Rakan Seperjuangan

Friday, February 19, 2010

Kerana Dunia

Cerita ni aku xdpt nak pastikan samaada betul atau tidak...yg pasti aku bukan dengar dari org yg fasik, bukan org munafik...tapi aku dengar dari ustaz...dalam satu ceramah dia ada cerita pasal kisah seorang pemuda yg telah bertaubat dari dosa2 silam...pemuda itu telah berguru dengan ulamak yg terkenal...satu hari ulamak tu terdetik hati nak tanya pemuda tu tentang kenapa dia nak bertaubat dari dosa2 sebelum ni...apekah yg telah dilakukan...

Maka pemuda itu menjelaskan bahawa dia datang dari kampung yg susah dan miskin...kerja pemuda ini adalah mencuri kain kafan org yg baru ditanam...jika ditanam petang..maka malamnya dia akan korek kubur simati dan curi kain kafan tu...basuh elok dan kemudiannya jual sebagai kain baru...

Pemuda itu terus menceritakan pada ulamak tadi tentang pengalamannya yg agak pelik...dalam beratus2 mayat yg dia telah curi kain kafannya...hanya satu je mayat dalam kampung dia tu yg mengadap kiblat...yg lain tu sume membelakangkan kiblat...MASYAALLAH...meremang bulu roma aku...pasal mmg sume mayat ditanam mengadap kiblat...tapi menurut kata pemuda itu...hanya satu je mayat yg mengadap kiblat setelah digali semula...yg lain tu semua membelakangkan kiblat...lalu pemuda itu bertanya kepada ulamak itu...ulamak itu menjawab ia adalah kerana mayat2 yg membelakangi kiblat tu hanya mengejar dunia semata2...

Adakah kita akan termasuk dalam golongan yg mengejar dunia ni...klu aku sendiri...aku pun rasa aku lebih banyak mengejar dunia berbanding akhirat...meremang bulu roma aku dengar cerita tu...so sekarang ni selagi nyawa aku masih dikandung badan...aku akan cuba nak seimbangkan dunia dan akhirat...harap dapat lebihkan yg akhirat...buat masa ni ape yg mampu aku buat adalah mendalami ilmu agama...sambil kongsi ape yg patut dalam blog aku yg xseberapa ni...huhu...

P/s: KAlau dah mati...jgn kata sehari nak balik ke dunia...malah satu saat pun xdpt balik semula ke dunia nak taubat dan beribadat...andai yg mati dapat kembali kedunia..maka penuhla masjid2 dan surau2 tu...tapi hidup hanya sekali sorang...sume diberi peluang, 24 jam sehari...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...