Rakan Seperjuangan

Friday, February 19, 2010

Kehinaan Pada Orang Yang Meninggalkan Solat

Ini adalah entri aku yg ketiga pada hari ini dalam tempoh kurang dari 24 jam...Sebelum tido aku terjumpa satu artikel yg aku rasa perlu aku kongsikan disini...ia berkisar tentang kehinaan dan kecelakaan pada org yg meninggalkan solat...

Kisah pada zaman Nabi Musa A.S dimana seorang bapa bernazar jika dia mendapat anak lelaki, maka dia akan minum air kencing anjing hitam...syariat pada masa itu menetapkan nazar perlu ditunaikan sekalipun ia termasuk melakukan bende2 yg haram...nak dijadikan cerita...akhirnya lelaki itu dikurniakan anak lelaki, dan dia mula risau akan nazarnya...maka dia berjumpa dengan Nabi Musa, lalu dikatakan pada lelaki itu bahawa dia tidak perlu minum air kencing anjing hitam...tapi dia perlu minum air yg lebih hina dari itu...iaitu air hujan yg turun dari bumbung org yg meninggalkan solat...

Bayangkan betapa hinanya org yg xsolat ni...hingga air hujan yg kena bumbung rumah dia pun lebih hina dari air kencing anjing...perlu diketahui bahawa air tangan org yg xsolat pun salah satu punca hati menjadi gelap dan susah nak terima agama...so klu nak cari isteri, jgn cari yg tinggal solat dengan sengaja...nnti anak2 termasuk kita habis gelap hati dan sukar menerima kebaikan...cakapla pasal seksa kubur dan neraka pun...hati langsung xde rasa gerun...klu nak makan kat luar pun, kenalah berjaga2..sekarang ni isu pekerja restoran mamak yg konon islam masih lagi isu...xheranla budak2 muda yg suka makan kat situ perangai mcm hape...

Orang yg meninggalkan solat ni mmg manusia paling hina dimuka bumi ini...setiap kali dia pijak bumi, bumi akan menyumpah2 akan org ini agar dikenakan seksa dan azab yg teruk...bumi pun xrela org yg meninggalkan solat ni berjalan dimuka bumi ni...segala makhluk seperti haiwan dan tumbuhan pun akan menyumpah2 mereka yg meninggalkan solat ini...cuma manusia xdpt dengar je...klu x, xde sape pun akan masuk neraka...

Selain hilang seri muka, org yg xsolat ni mmg hidupnya xkan tenang...walaupun kaya tapi hatinya xkan tenang...time nak mati tu xusah ceritalah...kalau nak huraikan ketika sakaratul maut pun dah azab...ketika nyawa dicabut pun dah sakit yg amat...malaikat maut datang dengan muka yg bengis dan pakaian yg busuk...sayang sekali ia xdapat dibuktikan dengan mata kasar...kena mati dulu baru tahu...betapa sakitnya nyawa dicabut...beratus2 tahun pun masih terasa sakitnya...

Ketika mayat diusung ke tanah kubur...roh akan mengeluh dengan penyesalan yg amat sambil berkata...KEMANA KAMU NAK BAWAK AKU NI? SESUNGGUHNYA TELAH CELAKALAH AKU PADA HARI INI...sambil merayu2 agar tidak dibawa ke kubur...kerana xmau disoal oleh malaikat...yg pastinya kita xmampu nak jawab kerana kita meninggalkan solat...alamatnya kena azab seksa lah...roh dikembalikan utk merasa seksa kubur...ibarat mimpi yg dashyat tapi seksa kubur lebih teruk dari itu...setiap yg mati pasti ada alam barzakh...xkira mati xde kubur ke, mayat dibakar jadi abu ke...itu kerja ALLAH...kita kena yakin adanya alam barzakh...

Walaupun pada mata manusia, golongan meninggalkan solat ni macam biasa je...tapi disisi ALLAH, dan makhluk2 lain seperti bumi, haiwan dan tumbuhan...org yg tinggal solat ni amat hina sekali...segala ape yg berkait dengan org ini turut menjadi hina...bayangkan jika air hujan yg suci itu kena pada atap org itu menjadi hina...bende2 lain yg berkait rapat dengannya sudah tentu jauh lebih hina...segala harta yg dikumpul, makan pakai semuanya turut terhina...

Tapi apekan daya...org lebih takut nak datang kerja lewat dari meninggalkan solat...datang kerja lewat 5 minit pun dah takut...tapi solat akhir2 waktu..melengah2kan dengan sengaja, tinggal terus, solat kadang2, jarang2 xde pula rasa takut dan gerun...pasal balasan kat dunia xnampak...bila dah mati baru tahu...tapi siapa yg dah mati hidup semula nak bagitau?

Nabi kita telahpun diberi peluang melihat balasan org yg meninggalkan solat semasa peristiwa israk mikraj...klu ikut kata mak aku...setiap waktu kita tinggalkan...maka akan dimasukkan besi panas ikut mulut tembus ke dubur, diheret dan disebat setiap masa...selain itu dalam neraka nanti org yg xsolat ni akan disiksa oleh sejenis binatang dari jenis kala jengking yg amat dasyhat...

Pendek kata mmg hina dan celaka sekali org yg tinggal solat ni...selain pahala tidak diangkat dan tidak dikira selagi solat belum sempurna...bermacam2 lagi amaran tentang akibat meninggalkan solat ni...masalahnya hati dah mati, hati dah gelap...tanpa rasa malu, tanpa rasa segan...mengaku islam tapi solat dipandang remeh...berbangga2 dengan amalan puasa haji dan umrah...tapi bab solat mmg tidak ditekankan...mana ada akta atau undang2 yg boleh dikenakan pada org yg xsolat...seperti akta menghalang minum arak, xpuasa, xbayar zakat..sume tu ada undang2...tapi bab solat mmg xde undang2...

P/s: Nanti lepas mati jangan hairan apabila malaikat tanya tentang solat dahulu sebelum amalan2 lain...malaikat xtanya pasal sedekah dulu, pasal haji dulu, pasal zakat dulu ke...tapi tanya pasal solat...bila dah lepas pasal solat, baru tanya pasal amalan2 lain...so amat malang jika kat dunia ni banyak buat amalan lain tapi solat xtunaikan dengan sepenuhnya...kena palu dengan pemukul yg jika letak kat bukit, bukit tu hancur lebur...baru letak...tapi kita kena pukul...dahla kubur sempit, panas...siang malam kena seksa...yg dengar cuma haiwan2 je..jin dan manusia xleh dengar...

4 comments:

Anonymous said...

mencadangkan apabila anda menulis,disertakan sekali hadis hadis yang menyokong hujah anda.Kerana itu lebih baik dan bagus pada pengamatan saya.cakap cakap boleh jadi cakap kosong dan cakap yang berisi.

Admin said...

cadangan saudara tu mmg elok...tapi penatla nak buat mcm tu...org sekarang ni sume nak senang...ape salahnya klu lepas baca entri kat blog ni...ada inisiatif nak mencari dalil2 lain..pasti akan jupe hadis dan nas yg sahih...yg pastinya tidak bercanggah dengan ape yg dinyatakan kat sini...apepun cadangan saudara tu amat dihargai...terima kasih...hehe...

Anonymous said...

buatlah kerana ALLAH,berusahalah,bantu orang lain mencari dalil dalam masa yang sama anda sendiri belajar.

Saya juga tumpang belajar (saudari sebenarnya)

Admin said...

InsyaALLAH...tapi buat masa sekarang ni belum ada keberanian nak letakkan hadis...bukan bermakna hadis tu xde...tapi klu nak rujuk balik satu persatu...mmg memerlukan masa yg agak lama...nnti klu letak hadis...ade pulak org kata hadis lemah ke palsu ke ape...blog ini hanya sekadar permulaan bagi mereka yg nak tahu serba sedikit pasal agama ni...huhu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...