Rakan Seperjuangan

Thursday, February 11, 2010

Syariat Vs Adat

Pertama sekali aku nak ucap terima kasih la pada sape2 yg sudi menjenguk ke blog ni...walaupun ada yg setakat singgah sahaja tanpa meninggalkan sebarang kesan...tapi sebagai manusia biasa, aku perlu jugak tahu setakat mana penerimaan org terhadap blog aku ni...terharu bila melihat org google blog aku...dalam hati kecil ni berasa segala penat lelah dan usaha dah mula menunjukkan hasil...selagi ada idea, selagi itu akan ada update...menulis secara santai ini amat baik sekali bagi aku...

Entri kali ini menyentuh pasal isu Syariat dan Adat, mana yg patut didahulukan...kita pernah dengan perpatah biar mati anak jgn mati adat...tapi pernahkah kita dengan ungkapan biar mati adat jgn mati syariat?tentu pelik dan kasar bunyinya kan?

Sebelum tu nak huraikan sket ape beza antara dua ni...well, syariat tu adalah daripada Khaliq(pencipta) kita iaitu ALLAH manakala adat pula adalah dari makhluk(manusia)...so lepas ni harap xdelah yg bengap nak pertikai mana perlu didahulukan, mana perlu diutamakan...dah tentu adat yg bertentangan dgn syariat Islam perlu ditinggalkan atau diselaraskan agar tidak bertentangan dengan syariat Islam.

Aku cuma nak sentuh dua perkara je pada kali ini iaitu berkenaan adat bersanding dan juga adat berjabat tangan atau bersalam...bersanding atau kat tempat aku dipanggil beratur semasa majlis perkahwinan merupakan satu kemestian bagi masyarakat sekarang...ibarat tidak lengkap majlis perkahwinan tanpa persandingan dan pelamin yg dihias indah...tapi tidak lupa juga ramai org telah mula menyedari akan adat yg kebanyakannya bercanggah dengan syariat islam ni...Syariat islam tidak mengharamkan terus upacara persandingan ini, tapi ia perlu mematuhi syarat2 yg telah ditetapkan oleh syarak iaitu perlu menutup aurat, tidak mempamerkan perhiasan dan solekan, tidak sombong dan bermegah2, tidak berlaku percampuran antara lelaki dan perempuan bukan mahram...jika tidak mematuhi syarat2 ini, maka haramlah hukumnya adat persandingan itu...

Ada yg pertikai dengan mengatakan bahawa ia cuma sekali dalam hidup, ape salahnya bersanding kerana ia permintaan keluarga dan pelbagai lagi alasan yg bagi aku, terserlah kejahilan agamanya...ibarat kita ni berkata, ape salahnya kita sama2 MENDERHAKA pada ALLAH pada kali ini...ramai org sudah mula menyedari akan hal ini namun masih juga tidak mmpu melawan adat yg bertentangan dengan syariat ini...lebih teruk lagi kerana membelakangi ALLAH semata2 nak jaga hati manusia...

Perkara yg kedua adalah bersalaman antara lelaki dan perempuan yg bukan mahram...zaman ini ada yg beranggapan bahawa kita akan mengaibkan perempuan atau lelaki jika kita tidak mahu bersalam antara satu sama lain...sedar atau tidak, ini adalah fahaman liberal yg mana kita telah menganggap budaya bersalaman antara lelaki dan perempuan yg bukan mahram itu adalah universal, segenap pelusuk dunia menerima baik perlakuan ini, hingga org islam sendiri sanggup membelakangkan agama demi MERAIKAN adat bersalam ini...Bagi org yg berfikir mengikut cara Islam, perlu diingat bahawa haram hukumnya melihat aurat perempuan atau lelaki yg bukan mahram, tengok pun dah haram, inikan pula bersentuhan kulit...pastinya lebih jelas haram...perlu dianggap sebagai mencabul kehormatan perempuan apabila kita sentuh mereka, walaupun mereka rela dan tidak marah, namun perlu kita igt, bahawa syariat tidak sekali2 membenarkannya...konon akan mengaibkan org jika kita tidak mahu bersalaman dengan bukan mahram...mana lebih elok? aib didunia atau seksa diakhirat? kat dunia ni bolehla nak berdalih itu ini...tapi kat akhirat nnti? jawabla sendiri...

Dalam masyarakat sekarang yg makin memulaukan perintah agama, pastinya kita akan menghadapi kesukaran bagi mendaulatkan syariat Islam...sedangkan yg memulaukan syariat Islam itu terdiri dari org yg mengaku Islam...yg bila kita tanya...bila mati nak masuk syurga ke nak masuk neraka? semua jawab nak masuk syurga, tapi bila kita tgk amalan mereka, terang lagi bersuluh ia akan membawa ke neraka...jgnlah bersikap seperti org2 yahudi yg beranggapan walaupun mereka masuk neraka, tapi akhirnya akan dikeluarkan dari neraka kerana ALLAH sayang dan lebihkan mereka...kita org Islam pun ramai beranggapan begitu dengan berkata, bila dah mengucap, nnti akan masuk syurga juga pada akhirnya...seolah2 kita ni xkisah nak berada dalam neraka...kat dunia ni aircond rosak dah mengeluh panas...tidak kah bodoh namanya...panas sikit pun xtahan, tapi panas neraka seolah2 kulit kita ni dapat tahan...berjuta2 tahun lamanya diseksa...

Berapa ramai yg sanggup mati demi adat tapi xsanggup bersuara demi mempertahankan syariat...bukan suruh mati pun...suruh bersuara pun dah xberani...tapi kalau ada yg mencabar adat, sanggup mati nak pertahankan...

P/s: Akhir kata...ingat persamaan mudah ini...Syariat itu datangnya dari ALLAH, adat itu datangnya dari manusia...sampai bila2 pun syariat mesti didahulukan...biar mati adat, jgn mati syariat...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...