Rakan Seperjuangan

Sunday, November 15, 2009

Bidaah Kononnya...

Berdasarkan Ceramah Ustaz Kazim yg bertajuk Penjelasan bidaah....amalan2 yg konon dituduh sebagai bidaah...dia ada memperjelaskan sikit sebanyak...contohnya solat dilaut, xleh berdiri, wlaupun sihat, tapi xleh nak berdiri tegak, buleh solat duduk, bukan xperlu buat langsung...

ISLAM ITU MUDAH= Perkara sunat tu klu nak buat pun xsalah, buat pun bagus...bukan paksa org supaya jangan buat perkara sunat...mudah tu ada pilihan, nak buat atau xnak buat xde hal...klu dah paksa jgn buat, itu bukan mudah...

Bab Wirid Lepas Solat= Kitab Bukhari, hadis 3113, 3705, 5361, Muslim, 2727...menceritakan nabi berwirid lepas solat...

Terawih 20 rakaat= Hadis nabi ada sebut solat sunat malam tu, dua rakaat dua rakaat...

Tazkirah Ramadhan= Nabi mmg xpenah buat tazkirah, tapi dlm masa sekarang ni, tazkirah mesti berterusan pasal terlalu banyak kemungkaran terlalu banyak dari tazkirah...disko pun 24 jam, xkan tazkirah nak bagi peringatan kat org pun xleh?nape xpertikai dangdut dan disko?

Qunut= Nabi buat qunut bila ada musibah dan mudarat je...tetapi yg buat qunut pada subuh tiap2 pagi adalah Umar Al Khattab(nak kata Umar tu bidaah?)- ikutlah sunnah sahabat2 aku dengan gigi geraham(ikut bersungguh2)...xnanti nak kemarau baru nak qunut, Kes Nurin, Palestin, Selatan Thai, nak pakai tudung kena buang universiti, apekah itu bukan musibah? Qunut tu mintak hidayah...qunut nazilah mintak supaya dihancurkan musuh2 Islam...ape salah mintak hidayah tiap2 hari...

Selawat masa solat terawih= tiada sape yg buat semasa solat, yg selawat tu lepas solat...dah lepas solat ikut suka lah nak buat ape pun...yg bidaahnya lepas al fatihah, sebelum rukuk, baca selawat...bukan selawat sedang solat, selawat selepas solat...hikmah selawat=dpt bagi rehat pada imam, sambil mengisyaratkan jumlah rakaat, xnak bagi lagha dengan sembang atau buat perkara xberfaedah, so better selawat je...bende dah habis solat...nak buat xpe, nak buat sudah...yg jadi masalahnya bila menjerit2 time selawat...ADA X NAS YG MELARANG BUAT? jika xde yg melarang, maknanya harus...nape xpertikai org yg xnak selawat?

Terawih berjemaah= Nabi xpernah terawih berjemaah sepanjang Ramadhan...tapi tunjukkan hadis nabi melarang terawih berjemaah?

Azan Jumaat Dua kali= zaman nabi xbuat azan dua kali...ia mula dibuat pada zaman Usman...adakah Usman itu bidaah...

Rakaat Terawih= Nabi mmg buat 8 rakaat, silakan buat sebanyak mana mampu..Umar buat 20 rakaat..Usman buat 40 rakaat..adakah dua khalifah ni bidaah...kenapa nak pertikai org yg xpergi solat terawih langsung?

Bacaan doa yg kuat= dari mana datang hadis nabi berdoa jika nabi doa sorang2? nabi doa kuat, pasal tu org buleh dengar...xkan nabi begitu kedekut xmau org lain dengar ape doanya...

Talqin= Ada hadis, nabi bercakap dengan org dalam kubur, dan nabi berdoa pada org dalam kubur...klu camtu, mmg sah2 doa tu sampai...lagi satu talqin ni utk peringatan org2 yg masih hidup...yg sanak saudara datang dari jauh..iringi ke kubur...beri keinsafan pada yg yg hidup...harapkan nak dengar ceramah, bila lagi masyarakat nak dengar ceramah, kat kubur tu dah elok...org2 dari jauh balik iring ke kubur...

Tahlil= Apabila mati anak adam, maka terputuslah amalannya kecuali 3 perkara...sila fahami, amalannya sahaja...amalan org lain yg hidup akan sampai pada simati...ape guna nabi doa mintak pengampunan org mati klu doa xsampai...ada hadis sahih nabi menyuruh dibacakan Quran pada org yg dah mati...pasal amalan org hidup masih diterima...nak sedekah pahala tentulah boleh...

Bab Qunut...4 mazhab xpenah kata qunut tu salah, xleh diamalkan...abeh tu yg mengatakan qunut ni bidaah atau sesat ni guna mazhab ape ye? 4 mazhab xtolak, tiba2 ada satu fahaman ckp qunut ni sesat...sape yg sesat? menimbulkan kekeliruan, seterusnya menimbulkan perpecahan...

ISLAM NI MUDAH...nak buat xsalah, xnak buat pun xsalah...contoh selawat selepas solat terawih, kena fahamkan masyarakat bahawa jangan anggap selawat lepas solat terawih tu wajib...bukan larang org daripada selawat...

P/s: muzik dalam masjid(bunyi hanset) xdianggap bidaah pulak...ish3...

17 comments:

emi said...

[quote]ISLAM NI MUDAH...nak buat xsalah, xnak buat pun xsalah... [/quote]

i like it.. yg penting kene ada ilmu..bukan ikut tak tau apa2 sbb..

Anonymous said...

hehe..jelaas nmpk kearah mn ditujukn.. maksiat berlambak2 dh x tertanggung..nk perbetulkan...dia duk sibuk2 yg ni sesat tu sesat..huhuh

Admin said...

Cuma org bodoh je anggap jika xbuat perkara sunat tu ibadat xsah...depa wahabi ni igt kita ikut buta tuli ke? kita pun ada belajar juga tentang nas2 dan dalil2 yg mengatakan suatu amalan tu sunat...xde sape yg ckp qunut tahlil yasin talqin tu wajib...tapi pasal banyak faedah jika buat...xkan perkara baik pun Islam larang...rendah benar martabat Islam ni...

Musa Mohamad said...

Assalamualaikum,

salah tu kalau anta kata nabi xbuat solat terawih berjamaah, nabi buat selama 3 hari,pastu nabi xkeluar bersolat bersama sahabat takut di fardhukan terawih keatas umatnya..

pastu 1 lg, hadis membaca al-Quran pada si mati itu tidak sahih ya akhi, but mungkar..

cuba anta datangkan matang dia bersama perawi.

Admin said...

W'salam...terima kasih syeikh, sempat komen kat blog aku yg xseberapa ni...aku hanya memetik kandungan kuliyah ustaz kazim elias...mmg betul nabi buat 3x je...tapi kita ni buat 30 hari...yg penting klu nabi dah buat tu, harus bagi kita buat lebih dari nabi...cuma solat fardhu tu kita xlehla nak tambah rakaat...tapi bg banyak ibadat lain...hukumnya boleh kan?

Membaca quran tu kan amalan terpuji...kalau simati xdpt manfaat...yg tukang baca tu sah2 akan dpat manfaat...dan aku pasti ia tidak mungkar seperti membiarkan mayat tidak ditanam berhari2...

aku bukan ahli kaji hadis...bagi aku, sume hadis adalah elok...org sekarang ni mmg teruja nak ckp hadis2 tu palsu...aku percaya, seribu tahun akan datang, berapa kerat je hadis yg tinggal...pasal tanda akhir zaman ialah, ilmu agama diangkat...

Aku percaya ulamak dahulu lebih alim dari sekarang...setakat ni belum ada hadis yg menyuruh buat maksiat kan?semuanya menyuruh kepada perkara kebaikan...ape hak kita nak kata ia bukan dari nabi?adakah nak tunjuk kita ni hebat pasal boleh tentukan ianya hadis palsu sedangkan ianya adalah amalan yg baik...

Baca Quran tu amalan baik...bukan baca kat tandas ke ape...bukan ke ada cerita pasal ahli ibadat yg selalu membaca Quran pada kubur simati?mungkin ni cerita rekaan...tapi kelebihan membaca Quran tu dptkah kita nafikan?

Dalam solat jenazah, ape guna kita berdoa utk simati jika ianya sia2?klu dah org hidup xleh nak beri manfaat kepada simati..xperlulah kita nak solat jenazah kan? hingga ada hadis yg ckp, jika solat jenazah lebih dari 3 saf, maka dosa simati akan diampunkan...bunyi mcm xlogik...tapi rahmat ALLAH tu luas...

Akhir kata, kita masuk syurga bukan kerana byknya amalan kita, tapi kerana rahmat ALLAH...dan kerana syafaat nabi...tidak lupa juga syafaat dari Quran...agak hairan jika nak baca quran pun ada halangan...

Musa Mohamad said...

ana xckp hukum, but tentang hadis, dh mungkar tggal jela..yg kt nak buat 2 bnda lain pula, yg 2 ana xde kata apa2 kan..yg solat jenazah ke apa ke 2 bnda lain pula..ana bmbg kt termasuk di dalam hadis yang mana Sabda Rasulullah s.a.w :
ومن كذب علي متعمدا فليتبوأ مقعدهم من النار

" sesiapa yang mendustakan atas aku dengan sengaja maka sedia tempatnya di dalam neraka ".

sabda Baginda juga :
" tidak sama pendustaan keatasku dengan pendustaan atas seseorg kamu "
pasal terawih 2 ana hanya perbetulkan yang anta kata :
"Terawih berjemaah= Nabi xpernah terawih berjemaah "

jd ana nak katakankan yg anta kata 2 salah bahawa nabi x buat, bahkan ada di dalam bukhari & muslim yg nabi buat 2 je.

jd yg s. umar buat menghimpunkan org berjamaah 2 bgs la..tidak kira la berapa rakaat pun..

mcm bacaan al-Quran pada si mati juga, ana hanya tegur hadis dia tu je, soal nak buat @ x tu ikt je la.

yg anta hairan nak baca al-Quran ada halangan 2 sapa pula la yg halang anta drpd berbuat perkara baik itu?

Admin said...

xde org halang aku(sory guna gantinama ni) dari baca quran...tapi ada yg seolah2 menyelar perbuatan baca yasin malam jumaat, baca yasin ketika org nazak, dan baca yasin pada org mati...

sorylah pasal kekeliruan bahasa...nabi xpernah tu patutnya nabi xpernah suruh pengikut berjemaah...seperti yg kita tahu...ada pengikut mengikut belakang nabi, dan nabi risau nnti akan diangkat menjadi fardhu...

hadis sape mendustakan dengan sengaja tu...senang je nak hurai...bagi aku yg jahil ni...

Andai kata kita dengar dari nabi pasal larangan minum arak...tapi kita reka hadis kononnya nabi kata arak ni halal diminum...

Aku xnampak dalam konteks sekarang ni org sengaja nak bohong atas nama nabi...bukan dapat ape2 faedah pun...sape yg dapat pastikan org tu berbohong?dengan sengaja pulak tu...perkara baik pun sampai nak bohong ke?

Ini semua khilaf kan? xde sape buleh betul2 pasti samaada hadis tu sahih atau palsu...kita hanya mampu buat andaian je...dan aku rasa sumber2 rujukan kita akhir zaman ni lebih sedikit dari sumber2 dari beribu2 tahun dahulu...

so mmg xheran jika dikaji semula, akan terputus turutannya...pastu kita akan meraguinya...sesuai dengan kata2 nabi...agama akan diangkat...dimana ulamak2 yg banyak ilmu semakin kurang...diganti dengan ulamak2 yg ada ilmu, tapi xleh nak lawan ulamak dulu...

kita hanya mmpu mengkaji dengan kitab2 ulamak dahulu...bukan kaji ingatan dan otak mereka..xkan mampu mereka nak tulis semua yg mereka tahu...mereka pun xsangka umat akhir zaman ni begitu teliti...

Ini hanya pendapat logik aku, jika kaji dari kitab2 lama saje..pastu nak tentukan hadis tu sahih atau palsu..mmgla agak pelik..pasal ape? pasal ada kemungkinan kitab2 tu xmerangkumi segala ilmu yg ada pada ulamak2 terdahulu...

Igtkah pada ketika sungai tigris bertukar warna kerana banyaknya kitab2 dilupuskan?ini pun satu hal...pasal tu bila kaji hadis, akan berlakunya "putus jaringan"...

Musa Mohamad said...

kenyataan anta tentang kajian semula itu akan mengugurkan apa yang ada pada ulama itu xbenar, sebab di dalam disiplin pengajian hadis kita akan melalui pembelajaran melalui beberapa kitab :
1- kitab Hadis-hadis soheh
2- kitab Sunan
3- kitab Musnad
4- kitab Muwata`
5- Mu`jam hadis
6- Musonaf
7- kitab Mustakhrij ( Mukhorij )
8- ajzak ( juzuk2 )
9- kitab yang mengumpulkan hadis Mursal
10- kitab hadis dhaif
11- kitab hadis2 palsu
12- kitab Rijal Hadis
13- kitab takhrij
14- dirasat asanid
15- mu`jam atraf hadis.
dan banyak lagi kitab yang ditulis oleh ulama hadis, anta boleh rujuk kitab2 itu dimaktabah universiti @ mana2 tempat.
lg 1 ana xpernah menjumpai pendapat imam as-Syafie mengatakan tentang hadis tersebut di dlm mazhab as-syafie. kalau ada anta boleh bagi tahu ana nama kitab dia supaya ana boleh rujuk. kalau pendapat anta benar ana mohon maaf daripada anta & bertaubat pada Allah taala.
ana syorkan anta baca satu kitab karangan DR MUSTHAFA AS-SIBAE iaitu AS-SUNNAH WA MAKANATUHA FI AT-TASYRIK. Ana harap diskusi kita ini tidak akan mehilangkan ksh syg aqidah kita. kalau anta xsuka berdiskusi dgn ana anta boleh send ke email ana di
abuuwais86@yahoo.com

Admin said...

Pertama sekali...aku(bukan nk bersikap kasar) nak ucap terima kasih kerana sanggup komen panjang lebar...sesuai dengan syeikh sebagai lulusan agama...berbanding aku yg cuma dengar ceramah je...suatu kekurangan yg jelas iaitu aku xada peluang nak tanya pada ustaz atau guru dimana aku buleh dpat hadis itu..tapi byk sekali aku dengar dia sebut pasal hadis tu dalam ceramah dia...

Hadis pasal agama akan diangkat dengan kematian para ulamak dan orang alim...bukan hilang dari dada mereka tapi selepas mereka mati...xde sape yg buleh ganti mereka...dalam erti kata lain, semasa mereka hidup...xramai org yg nak berguru dengan mereka, kalau ada pun..ia xsama dengan cara berguru ulamak2 terdahulu...

sedara buleh lihat fenomena ini dimana ustaz2 yg ada kelulusan akademik berapa kerat je yg mahu mengajar kepada org awam...tinggal yg mengajar ialah ustaz2 yg hanya kelulusan pondok yg xde kelulusan akademik...tapi selalu ustaz2 yg xde kelulusan ni dipertikai oleh masyarakat kerana tiada kelulusan...

Syeikh tentu tahu sistem pembelajaran pondok agak berbeza dengan universiti...tapi masyarakat hanya paham bahawa kelulusan dari universiti lebih hebat dari lulusan pondok...

Sekali lagi mintak maaf syeikh...aku xdpt nak kemukakan dimana hadis itu boleh diperolehi...dan sekali lagi aku nak nyatakan kebimbangan tentang kemungkinan berlakunya "kegawatan sumber" dalam usaha nak kaji balik hadis2 pada zaman moden ni...

Aku tetap berpendapat bahawa kemungkinan itu buleh berlaku dimana ada sesetengah hadis tidak dpt dipastikan kesahihannya kerana sumber2nya telah tiada lagi...sumber yg boleh menyatakan bahawa hadis itu dari nabi sudah tiada...kerana tiada sape yg tahu...kerana ulamak2 dahulu dah tiada...yg tinggal hanya kitab2 mereka..dan kitab2 tersebut xmgkin dapat menggantikan segala ilmu yg ada pada mereka...

Den said...

Mengajak orang melakukan kebaikan dan mengingati Allah apa salahnya. Kan lebih baik memperbanyakkan amalan yang baik-baik walaupun ada amalan tersebut tak dilakukan pada zaman nabi.Allahualam Bisawab.

Admin said...

Betul tu saudara Den, Ilmu kita xsetanding dengan ilmu ulamak2 dulu, selagi ianya amalan baik, kita ikut jelah...kerana kita org awam xmmpu nak keluarkan hukum sendiri dalam perkara khilaf2 ni...

Azlan said...

Aku setuju ngan Musa. Agama kita nih dah lengkap dah, tak usah lah nak ditokok tambah ape2 lagik.

Ko cakap kalau takde nas yg mengatakan haram, maka harus. Itu betol, tetapi tak apply utk ibadah. Kaedah Fiqh ialah asal ibadat adalah haram. Kalau ade nas yg menghalalkan baru lah harus ibadah tuh. Kaedah nih dah dipakai ulama' berzaman2 dah.

Ade hikmah kite gune kaedah ni. Sebab cube bayang ape boleh terjadik kalau ibadah boleh dicipta sesuka hati, dengan alasan tiada nas yg mengharamkan.

Tak pasal2 ade orang pakai colok sujud2 dengan niat beribadah kepada Allah. Eventhough tauhid dah ade, tapi kalau cara perlaksanaan tak ikut sunnah, tak diterima amal tuh. Aku sedar laa contoh aku nih extreme, tapi where do we draw the line between ape boleh cipta and ape takleh? Jawapannye adalah sunnah lah.

Bid'ah tuh membuat sesuatu tanpa contoh sebelomnye utk mencari redha Allah (i.e. sbg ibadah). So ini termasuklah kalau kita membuat ibadah yg sedia ada, tetapi dengan cara yg takde contoh dari nabi.

Contohnye puasa. Asalnye harus, malah wajib lagik. Tapi kalau kita dah khususkan puasa di bulan Rejab, dengan balasan pahala para syahid, maka situlah jatuh bid'ahnye. So bukan la puase yg bid'ah, bukannye berpuase dlm bulan Rejab bid'ah, tapi berpuase di bulan Rejab DENGAN SEBAB hendak beroleh pahala2 syuhada yg jadik bid'ah. Kalau puase isnin/khamis yg dah ade dalil tuh boleh saje.

So dalam kes yg ko cite nih:

Wirid - Yg bid'ahnye berjemaah secara lantang

Doa - Lantang selepas solat jemaah. Lepas solat jemaah takde dalil yg mengatakan nabi berdoa jemaah dgn lantang.

Selawat - Pengkhususan antara rakaat terawih yg tiada dalil

Tahlil - Lantang, berjemaah dalam kenduri arwah

Qunut dengan terawih tuh dalam pendapat aku masalah khilaf, sebab dalil sahih pengamalannye ada.

Lastly, jgn lah kite sia2kan usaha ulama' hadith terdahulu dengan terime je sume hadith tanpe kisah sahih ke tak. Penat tuh diorang berjalan seluruh dunia tolong kita mengenal sunnah Rasulullah

Admin said...

Terima kasihla pada sedara Azlan...penerangan panjang lebar lagi tu...hehe...aku cuma harap sangat agar sedara dengar sendiri ceramah tu, baru buat penilaian...tentang hadis sume baik tu, ia mmg pandangan peribadi aku, kita beribadat bukan kerana pahala sekian2, tapi ikhlas kerana ALLAH...klu nak cermat,sedara buleh tinggalkan yg dirasakan bidaah tu...xde sape nak larang pun..

Bab agama dah lengkap...xperlu tambah ape2..itu kenyataan yg amat umum...ilmu aku belum cukup tinggi nak berhujah pasal ni, yg pasti aku sebagai org awam hanya mengharapkan kepada alim2 ulamak terdahulu yg konon menokok tambah tu, agar mereka tidak terus menerus disesatkan oleh org zaman sekarang...for sure org dulu lebih alim dari org sekarang, mmg xde bukti jelas tapi itulah ape yg aku rasa...

Klu nak ikut bidaah, membukukan Al Quran pun kira bidaah, kesannya sekarang berapa kerat je yg hafal quran...baca pun malas, berbanding sahabat2 zaman nabi yg ramai yg hafal...bukan nak kata bidaah ni xbaik...tapi bende2 yg khilaf mmg akan dipertikaikan...

Kesimpulannya, kita xperlu sibuk nak bertelagah bende2 khilaf ni...selagi bende tu baik, xsampai mencederakan diri sendiri, xsampai menduakan ALLAH, xsampai mencederakan org, buat jelah...bab wirid pun nak kecoh, sedangkan penyanyi wanita yg jelas haram xde pulak nak kecoh...hehe...

Azlan said...

Minta maaf lah, belum berkesempatan mendengar ceramah tuh lagik. Kalau ade tersilap tafsir pendapat ko, itu tidak disengajakan.

Aku actually pon bercakap pasal bid'ah in general, not necessarily specific kepada ceramah tuh. So patutnye what I have to say nih apply to sape2 yg mengamalkan perkara2 yg dikatakan bid'ah tuh

Aku bukan nak force opinion aku atas ko ke ape, tapi aku just harap ko reconsider and research dulu pasal nih sebelom buat pegangan gitu saje.

Bab agama lengkap tuh bukan pernyataan umum. Die berdasarkan Surah Al-Maidah ayat 3. Terjemahan seperti berikut.

“Pada hari ini telah aku sempurnakan agama (Islam) untuk kalian, dan telah aku cukupkan nikmat-Ku atas kalian, dan Aku telah ridha Islam menjadi agama kalian”

Tambah sket hadith shahih.

Sabda Rasulullah: “Barangsiapa beramal bukan berdasarkan perintah kami (contoh/sunnah kami) maka amalannya itu tertolak (tidak diterima Alloh Subhanahu wa Ta’ala)” [HR Bukhari no.2697, Muslim no.1718, dan Ahmad 6/73, 240, 270]

Kalau kite teliti hadith2 pasal Raulullah, kite boleh sedar yg die very specific. Gerak-geri ketika solat, syarat2 istinjak, cara mandi wajib, dan byk lagik to the detail. So takkanlah bende yg besar cam wirid jemaah, tahlil arwah, dll. semua tuh ade orang ter-miss out kot.

So that means bile kite mengamalkan bid'ah nih, kite consciously tahu yg kite buat bende yg Nabi S.A.W. tak buat.

Itu dah imply macam2 dah:- kite rase ibadah ciptaan kite setaraf ngan ibadah yg Nabi tjk. Ataupon kite rase time Nabi wafat tuh, ade lagik bende2 yg Nabi lupe nak tjk/tak sempat tjk. Which means agama tuh tak sempurna in the first place. Camtuh lah teruknye implikasi Bid'ah nih.

Bid'ah nih bukan khilaf. Khilaf nih bile ade disagreement dalam intepreting dalil2 shahih yg sedia ada. For e.g. sentuh isteri batal wudhu ke tak, sentuh anjing part mana yg kene samak, dll. Kalau dalil pengamalannye dah takde/palsu, takde khilaf dah.

Bid'ah yg kite amal nih pon, bukan dari ulama' dulu pon. Try gi carik mane2 kata2 Imam Syafie endorse pape perbuatan bid'ah. In fact, cube carik ulama' Ahli sunnah waljamaah sekarang (bukan ustaz eh) yg endorse pon. Confirmnye takde.

The reason orang kecoh2 pasal bid'ah nih is sebab pembuat bid'ah kalau tak diingatkan, tak tau die tengah buat salah. Takkan tetibe je orang yg wirid lantang berjemaah nih nak bertaubat. Sebab die rase cam die buat amal. Penyanyi wanita mmg sah2 tau die buat dosa ade lah harapan akan bertaubat dgn sendirinye.

Bab hadith pulak, byk sgt hadith palsu yg dicipta musuh2 Islam utk menyesatkan kite. Atau dicipta orang2 terlampau zuhud utk menggalakkan kite beramal. Periwayat palsu pon dah byk di-identify. So kite mmg kene berhati2 dalam pileh hadith, whether shahih ke tak. Takkan kalau orang yahudi dok quote2 Nabi kite nak ikut jugak?

Lastly dalam pendapat aku, membukukan Quran bukan bid'ah pon. Die method utk allow pelaksanaan ibadah. Contoh - naik kete (method) utk pergi masjid (ibadah). Takde lah bid'ah eventho zaman dulu takde kete. Same lah. Membukukan Quran (method) utk menyebarkan kalam Allah (ibadah). Tapi tuh pendapat aku je lah. Tak tau kalau di-share mane2 ulama'

Btw, mostly bende2 nih bukannye aku tau by heart pon. Kebykan sumber aku from internet jugak. Which means ko pon boleh la bace2 around tgk pendapat orang lain pasal bid'ah nih. Tapi kene la buat responsibly i.e. make sure dalil shahih cukop sanad ngan matannye.

Based on ape aku peroleh, without a doubt, obvious yg tersgt2, tanpe sebarang ragu2 yg perbuatan bid'ah nih sesat semuanye.

You're welcomed to prove me wrong, tapi hopefully takde ah gune dalil logic je. And lagik satu, tak perlu lah kite nak melabel sesapa yg berusaha ikut sunnah Nabi S.A.W. sebagai Wahabi. Semua ibadah kene ikut sunnah Nabi S.A.W., bukan ibadah Wahabi je.

Admin said...

Hehe...bagusla sedara ni...dari gaya bahasa tu, bukan calang2 org...itulah kelemahan aku ni...aku buleh dengar ceramah je...nak tanya ustaz time tu jugak xleh...xsangka ada yang cukup teliti...

Tapi aku harap sangat agar sedara dengar sendiri ceramah yg digunakan utk menulis entry ni...sila bagi emel sedara jika xkeberatan....akan ku cuba emelkan...

Pasal aku mmg suke hujah akal...jadi mmg susah nak berhujah dengan org yg guna dalil ni..xsampai ilmu aku...hehe...

gimme ur emel..or email me at hady83@gmail.com i'll send u the audio file...

Azlan said...

Aku pon stkt dengar ceramah je. Tu pon dah lame tak dah. Atau pon bace artikel. Takde aa arif mane. Dalil2 kat atas pon same, bace & confirmkan online, bukannye aku hafal. Skang nih byk dah orang buat dakwah online nih. Senang je nak cr info. Penggunaan bahase aku pon malangnye mostly quotation from orang2 yg dah jauh lebih experience dan layak berdakwah.

Aku post kat sinih sebab aku assume ko tak mencari huraian yg terlampau technical. So aku amik ape yg aku paham selame nih dan ceritakan dalam bentuk kurang technical je. Sori ah pjg gile. Hopefully takde silap pape. Kalau tak harap diampunkan.

Kang aku email ko mintak audio file.

Admin said...

Sedara xperlu nak segan...tujuan blog ni adalah nak berkongsi pendapat...daripada aku duk tulis kegiatan aku hari2, better tulis suatu yg mcam ni..yg sume org buleh komen..bg pendapat...aku pun xsampai setahun mula minat kumpul2 ceramah kat online ni...so bayangkanlah byk mana sangat ilmu yg ada...aku paling takut bila aku dituduh mentakwilkan sendiri ikut kepala aku...terutamanya dalam hukum2 yg dah jelas...

Blog aku ni xsesuai bagi org yg belajar agama tinggi2...bagi org2 yg baru nak berjinak2 tu bulehla kot...aku pun bukan lulusan agama pun...cuma niat nak kongsi ape yg penah aku dengar dalam ceramah...nnti lain kali aku sendiri buleh rujuk ape yg ditulis...

btw..mauritania tu negara mana? aku pertama kali dengar...hehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...