Rakan Seperjuangan

Sunday, February 7, 2010

Jadilah Hamba Yg Bersyukur

Entri aku kali ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah sekadar pesanan atau muhasabah bagi aku dan mereka yg masih lagi terpaut dengan dunia ni...yg merasakan bahawa kematian tu akan datang menjemput bila kita dah tua, bila kita dah betul2 tua baru lah nak sibukkan diri dengan melakukan ibadat2 yg dituntut oleh agama...

Entri kali ini tidak lain dan tidak bukan adalah ditujukan bagi golongan yg merasakan bahawa bertaubat itu boleh ditangguh2 hingga kita dah tua nnti, dimana ketika kita dah xlarat nak melakukan maksiat, hanya mampu terbaring dikatil atau hanya mampu berjalan menggunakan kerusi roda...ketika tu baru nak taubat dan sebagainya...

Entri kali ini tidak lain dan tidak bukan juga ditujukan kepada mereka yg begitu yakin umur mereka panjang sampai ke tua, oleh itu, masa muda ni lah kena kumpul sume harta, cari keseronokan dunia, abaikan dulu ibadat dan sebagainya....

Entri kali ini tidak lain dan tidak bukan bagi mereka yg berasa sempat bertaubat dan beribadat dan QADHA semua solat dan puasa yg telah ditinggalkan secara sengaja atau tidak sebelum mereka mati...

Entri kali ini tidak lain dan tidak bukan bagi mereka yg jenis tak ingat mati dan tak reti nak menjadi hamba yg bersyukur...apekah maksud menjadi hamba yg bersyukur ni? sebenarnya ia mmpunyai banyak pengertian namun pada kali ini, aku nak fokus dalam hal2 ibadat sahaja...

Menjadi hamba yg bersyukur bukan hanya mengucapkan ALHAMDULILLAH apabila sendawa dan menerima sesuatu yg baik...tapi ia sebenarnya melebihi dari itu...

Ingin aku mengajak kita sume mengimbau kembali perjalanan hidup nabi junjungan kita, meskipun baginda itu maksum, dijamin syurga oleh ALLAH, namun itu tidak menjadikan baginda sombong dan malas utk beribadat...malah baginda lah org yg paling kuat beribadat, bangun pada waktu malam, berpuasa disiang hari, melakukan solat2 sunat hingga bengkak kaki kerana berdiri terlalu lama....

Diriwayatkan bahawa baginda mmbaca 3 surah pada rakaat yg pertama, surah tersebut adalah surah Al Baqarah, Ali Imran dan Al Maidah...bayang berapa jam yg diperlukan utk menghabiskan mmbaca ketiga2 surah ini...itu pun hanya dalam rakaat pertama...baginda sanggup tidak tidur malam utk melakukan ibadat...

Bila ditanya oleh para sahabat, yg merasa simpati melihat Nabi beribadat hingga bengkak kaki, dengan mengatakan "Wahai Rasulullah, sesungguhnya engkau telah pun dijanjikan syurga, diampuni kesalahan lepas dan akan datang, mengapa engkau tetap beribadat sekuat ini" Lalu Rasulullah menjawab.. "APA SALAHNYA AKU MENJADI HAMBA YANG BERSYUKUR"...

Kita ni xperlulah nak kata baginda tu nabi, pastilah perangai baik dan sebagainya...kenapa kita ni terlalu POSITIF akan akhirat kita, seolah2 kita BENAR2 YAKIN bahawa kita xkan diseksa teruk di dalam kubur mahupun di neraka nnti...ye lah kan, org yg bagi minum anjing yg dahaga pun dapat masuk syurga, inikan pula kita yg melakukan pelbagai kebaikan...hahaha...inilah alasan org sekarang ni...

Banyak lagi alasan yg kalau aku dengar, mmg menyirap darah, alasan seperti hanya ALLAH buleh tentukan dosa pahala, alasan seperti hanya org2 BAIK sahaja buleh bagi nasihat, baik mcmna pun xtahulah pasal nasihat tu pun sebenarnya datang dari ALLAH dan RASUL...perlukah kita jadi NABI dahulu, baru boleh nak nasihat org?

Tidak lengkap entri ini jika aku xambil contoh diri aku sendiri...aku ni pun manusia zaman moden, yg kadang2 memandang solat tu perkara kecik je...bukan org tahu pun kita solat ke x, dalam konteks persekitaran aku pulak, xde sape yg kisah jika aku xsolat...tapi setiap kali aku bangun pagi, walaupun hanya tido sejam je pada waktu malam pasal mengadap intenet, tapi aku duk ingat dan pesan kat diri aku...JADILAH HAMBA YG BERSYUKUR...mmg xnampak ape2 kesan pun jika xsolat...org yg hidup dengan aku ni pun baru 2x kali aku tgk dia solat, tapi hidup dia ok je...xdemam atau sakit ape2...makan pun kadang2 3x sehari...haha...bukan aku niat nak kata aku ni lebih baik...tapi aku ni bukan sempurna...klu org tu adik aku, rasanya dah lama aku humban dari tingkat 3 bangunan ni...haha...

Justeru, perlu diingati bahawa menjadi hamba yg bersyukur itu bukan hanya mengucapkan ALHAMDULILLAH pada setiap masa...tapi melakukan ibadat dikala mata amat mengantuk pun dikira sebagai hamba yg bersyukur...

Akhir kata, kematian tu adalah pasti, xboleh nak tangguh walaupun sesaat, tapi kenapa kita masih lagi xmahu bertaubat, sedangkan kita tahu kita buat dosa, tapi kenapa kita masih nak bandingkan kita dengan org yg kita rasa lebih banyak dosa dari kita....

Contohnya, org yg jarang solat subuh merasakan dia lebih baik dari org yg tidak solat jumaat..org yg hanya solat jumaat merasakan dia lebih baik dari mereka yg xsolat langsung, yg xsolat langsung merasakan dia lebih baik dari penzina, penzina merasakan dia lebih baik dari org2 yg syirik, org2 yg syirik pula merasakan dia lebih baik dari penyembah berhala...begitulah seterusnya...

Sebagai bonus, pempuan yg xbertudung merasakan dia lebih baik dari pempuan yg pakai skirt pendek dan pakaian ketat, yg pakai ketat pula merasakan dia lebih baik dari mereka yg pakai pakaian yg jarang, yg pakai jarang merasakan dia lebih baik dari yg pakai bikini, yg pakai bikini rasa dia lebih baik dari yg pakai g string..begitulah seterusnya lumrah manusia...xpenah atau jarang nak bandingkan diri dengan org yg lebih atas atau lebih mulia dari kita...

P/s: Dalam islam ada banyak tokoh2 yg boleh diikuti, tapi kita anggap ia ketinggalan zaman...klu kita ikut, masyarakat akan tertawakan kita...hahaha...masyarakat yg ketawakan kita itu bukan dapat tolong ketika kita dalam kubur dengan ular dan kala jengking, bukannya dapat tolong kita kat padang mashyar nanti...so pikir2kan sedalam2nya...gunakan otak dengan bijak...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...