Rakan Seperjuangan

Sunday, March 21, 2010

HUKUM SUJUD MELEBIHI IMAM

adapun jika ada org yg ketika solat berjamaah itu sujud akhirnya melebihi panjang atau terlampau panjangmaka telah batal solatnya kerana itu adalah perbezaan yg amat buruk...adapun jika sujud akhirnya ketika solat berjamaah itu hanya sekejap saje...maka tidak batal solatnya...

ramai masyarakat hari ini yg keliru tentang permasalahan ini...ada yg menyangka bahawa tuntutan untuk sujud lebih lama pada sujud terakhir tiap kali lepas solat itu turut dibolehkan bagi solat berjemaah...tapi itu adalah anggapan yg amat silap....ternyata disini bahawa org yg melakukan perkara sedemikian adalah org yg tidak belajar tentang hukum...ini kerana ia boleh mendatangkan rasa tidak selesa bagi jemaah lain sehingga ada antara jemaah yg sujud begitu lama sehingga imam telah separuh membaca tahiyyat akhir...

bagi menjelaskan perkara ini...kita perlu merujuk pada hukum asal iaitu dibolehkan bagi seseorang itu sujud lama2 pada sujud yg terakhir selepas setiap kali waktu solat... bahkan tidak menjadi kesalahan bagi mereka yg mampu untuk melakukan sujud selama 2-3 jam sekalipun...

akan tetapi hukum ini hanya buleh digunapakai bagi solat berseorangan sahaja...ketika solat berjemaah...perbuatan seumpama ini buleh menyebabkan org yg sujud lama ketika akhir solat itu terbatal solatnya...batal kerana ia merupakan perbezaan yg cukup tidak baik...dan tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa ada kemungkinan sikap menunjuk2 yg buleh mendatangkan rasa tidak selesa pada kalangan jemaah lain...

akhir kata, adalah diharapkan agar tiada lagi yg mengamalkan sujud berlebihan pada akhir solat berjemaah...melainkan jika imam itu terkenal dengan mengamalkan sujud yg lebih lama pada akhir solat sebelum tahiyat akhir...kita semua tahu bahawa jika kita sengaja mendahului perlakuan imam 3 kali berturut2 maka akan batal solat kita...bagi makmun masbuk pula...perlu diketahui bahawa apabila imam sedang rukuk ketika kita hendak bersolat bersama imam...bila kita angkat takbir...tiba2 imam bangun iktidal...batal solat kita jika kita rukuk dikala imam telahpun iktidal...begitu juga ketika imam yg sedang sujud tiba2 bangun ketika kita sedang takbiratul ihram...kita imam dah bangun tapi kita masih nak sujud....maka solat kita itu adalah tidak sah...

sekian utk kali ini...hehehe....

10 comments:

The Spiral Eyes said...

so where is the dalil my friend

Admin said...

Dalilnya ialah ia merupakan perbezaan yg buruk dalam solat jemaah...konon makmum tu lebih baik dari imam...selamat mencari dalil...

shiQin Az said...

kalau sujud tu xde la lme pon tapi cukup untuk bace tasbih 7 kali serta tasbih taubat 3 kali mcm mne? saye bukan nk riak, tapi itu sudah seperti amalan saye..saye rase takde la lame mane pon..sekejap je..
tambahan pula, saya rase, jemaah laen tak perlu merasa tidak selesa dengan org yg sujud lame..dan soal keikhlasan adalah antara hamba dgn tuhan saja yang tahu..
pada pendapat saya, perbuatan sunat tak perlu berlebih-lebihan..cukup sekadar besederhana..
bagi yang sudah tinggi hukum agama nye, tidak perlu menakut-nakutkan mereka yang masih kurang ilmu dengan cepat meletakkan hukum keatas sesuatu dengan alsan yang kurang reliven..
seperti contoh "takut riak"..
kurang elok nampaknye..

Admin said...

Terima kasih kerana sudi berkongsi pendapat. Entri kat atas tu bukanlah pendapat admin semata2 tapi nak berkongsi tentang apa yang admin baru tahu...itupun melalui ustaz dan kitab...kalau admin saja mereka2 itu mmg xpatutla kan..

Sujud lama ketika solat jemaah ni mmg kurang elok pun jika dipandang...imam dah separuh tahiyyat pun dia masih sujud...bukankah itu boleh mendatangkan fitnah atau perbezaan yang amat buruk sampai ada ulama yang kata batal solatnya...

Perlulah diingatkan bahawa dalam solat berjemaah tu ada peraturannya...apa salahnya kalau nak sujud lama2 buat dalam solat2 lain selain dari sujud berjemaah...sujudlah 10 jam pun kalau mampu...bayangkan kalau imam sujud satu minit..mesti ramai jemaah yang merungut..disitu dah berlaku kepincangan...

Masalahnya tak ramai orang yang tinggi ilmu agama..pasal itu islam dah tetapkan panduan...perkara yang logik pada akal kita baik pun tetap ditegah kerana takut mendatangkan fitnah...jadi pandai2lah menilai sendiri...
Wallahua'lam...selamat berpuasa :)

Anonymous said...

Sesungguhnya imam dijadikan untuk diikuti, apabila dia rukuk maka rukuklah kalian, bila dia mengangkat kepalanya maka angkatlah kepala kalian. Dan bila dia shalat dgn duduk, maka shalatlah kalian dgn duduk [HR. Bukhari No.647]

Unknown said...

Nice info

Unknown said...

Jika masa sujud melebihi bacaan wajib dlm tahiyat akhir boleh membatalkan solat...ustaz azhar idrus

Unknown said...

Jika masa sujud melebihi bacaan wajib dlm tahiyat akhir boleh membatalkan solat...ustaz azhar idrus

Daud Mohamad said...

Solatlah mengikut imam. Imam sebagai ketua. Ambil contoh mudah jika dalam perbarisan berkawad orang lain dah berjalan awak masih duduk berdiri tegak je.

Unknown said...

Kalau sujud lama melebihi imam waktu solat sunat(solat sunat hajat) boleh tak?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...