Rakan Seperjuangan
Tuesday, September 8, 2009
Yang Buatkan Aku Menangis
Siapa kata lelaki susah nak menangis?Sape kata klu lelaki menangis tu xgentlemen? sapa kata lelaki menangis xmacho?hehe...itu terpulang pada keadaan...klu menangis kerana tgk drama kat tv..mmg xmacho lah lelaki tu..hehe..nak2 pulak drama rekaan semata2...dahla kisah cinta..rekaan pulak...
Tajuk kali ini agak sempoi...aku nak ajak pembaca2 blog ni menangis sama...klu xmau menangis pun..sebak dihati cukuplah...hehehe...akhir2 ni aku dapati aku senang sekali mengeluarkan air mata(walaupun aku lelaki)...klu dulu masa kecik2, bila nak tido duk pikir pasal kematian mak ayah aku, aku akan nangis serta merta...selain dari menangis dibuli oleh 3 orang abang aku, menangis kerana disebat mak aku, disebat ayah aku, menangis pasal sakit terjatuh dan menangis bila tgk ayam yg aku suka kena sembelih...itu masa kanak2...dah remaja sket, aku cuma menangis bila aku rasa sakit hati dan marah yg teramat2...dah tua2 ni...aku menangis kerana banyak perkara...
Dah sampai peringkat dewasa ni(umur dah 26 tahun 8 bulan)...aku dapati aku terlalu mudah mengalirkan airmata...terutama ketika berseorangan...aku mmg xkan menangis kerana kematian sape2(melainkan masa kecik2 aku duk bayangkan jika mak ayah aku mati)...dah dewasa ni, aku dengan mudahnya mengalir air mata bila teringat pasal kematian...bila baca artikel atau penulisan pasal alam akhirat, siksaan2, syafaat dan pengorbanan nabi(ini part yg baik la aku rasa)..selain dari itu, aku juga menitiskan airmata bila dengar nasyid pasal kematian, nasyid pasal pengorbanan ibubapa...disamping itu aku juga menangis bila terbaca pasal penderitaan umat2 islam dan anak2 yatim...
Terbaru..beberapa hari lepas, aku ada terbaca pasal kisah seorang anak yatim di masjid Quba'...melalui blog ustazamin.com...
Paling terbaru pulak bila tgk rancangan mcm2 aznil...part dicabar lelaki menangis...dipasang lagu sudirman, ayah dah ibu...aku pun menangis sama...hehehe...
Selain itu...lagu nasyid dari arab iaitu Farshi at-Turab...memang buleh buatkan aku menangis dan sebak( hanya ketika layan sorang)..lagu nasyid selimut putih, kasih ibubapa juga buleh buat aku menangis...huhu...
Antara lain, yg buatkan aku menangis adalah ketika aku berseorangan mengenang anugerah dan nikmat ALLAH yg tidak terhingga kepada aku sejak aku lahir hingga ke hari ni..aku ni mmg bukan hamba yg bersyukur, dan kerana itu, ketika aku igt akan nikmat2 ALLAH pada aku...aku akan menangis...ketika dalam kesusahan, aku hanya mengadu pada ALLAH dan pada masa itulah aku akan menangis kerana aku malu dengan dosa2 aku pada ALLAH...tapi ALLAH tidak pernah mengabaikan permintaan dan doa2 aku...cepat atau lambat...segala doa2 aku telahpun tertunai...hati mana tidak menangis bila mengenangkan diri aku yg penuh dosa dan noda ini selalu sahaja disedarkan...ketika mana aku terlalu asyik dengan dunia...maka pasti aku akan ditimpakan kesusahan bagi mengingatkan aku pada ALLAH...justeru aku malu pada ALLAH dan ketika itu...aku akan menangis...(tapi hanya jika aku keseorangan)
Paling bodoh dalam dunia adalah menangis kerana makwe(walaupun aku pernah menangis kerana makwe) tapi aku berasa amat bodoh bila mengenangkannya...baik menangis mengenangkan susah payah mak kita mengandungkan kita selama 9 bulan...xleh tinggal walaupun satu saat...kemana2 saja duk bawak kita dengan perut membusung itu...kita dah besar ni pulak xtahu nak hargai jasa mereka...kita patut menangis bila kenangkan itu..bukan menangis bila baca novel rekaan tu...
Sebelum terlupa..aku juga menangis bila teringatkan kematian aku sendiri...aku sedih jika aku mati dalam keadaan tercabut iman...aku risau jika berlaku apa2 selepas aku mati...risau jika mayat aku bertukar jadi hitam ke, kepala binatang ke, kubur xmau terima ke..dan macam2 lagilah...aku sedih bila mengenangkan jika aku mati, aku belum cukup amal...kadang2 datang lintasan dalam hati bahawa aku cintakan dunia dan benci mati...tapi itu adalah lintasan dari syaitan...buang masa aku layan...yg hidup pasti mati...cuma harap2 aku mati dlam keadaan yg suci dari segala dosa...alangkah malunya jika aku mati dalam keadaan berbuat maksiat...huhu...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
habis dah telefon mak ke belum ni
telefon mak?hehehe...lain padang lain belalang, lain org lain cara...
Post a Comment