Sejak dari kecil lagi org dah ckp...jangan korek hidung ketika puasa, nnti batal puasa...jgn korek telinga siang hari dibulan puasa nnti batal puasa...betul ke korek hidung dan korek telinga yg gatal dengan jari tergolong dalam perkara yg membatalkan puasa iaitu memasukkan sesuatu kedalam rongga badan?
Semasa tahun2 akhir pengajian di universiti aku ada terbaca satu pamplet tentang puasa, kat situ ada tulis korek hidung dan telinga dengan jari tidak menyebabkan batal puasa...aku yg masih cetek ilmu ketika itu terus membuang risalah itu kerana takut ia adalah agenda utk menyesatkan umat Islam...
Lama kelamaan, atas dasar ingin tahu, ada jugak bertanya pada kawan2 yg lebih arif, tapi masih belum jelas...hinggalah baru2 ini...minggu lepas rasanya aku dengar satu ceramah yg aku donlod dari internet yg menceritakan agak jelas makna memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan...
Kat sini aku nak kongsi bahawa maksud memasukkan sesuatu kedalam rongga badan(hidung, mulut, telinga, qubul dan dubur) adalah membatalkan puasa...tapi dengan syarat bende yg kita masukkan itu adalah dalam...contohnya kita memasukkan air kedalam hidung hingga kita dapat rasa kat otak kita...kita masukkan objek dalam telinga hingga kena pada otak kita...
Maknanya kalau setakat guna jari kelingking utk korek telinga yg gatal, ia tidak membatalkan puasa kerana ia hanya sampai pada luaran sahaja....bukan sampai kat otak...yg jadi batal jika jari tu sampai boleh menyentuh otak...korek hidung sampai kena otak...kalau setakat 2 3 inci tu tidaklah membatalkan....itupun mana ada org korek sampai 3 inci...
Tapi ustaz tu ada pesan, mentang2 kita ni org yg belajar dan tahu, janganlah sampai nak menunjuk2 dengan korek hidung depan org ramai....kerana majoriti org belum tahu bahawa ia tidak membatalkan puasa...mentang2 kita ni dah tahu, suka2 je nak korek hidung depan org...agar tidak menimbulkan rasa riak...dan mengelakkan salah faham...
Tiba2 pergi korek hidung depan org2 tua yg dah pegang bahawa korek hidung batal puasa selama berpuluh2 tahun...bukan ke tak manis...dari segi adab pun tak elok korek hidung depan org ramai...huhuh..
Sekali lagi aku jelaskan...kalau rasa gatal telinga, jgn malu jgn segan nak korek guna jari...mmg kesianla kalau xdpat jolok telinga yg gatal kerana takut batal puasa...kerana yg jadi batal puasa adalah bila jolok atau korek lubang telinga hingga sampai ke otak atau bahagian dalam kepala...
Perkara ini bukan aku yg putuskan tapi ulamak2 yg lebih arif dari aku...aku cuma tumpang tulis kat sini je...hehehe...
P/s: Berapa ramai yg takut batal puasa tetapi tidak takut batal PAHALA puasa?
6 comments:
betul tu...jgn selalu korek telinga kerana (tahi telinga) adalah antiseptik yg membunuh bakteria yg berada dalam salur telinga...jika nak korek...cuma kat luar je bila ia meleleh keluar...tapi dalam konteks bulan puasa...kalau gatal telinga tapi nak korek risau batal puasa...xpatutla kan...
Tq 4 the info...hehehe...
korek telinga tu aku tau x btal
..tp hidung tuu..bkn ke bila korek sudah memasuki rongga lubang hidung iaitu terdapat bulu2 hidung?
Jawapan Dari Ustaz Azhar Idrus.
Tak batal melainkan sampai ke dalam batin yaitu melepasi tulang hidung baru batal atau ditelannya apa yg telah dikoreknya.
wallahua'lam.
http://forum.digitalmukmin.org/viewtopic.php?f=15&t=4052
habis tu kalau jolok dubur dengan tujuan untuk memaksa buang air besar sebelum persediaan solat kira tak batal pose le kan sebab bukan tujuan nak ransang ... aku ada masalah macam tu.. bila nak solat perut selalu rasa tak selesa samada nak buang air ataupun nak terkentut... akibatnya kalau aku tak buang air besar atau dlm kata lain paksa buang air besar nnt dlm solat aku tak leh beri tumpuan kekadang smpi lupa rakaat...itu sebab aku paksa buang air besar dengn menjolok dubur...dlm 2 inci gak lah jari masuk tapi kenapa mesti dikatakann batal pose...
Terima kasih kerana soalan tu..agak berat juga nak jawab tu...ini termasuk dalam was2 klu xsilap..dimana syaitan akan main2 kat area tu agar kita rasa xselesa dan susah nak beribadat...tapi klu korek dalam sangat tu mmg xelok...bulan2 puasa pulak tu...apapun sila tanya ustaz yang lebih pakar...klu ikut aku yang bukan ustaz ni...aku kata perbuatan tu xberapa elok..nak kata batal aku xberani...nak kata tak batal pun xberani...
Post a Comment