Rakan Seperjuangan

Thursday, February 18, 2010

Dek Kerana Senang

Tajuk entri kali ni mcm bahasa zaman klasik gitu, xlapuk dek ujan xlekang dek panas...dek tu klu ditukar kepada bahasa moden menjadi 'disebabkan'...lantakla aku bukan nak cerita pasal isu bahasa kat sini..walaupun aku ni dlam kategori ahli bahasa atau linguis gitu...

Dek kerana senang ini klu aku nak kaitkan dengan tema blog aku ni, ia adalah bermaksud kita pada zaman sekarang ni semua dah dipermudahkan...tapi oleh kerana itulah kita menjadi semakin malas dan semakin jauh dengan ALLAH...klu nak banding keadaan kita dengan nabi junjungan kita pun, kita yg berpendapatan 500 sebulan pun jauh lebih senang dari Nabi Muhammad S.A.W...pasal kehidupan baginda amat susah...aku berani ckp yg mintak sedekah tepi jalan tu lebih kaya dan lebih berharta dari Nabi kita...bukan maksud aku nak merendah2kan nabi tapi aku nak buat perbandingan betapa kita umat akhir zaman ni kadang2 lupa macam mana cara kehidupan Nabi Junjungan besar kita...

Zaman kita ni ada paip air, tapi berapa ramai yg badannya sentiasa berwuduk? berbanding dengan zaman nabi dulu dimana sumber air jauh dan susah, maklumlah kat padang pasir...tapi itu xmenghalang mereka dari sentiasa dalam keadaan berwuduk...tapi malang sekali kita ni air siap buleh basuh kereta, tapi hanya berwuduk time nak solat, lebih teruk lagi jenis xsolat,mmg xlayak hidupla aku rasa...

Zaman kita ada elektrik, malam dan siang xde beza, ada lampu mcm2 jenis, tapi berapa ramai yg baca quran dan kitab2 agama bila malam, berbanding org dulu2 yg hanya berbekalkan cahaya lilin dan pelita yg xleh nak lawan lampu elektrik zaman sekarang...dah terang benderang waktu malam, berapa kerat je yg baca quran...yg majoritinya mengadap TV je...xkira masa...itulah sumber rujukan utama, TV...sanggup berjam2 mengadap tv tapi nak baca quran 5 minit pun xde masa...

Zaman kita ni makanan dan minuman amat mudah, xmcm zaman dulu...sekarang ni nak makan ape pun setiap masa ada tersedia, klu kita mengaji sirah kehidupan nabi, kadang2 nabi balik ke rumah, tanya pada isteri baginda, ada makanan ke x? maka dijwab xde makanan...paling menyedihkan sebiji kurma pun terpaksa dibahagi dua dengan isteri...adoi..kita walau sesak mcmna pun xde sampai tahap tu kan? tapi masih xbersyukur lagi...nabi pernah mengikat perutnya dengan batu kerikil kerana nak tahan lapar...hingga sahabat bertanya apekah yg berbunyi ketika nabi sedang mengimamkan solat, lalu nabi mengatakan bahawa itu adalah bunyi batu2 yg diikat pada perut baginda kerana baginda dah lama xmakan...kita ni lain, klu makan selagi perut xkembung, selagi tu xberhenti makan...pastu malas nak beribadat lagi..

Zaman sekarang semuanya mudah, klu kita nak amalkan islam xde sape nak larang, kita nak solat kat mana2 pun xde sape nak larang, tapi itulah punca xramai yg solat, masjid dan surau bersepah ada kat bumi malaysia ni tapi berapa ramai yg pergi solat berjemaah...xde sape pun nak halang, klu zaman nabi tu nak solat pun kena berhati pasal takut dihalang dan diganggu pada zaman islam mula bertapak...tapi kita ni xde sape pun nak larang dan halang...tapi masjid dan surau masih sepi...

Zaman sekarang org alim datang ketempat kita nak bagi ilmu agama, tapi berapa ramai yg hadir utk belajar dan mendengarnya...klu zaman dulu, org terpaksa berjalan jauh semata2 nak pergi ke tempat org alim utk belajar agama...tapi sekarang ni org mengajar agama disebelah rumah pun kita xmau nak turut serta...

Zaman sekarang kitab2 agama begitu banyak dijual dimana2 tapi tgk sajelah kat rumah kita, mana yg lebih bnyak...majalah2 hiburan ke buku2 agama ke? majalah hiburan tu hampir tiap2 bulan sanggup beli..tapi buku agama setahun sekali pun payah nak beli...klu yg ada pun, itu adalah hadiah atau cenderahati dari org...harap kita nak beli sendiri jangan harapla...

Zaman sekarang kenderaan ada bermacam2 jenis...darat, udara, air sume buleh lalu...tapi berapa ramai yg manfaatkan kelebihan ini...zaman nabi dulu cuma ada unta dan kuda, tapi itu xmenghalang mereka dari belajar agama dan pergi solat berjemaah dimasjid...tapi org sekarang surau dan masjid dipandang sepi...tiap2 minggu buleh je keluar berjogging tapi xde pun nak singgah masjid kecuali hari jumaat tu lah sekali seminggu...

Zaman sekarang teknologi begitu canggih, org2 alim pun buleh dihubungi dengan telefon, emel dan sebagainya...tapi berapa ramai yg guna teknologi nak berhubung dengan org2 alim ni...kuliyah pun berlambak kat internet tu tapi berapa ramai yg nak download dan meluangkan masa nak dengar...blog2 dan lama2 web pasal agama pun banyak sekarang ni tapi berapa ramai yg menggunakannya...

Zaman sekarang semua org pandang dunia semata2...tidak memandang pada akhirat...pasal tulah sanggup berulang alik pegi keje dari pukul 8 pagi hingga 5 petang demi nak cari duit...tapi berapa lama masa kita peruntukkan utk akhirat? bukan ke kita tahu dunia ni adalah nak cari bekalan utk akhirat?sanggup kerja berjam2 sehari nak cari duit utk dunia tapi seminggu sekali nak luangkan masa nak pergi tempat org mengajar agama pun susah...malah ada yg dari muda sampai tua, malahan sampai mati, xpenah sempat nak pegi mendalami ilmu agama...pencen umur 55, tambah lagi jadi 60 tahun...so mmg xde masa nak belajar agama ni..tulah yg jadi jahil tu...duit berpuluh2 dan beratus2 ribu dalam bank, tapi masih lagi nak cari duit, sampai mati dalam kejahilan pun ada...xsempat nak belajar agama..konon dah betul2 tua baru nk taubat dan belajar agama...

Zaman sekarang ni semuanya jauh lebih mudah berbanding zaman islam mula2 bertapak, rumah yg jauh lebih selesa berbanding rumah nabi kita yg berlantaikan tanah...tiap kali nabi bangun, maka dikebas2nya baju utk menghilangkan tanah yg melekat dibelakang baju...tapi kita ni rumah punya elok, permaidani jgn ceritalah tebal giler...sofa pulak mahal nak mampus...tapi xdelah nak bangun malam nak beribadat, cuma ada yg bangun malam pegi dapur minum air, pegi toilet buang air...paling best bangun malam tgk tv...

Dah panjang juga aku tulis ni...kesimpulannya bukan ape...betapa aku nak tekankan disini bahawa kita zaman ni jauh lebih senang dari zaman dulu, tapi dek kerana senang itu kita telah lupa diri, kita dah xhirau agama, kita dah xhirau akhirat...kita hanya nampak dunia saje...oleh itu marilah kita sama2 pikir dan ubah mana2 yg patut...

P/s=post script.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...