasal hamba ALLAH yg sorang ni...adoila ape nak jadi...aku tahu dan sedar ini adalah ujian yg diturunkan terhadap aku...atas sikap aku semenjak dua menjak ni yg sangat sakit hati dan marah bila melihat kemungkaran depan mata...walaupun aku tidak terkecuali dari melakukan kemungkaran...

Entri kali ni menjurus kepada solat...solat tiang agama...solat yg mmbezakan antara muslim dengan kafir...sesuai dengan tajuk entri aku...diambil dari sebuah nasyid yg popular sepanjang zaman, rasanya semua org islam kat malaysia ni pernah dengan tentang lagu SEPOHON KAYU...dalam lagu tu, ada menyebutkan tiada guna hidup seribu tahun klu xsolat...

Lagu tu juga menceritakan pasal balasn kat akhirat bagi org yg meninggalkan solat...bagi sape yg pandang rendah pasal solat, ingin aku tekankan disini bahawa solat ada ibadat yg paling utama dalam Islam...ini kerana Nabi kita telah dinaikkan ke langit utk menerima ibadat ni...bukan nak kata sbelum tu xde solat dalam islam, tapi belum ditetapkan berapa kali dalam sehari...justeru dalam peristiwa Israk dan Mikraj...umat Islam telah diwajibkan menunaikan solat 5 waktu sehari semalam...

Ada juga diriwayatkan pada mulanya diwajibkan 50 kali sehari, namun Nabi tahu umatnya xkan mampu, maka diminta agar dikurangkan hingga menjadi 5 kali...setiap kali Nabi minta dikurangkan... ALLAH mengurangkan 5 waktu, jadi bayangkan berapa kali Nabi meminta dari ALLAH hingga 50 kali menjadi 5 kali sehari...Ada pendapat mengatakan kisah ini tidak benar...itu lantaklah...yg penting tidak ada siapa yg pertikai solat 5 kali sehari...melainkan fahaman2 lain...syiah contohnya yg menghimpunkan jumlah rakaat, mereka ni solat banyak2 sekaligus...

Bagi yg mengikut Ahli Sunnah, maka kita akan solat 5 waktu sehari semalam...tapi kita pun tahu nak kerjakan 5 kali sehari pun memerlukan keazaman yg tinggi...setiap solat yg mengambil masa dalam 4-7 minit tu pun susah nak ditunaikan...dengan perasaan malas dan segala mcm halangan terpaksa ditempuhi bagi melengkapkan solat kita itu...syukurlah bagi mereka yg sanggup menjaga tiang agama ni...namun pengalaman aku sendiri menyaksikan lebih ramai yg mengambil mudah perihal solat ini...

Ahli keluarga sendiri, rakan taulan, teman sebilik, teman serumah dan member2 aku mmg ada jugak yg memandang rendah pasal solat ni...malah ada yg tidak segan silu meninggalkan solat...tanpa rasa malu, klu dirumah aku, mak aku akan suruh org solat, xkiralah org tu xpenah solat pun...tapi aku belum ada keberanian nak mencontohi mak aku...aku hanya berdiam diri apabila melihat org meninggalkan solat...aku risau jika mereka bersolat kerana aku, kerana aku suruh, kerana malu dengan aku...

Pengalaman aku bersama rakan2 taulan juga banyak mengajar aku bahawa sememangnya kalau dah biasa meninggalkan solat, maka tidak akan timbul rasa malu lagi...aku dulu pun pernah mengalami zaman jahiliyah itu dimana aku xrasa risau pun meninggalkan solat...hinggalah pada suatu ketika aku mendapat kecelakaan...mmg dibalas atas dunia...huhu..kat akhirat xtaulah mcmna dasyatnya tapi atas dunia pun aku rasa dah teruk...

Dah besar dan dewasa ni, aku masih lagi tertanya2 kenapa masih ramai yg tidak bersolat, berapa ramai org yg bangun subuh semata2 nak bersolat...sedangkan sanggup bangun malam nak tgk bola...bangun malam untuk kencing, minum, makan dan sebagainya...tapi waktu subuh berlalu begitu sahaja...aku kategorikan golongan ini sebagai golongan xtahu malu dan menempah kecelakaan...

Hari baru dimulakan dengan tidak menunaikan solat subuh, aku xberani nak menghadapi hari itu...aku rasakan bahawa segala ape yg aku buat pada hari itu tidak akan menjadi, tidak diberkati dan tidak diredhai...tapi aku tgk org lain selamba je tinggal solat subuh...dekat universiti ni, yg kononnya dihuni oleh bijak pandai ni...berapa kerat je yg bangun subuh...ini pengalaman aku sendiri selama hampir 6 tahun aku disini...teman sebilik aku sendiri, berapa kerat dan berapa kali je yg bangun subuh...aku mmg xkan bangunkan mereka, bukan mereka xsedar, tapi malas bangun...jika betul mereka xsedar, pasti mereka akan suruh aku bangunkan...

Lantakla org nak kata ape, tapi pesan aku kat org2 luar sana, budak2 sekarang ni mmg hampeh dari semua segi...harap otak je pandai, tapi perangai hancur...klu nak sentuh bab2 agama ni mmg hancus kata org...xtahulah ape bende yg nak jadi...bukan semua xelok, tapi majoritinya xelok...xperlulah aku nak cerita satu persatu keburukan org..tapi aku mmg cukup pantang org yg xsolat ni...mmg xtahu malu...

Tapi apepun, aku harap mereka ni sempat berubah sebelum ajal datang menjemput mereka...aku ni pun belum tentu mati dalam keadaan beriman...boleh jadi org yg aku kutuk sekarang ni akan jadi lebih baik dimasa akan datang...dan sape sangka aku yg menulis blog pasal agama ni akan jadi dimasa depan...cuma aku harap agar aku tidak terpesong dari jalan yg sebenar...aku harap aku xjadi bongkak dan sombong dengan ilmu dan kemahiran yg ada...

Akhir kata, aku cuma bengang pasal xmampu nak buat ape2 pasal org xmau solat ni...klu adik aku atau anak aku...mmg aku xteragak2 nak bagi PJJ..pelempang atau penendang jarak jauh...tapi klu anak org ni...pandai2la mereka ni...org zaman sekarang ni pelik sket...nak bagi nasihat pun dikatakan menyibuk jaga tepi kain org...apepun harap sempat taubat la sebelum mati....kat akhirat nnti xde guna dah nak menyesal ape sume...

Akhir sekali, AKU BENCI ORG TIDAK MAHU SOLAT 5 WAKTU...mereka ni xlayak berpijak pada bumi ALLAH ni...xlayak diberi rezeki...sedangkan binatang2 dan pokok2 dan batu2 yg kita sangka mati tu pun beribadat kepada ALLAH...semua makhluk ALLAH beribadat kepada ALLAH...kita ni manusia tiba2 engkar...mmg xlayak hidup dibumi ALLAH ni...KECIK2 XMAU MAMPUS, BESAR2 MENYUSAHKAN MAK BAPAK DAN ORG SEKELILING....

P/s: Sekian saje utk kali ni...sebelum aku mengeluarkan kata2 kesat yg lebih teruk...AKU BENCI ORG TINGGAL SOLAT SUKE HATI...solat ni wajib ditunaikan selagi ada akal, xsama mcm ibadat2 lain...dalam keadaan ape sekalipun, selagi mmpu solat, mmg kena solat, wlaupun tinggal nyawa2 ikan...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...