Rakan Seperjuangan

Sunday, July 3, 2011

Aku Vs Demo

Ada yang kategorikan blog aku sebagai blog agama…ada juga yang klasifikasikan sebagai blog politik…ada yang kata blog sindir orang…macam2 pendapat dari pelbagai latarbelakang pembaca yang mengunjungi blog ini saban hari…

Bagi aku…ini merupakan blog bekalan akhirat, tidak hanya isu mati semata2 tapi ada juga terselit juga isu kehidupan…yelah…tiada kematian tanpa kehidupan…nak mati kena hidup dulu...err..bahasa tinggi yang aku gunakan kadang2 buleh mengundang kontroversi kerana aku sendiri tidak menetapkan target pembaca blog ini…aku cuma tulis ikut suka hati je…bukan kandungan ikut suka hati tapi cara penyampaian iaitu lenggok atau gaya bahasa…atau lebih standard lagi..laras bahasa aku ni adalah mengikut suka hati aku…bukannya aku nak dapat A pun…kerana dari upsr sampailah stpm…aku maintain je dapat A dalam bahasa melayu…bukan nak menunjuk tapi zaman sekarang ni kalau tak bagitau itu sume…nnti dianggap kurang kredibiliti lah ape lah…

Kali ini aku nak bercerita tentang pendapat aku berkenaan demo atau tunjuk perasaan atau perhimpunan haram atau apa saja yang berkaitan dengannya…demo tu bukan demo=awak tapi demonstrasi…ambil dari perkataan orang putih..demonstrate…kalau yang overthinking…ada demon=setan kat situ…

Dulu zaman sebelum merdeka pun kita dah ada demo ni…malah demo ni mmg xleh lari dari sejarah bagi menuntut keadilan…keadilan itu merupakan suatu yang amat subjektif ye…malas nak cerita panjang bab tu…Cuma aku rasa xlengkap entri ni kalau aku xungkit pasal demo rakyat melayu keluar menentang Malayan union pada suatu ketika dulu…cikgu sejarah aku kata…kerana demo itulah british mula gerun pada orang melayu dan tidak berani buat sewenang2nya…kerana sebelum itu cara yang bertamadun iaitu mendapatkan tandatangan pemerintah iaitu sultan dan raja2 melayu telah dicemari dengan ugutan kalau raja xmau sain..maka akan didedahkan bahawa raja2 melayu pernah bersubahat dengan jepun…so nak xnak kenalah raja2 sain…pastu Malayan union pun diluluskan…tapi mujurlah masa tu ada orang melayu yang berani keluar menentang dengan membawa sepanduk besar menentang Malayan union…itu pun demo jugak…kerana apa?kerana cara bertamadun telah dicemari…maka terpaksalah guna cara tidak bertamadun iaitu keluar tunjuk perasaan…aku xtaulah masa tu perhimpunan tu dapat permit dari british ke x…tapi aku nak bersangka baik…kerana itulah titik tolak bagi kemerdekaan dinegara ini…

          "Dalam cover depan buku sejarah sekolah menengah zaman aku dulu"

                             "Yang ni lebih ramai berbanding yang atas tu...kan?"

                                                                 "Aman je nampak kan?"


Berbanding jiran kita Indonesia yang merdeka dengan pertumpahan darah…kita berbangga kerana kemerdekaan kita hanya melalui rundingan…agak2 british nak bagi merdeka tak kalau yang keluar mintak merdeka Cuma 4-5 orang…kalau yang hantar tunku kat airport Cuma 10 orang..yang menentang Malayan union hanya 20 orang?jawab dalam hati sudah…ramai tidak bermakna betul dan sikit tidak bermakna salah…adakah kerana yang bukan islam lebih ramai kat dunia ni bermakna agama islam tu salah?err..ini soalan retorikal saja…jawab pun aku xdengar…

Aku nak tulis ni pun kena berhati2 takut nnti ada yang salah paham bahawa tulisan ini menghasut orang agar pergi keluar berdemo…harap tidak adalah yang sebodoh itu kot…at least bacalah sampai habis…jangan baca separuh je terus nak melenting…

Sejarah telah membuktikan bahawa demo adalah antara medium yang paling berkesan untuk mencapai suatu matlamat…dengan syarat yang demo tu bukannya belas2 orang…tapi ribuan dan jutaan orang…tapi mcm kita tgk sekarang…satu dunia demo mengecam Israel yang menindas palestin tapi tak ada hasil pun…kan?rasanya itulah demo yang paling lama dalam sejarah moden yang masih xmencapai target…kerana ape?bukannya sikit yang demo tu…berjuta2 kot…tapi kenapa palestin masih ditindas…doa pun xpayah hitunglah…tiap2 kali jumaat ada doa…tapi janganla lepas baca ni dah xmau doa dah kat palestin sana tu…depa orang islam saudara kita…saudara kita yang sedang ditindas…tapi apakan daya…pasal depa jauh…kita pun jarang ada masa nak tgk berita dunia…

Entri lain akan ku sebut panjang lebar pasal isu palestin kot…tapi entri ni adalah pasal demo…penatla tgk berita..baca paper…sume kecoh pasal demo…kelakar betul…kelakar pasal isu kenaikan harga barang tidak lagi kedengaran…isu demo dah menguasai…kalau berita tv9…lain xda mesti cerita tangkap pasal dadah…berita tv1 dan tv3 aku xsanggup tgk pasal panjang sangat…kadang2 nak muntah bila suatu isu diperbesar2kan…orang nak tgk berita bukan nak layan politik je kot…orang nak tau perkembangan semasa…ini dah cover isu politik saje…penatla brader…mmgla tugasnya menyampaikan misi dan visi kerajaan…orang dah paham…

Sampaikan elaun aku masuk lambat pun aku pikir depa saja xmau aku pegi demo…hahaha…

Satu pihak kata ianya adalah perhimpunan secara aman…Cuma nak serah memorandum pada Agong saja…bukan nak timbulkan kekecohan…bukan nak rosakkan harta benda…paling teruk pun pencemaran bunyi dan kesesakan lalu lintas je kot…disamping ada yang tidak bertanggungjawab buang sampai merata2…standard la mana2 tempat orang ramai ada mesti sampah banyak..kecuali dalam masjid hari jumaat…huhuhu…

Pihak satu lagi kata…kalau setakat nak hantar memorandum…cukuplah 4-5 orang…tak perlu lah beribu2 orang…bagi aku orang ini buta sejarah kot…kalau isu kecil sorang pun xpa hantar…ini isu besar kot…isu memilih pemimpin..lebih tepat lagi isu pengendalian memilih pemimpin…penat tau keluar mengundi tapi akhirnya tak dapat dipastikan ketelusan pihak yang bertanggungjawab…pihak yang kalah memang dah semulajadi tidak akan berpuas hati…pasal tu ada pengiraan semula…ada wakil dan sebagainya…semua itu adalah demi memastikan pengiraan undi tiada unsur penipuan dan sebagainya…

Aku tau dan sedar majoriti rakyat negara ini tidak kisah pun siapa menang siapa kalah…janji ada makanan untuk dimakan dan ada tempat tinggal untuk tidur…pihak a menang ke pihak b menang ke bukan ada efek apa2 pun…kerja tetap penat macam biasa…seperti entri aku sebelum ni yang pasal politik itu kotor…dah disetkan dalam kepala bahawa hanya orang2 yang otak kotor je main politik ni…kita orang biasa tak payah campur…time mengundi pergi mengundi…yang menang pun bukan bagi duit kat kita…bukan hargai penat lelah kita beratur pegi mengundi…kalau kalah pun bukannya ada efek apa2 kat kita..bukan kita hilang kerja ke apa kalau calon kita kalah…dan kalau calon kita menang pun..bukan pangkat kita naik pun…sama je siapa menang siapa kalah…

Persoalan sekarang kenapa hendak sangat pilihanraya yang telus dan adil? Atau lebih tepat lagi..berapa ramai yang mahukan pilihanraya yang lebih telus dan adil….jawapan aku adalah orang2 kampung kebanyakannya mahukan macam itu…mereka ini tidak ada efek apa2 pun kalau kerajaan bertukar…bukannya makan gaji pun…tak risau jika kerajaan sekarang ni tumbang..maka gaji turun atau dibuang kerja dan sebagainya…malah mereka lebih mahukan janji pihak yang kata akan mengubah nasib mereka jika menang…janji seperti harga minyak turun…dan sebagainya…mereka ini tidak gentar pun dengan ugutan dan pekeliling kerana mereka bukan makan gaji pun…pasal tu mereka sanggup bersusah2 datang dari jauh walaupun berdepan ancaman dari banyak pihak…

Penganjur kata ianya adalah mengenai 8 tuntutan agar pilihanraya akan datang lebih telus dan adil…agar semua pihak puas hati..yang menang puas hati…yang kalah pun harap2 puas hati dan dapat terima hakikat mereka memang kalah…masalahnya sekarang ni ada lompang2 yang membuatkan yang kalah mempersoalkan macam mana mereka boleh kalah…jadi aku rasa kalau tuntutan mereka itu dilaksanakan…maka kurangla sikit rungutan kalau kalah pun….manusia xpernah puas…aku berani kata kalau 8 tuntutan itu dilayan…maka akan timbul lagi berpuluh2 tuntutan…itu sudah pasti..kerana sistem yang dibuat oleh manusia memang tidak akan sempurna sampai bila2 pun…itu hakikat yang paling pahit…siapa yang pertahankan kata sistem buatan manusia dah cukup sempurna…aku berani kata orang tu samaada memang bodoh atau pura2 bodoh…

Lepas ni akan ada tuntutan pengiraan oleh semua pihak…mula2 spr kira..pastu parti a kira..pastu parti b pulak kira..kalau ada parti c..parti c pun nak kira…lambat laun ia akan berlaku…manusia tak pernah puas…aku pun rasa cara pengundian bukanlah satu cara terbaik memilih pemimpin…tapi itulah antara pilihan yang ada…lepas ni mungkin cara pangkah kertas dimansuhkan terus…ganti dengan cara petugas pergi rumah kerumah mcm sistem banci pulak…hahahaha…

Tapi kan apa yang aku lihat sekarang ni...ramai pihak memang bersungguh2 menghalang demo kali kedua ni…kat tv hari2 ada tunjuk tangkapan..Cuma aku tertunggu2 berita orang ramai2 tukar parti je…maybe dekat nak demo nnti ada kot…dah trend kat negara ni..itu wajib…satu bahagian tukar parti la apa lah…
Satu je aku hairan…apa kata kalau dibiarkan saja orang2 tu berkumpul dan berarak hantar memorandum…tak perlu suruh mereka bersurai ke kan…paling kuat pun mereka ni menjerit terpekik terlolong je aku rasa…mcm demonstrasi aman yang ada permit yang kita tgk tu…penat berteriak mereka pun balik…mereka bukan robot…mesti penat…pastu mula cari makan minum..gerenti untung peniaga2 situ…lagipun mereka kata nak hantar memorandum je…dah hantar tu..xkanla nak stay lagi…tak ada keluarga dan anak bini kat rumah ke sampai nak berkampung berhari2…

Satu pihak mmg sampai mati pun tak akan beri permit, satu pihak lagi mmg tak takut mati pun tetap akan turun beramai2…perhimpunan secara aman katakan…tapi aman manalah sangat kalau belum apa2 dan kena suruh bersurai dan kalau berdegil…diberikan gas pemedih mata…mereka pun dah tau cara nak atasi kesan gas tu…pastu kalau degil lagi kena sembur air berbuih…degil lagi kena tangkap…degil lagi kena isa…
Pendapat aku…dunia ini majoritinya terdiri daripada orang2 yang bodoh…yang pandai selalu jadi mangsa yang bodoh ni kerana yang minoriti akan sentiasa ditindas oleh majoriti…sejarah membuktikan bahawa orang yang pandai2 ini Cuma akan dihargai selepas mereka mati…semasa hidup mereka akan ditindas dengan zalim sekali…jadi janganlah hairan kalau anda yang baca ni terdiri dari orang2 yang pandai tapi sentiasa rasa tertindas…rasa fedup dengan dunia…rasa menyampah dengan dunia dan sebagainya...ini kerana dunia sekarang dikuasai oleh orang2 yang bodoh…yang bodoh adalah majoriti dan yang pandai hanyalah minoriti…
Justeru tidak hairanlah kadang2 kita pun xpaham dengan gelagat orang majority ni…apa yang mereka nak buktikan sbenarnya…kalau anda orang yang pandai…anda akan berusaha agar kepandaian dan kepakaran yang anda ada mampu memberi manfaat pada anda dan orang disekeliling anda…tapi kalau anda adalah orang yang bodoh..anda akan menganggap diri anda hebat dan anda berasa rugi kalau tidak mempergunakan orang2 disekitar anda untuk kepentingan diri anda sendiri tanpa menyedari bahawa anda pun tergolong dalam golongan yang bodoh itu…anda ingat anda hebat dapat mempergunakan orang demi kepentingan anda…konon tanpa anda siapalah mereka ni…

Bodoh tidak mengira pendidikan…kalau profesor emeritus sekali pun tapi hanya pandai manipulasi dan mengarah orang…bagi aku itu adalah kebodohan…tidak sama kecerdikan dan kepandaian…cerdik adalah otak yang pick up…pandai adalah kemahiran…cerdik tak semestinya pandai…pandai tak semestinya cerdik…teringat kisah pendeta dengan pendayung sampan..pendeta mestilah cerdik…tapi kurang pandai…akhirnya mati lemas kerana tak pandai berenang…tidak berguna lagi otaknya yang cerdik ketika itu…

Bagi aku…zaman sekarang ni orang melihat kepada jumlah yang banyak…aku tak dapat bayangkan kalau yang serah memorandum pada 9 julai ni hanya 3 orang…mesti semua orang kata…hanya 3 orang ni je yang tak puas hati dan berhati busuk…orang lain semua tak ada masalah tapi kenapa 3 orang ni je yang ada masalah…disitu akan kelihatan seperti bertindak bodoh laksana anjing menyalak bukit…3 orang tak puas hati sampai nak kena ubah sistem pengendalian pilihanraya?nampak sangat 3 orang ni merapu dan nyanyuk dan tak relevan…tapi bila ramai yang berpendapat seperti 3 orang ni…dan sudi mengiringi mereka bertiga ni tanda sokongan…ia tidak dibenarkan…kerana nanti akan mengganggu ketenteraman awam dan menggugat kestabilan negara…

Kalau sikit kelihatan seperti tak relevan..bila banyak jadi mengacau pula…adoi…macam mana nak setel ni…kenalah sedar perubahan yang dituntut itu memakan belanja yang banyak…dan negara kita ni bukannya kaya sangat…manusia tak akan puas dengan sistem ciptaan manusia…ada rakyat yang tak kisah kemana perginya duit rakyat yang diamanahkan kepada kerajaan…tapi ada yang betul2 nak tahu kemana setiap sen duit itu dibelanjakan…tapi yang nak tahu tu rasanya masih minoriti lagi kot…sekarang heboh kat internet pasal gaji menteri dan timbalan menteri...kononnya itu pada tahun2 yang lepas…sekarang ni tak tahu berapa…tapi berapa ramai sangat nak ambil tahu…tahukah anda berapa gaji wakil rakyat yang anda penat2 beratur pergi pangkah kat petak dia…kalau dia menang…berapa sen yang anda dapat?berapa ramai yang ambil kisah semua tu…pasal tu lah aku kata dunia ini majority adalah orang2 yang bodoh…

Orang bodoh hanya hidup untuk diri sendiri, ada dihiraunya orang lain menderita…”aku kerja penat2, memang aku layak dapat kemewahan ini”…tapi bila dah mati…yang usung dan uruskan mayatnya bukanlah kawan2 dia yang kaya tu…tapi yang miskin dan merempat dibumi sendiri itu jugak…sorry to say orang yang urus jenazah tu pangkat datuk ke lulusan phd? Yang usung mayat dan gali liang lahad tu pulak prof datuk doktor mana? Sampaikan yang talqin pun ustaz kampung je…err…emo terlebih pulak…bagi yang selalu baca blog aku maybe dah biasa…tapi bagi yang baru baca janganlah tersentak pulak dengan kenyataan pahit aku…hehehe…

Oklah dah 5 pages kot aku duk menulis ni…kesian pulak pembaca yang nak baca…itupun kalau nak baca sampai bawah…lelaki biasanya tak suka baca panjang2…kecuali jenis yang baca novel…ada ke lelaki baca novel?errr..aku pernah je baca novel…hahahaa…

P/s: Pada perhimpunan tahun 2007 yang lepas…aku pernah jadi pemerhati dari jauh…sebenarnya nak jumpa bekas roommate yang datang dari jauh…dulu aku mmg tak ambil port pasal politik2 ni…aku berada jauh dari masjid jamek tu…tapi tiba2 orang bertempiaran lari…tiba2 rasa pedih mata…dan panic…meluru aku masuk ke burger king…pastu pergi jumpa bekas roommate kat area kamdar…dia datang satu family…semangat bukan main…hahaha…pastu kat lokasi yang jauh jugak…tiba2 datang fru dengan traknya…mula2 buat gerakan kawad…tak semena2 lepas tu disemburnya semua orang kat tepi2 jalan termasuklah aku…bertempiaran lari orang yang sibuk ambil gambar dengan hanset…termasuklah pelancong2 asing…aku lari ke salah satu shopping complex tapi guard situ mcm haram dia tutup pintu…mujur xkena air…sikit je lagi..pergi solat kat masjid india..pergh…bau gas menusuk kalbu…tulah sape suruh cari pasal…bukannya mereka dapat baca niat aku…tapi aku igt lagi polis yang beruniform pun kena jugak gas tu…mereka ni pun lari jugak..masa tu mereka tengah berada dibelakang orang ramai kat area burger king tu…burger king masa tu siap tutup pintu…yang sliding door tu..otw nak balik…nampaknya gerai2 peniaga tepi jalan dan dibasahi dengan air berbuih…kesian tgk…tuannya entah kemana…kuih bertaburan kena asid…asid ke?mana aku tau…yang pasti ia berbuih..dan menggerunkan…utk tahun 2011 ni…bagi tiket percuma pun aku xnak pergi…bukan takut…tapi rasanya sia2..melainkan yang nak pergi tu dalam 10 juta orang…baru aku join..join pasal nak tgk orang ramai…mcm2 gelagat kita buleh tgk…kalau nak kata pasal tuntutan…mmg manusia xpernah puas…ini baru 8…menyusul lagi entah berapa ratus…niat tu ok..Cuma cara kena upgrade lagi..mcm biasa mesti ada yang cuba buat huru hara…konon penyokong tapi sebenarnya upahan untuk buat kacau…so mmg wajib polis berkawal…tangkap pengacau tu…siasat dari mana…kalau betul nak secara aman…mmg xkan buat kacau…paling teruk pun pencemaran bunyi je…xdanya sampai nak tolak2 polis..apatah lagi nak baling2 objek…itu hindraf pernah buat…

P/s 2: Perhimpunan kali ini rasanya sama dengan dulu…majority orang melayu yang tayang muka…aku mmg dah jangka..ini adalah perhimpunan orang melayu…dengar kata ramai organisasi melayu akan turun sama…baguslah..kita tengok apa jadi bila melayu semua keluar…adakah ini yang buatkan bangsa lain takut sama melayu?atau inilah punca melayu diperlekehkan…aku tak ada jawapan utk itu…yang pasti aku nak tgk depan tv saje…

4 comments:

Peroto_Jr said...

like!!

Admin said...

hehehe..terima kasih...penat tau mengarang panjang2..tapi yang baca nak bagi paham lagi penat..

Ahmad Putra said...

Artikel yang sangat baik. Mohon share di FB saya

Admin said...

Terima kasih kerana sudi baca sampai habis...hehehe...silakan...mmg blog ini utk kongsi2 pendapat pun..huhu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...