Rakan Seperjuangan

Sunday, July 10, 2011

AKU ANTI DEMO


Entri ini ditulis setelah menonton berita dari pelbagai saluran sejak pukul 10 pagi hingga pukul 10 malam...

DEMO MENYUSAHKAN RAKYAT

Hari ini hari sabtu 9 julai 2011..tidak seperti tahun 2007 dimana aku turut mengalami tempias tear gas..kali ini aku berada jauh sekali beratus2 kilometer berbanding beberatus meter pada tahun 2007…pada kali ini aku hanya berada di depan tv…menonton berita di astero dan tv lain…dan bertitik tolak dari itu…inilah apa yang aku ingin katakan…

DEMO MENYEBABKAN KESESAKAN LALULINTAS

Reaksi dari orang ramai berdasarkan berita yang aku tgk…mmg ribuan malah mungkin jutaan orang awam terjebak sama dalam kesesakan lalulintas…AKU RASA ini tak lain dan tak bukan disebabkan mereka yang terlibat dalam perhimpunan haram dan perhimpunan tanpa permit itu telah menyusahkan orang lain dengan mengadakan sekatan jalan dan menutup jalan dengan sewenang2nya walaupun tak ada tauliah dari pihak berkuasa…tak mungkin pihak polis yang berkhidmat untuk rakyat akan buat begitu…AKU RASA berita saja xmahu siarkan yang golongan baju kuning tu sebenarnya yang bertindak samseng dengan menghalang orang yang tidak mahu terlibat dengan demo dari masuk KL…mereka ini hanya benarkan yang mahu join saja masuk…oleh kerana itu..confirm jalan sesak…kerana umum tahu yg xmahu join dan menyampah tu adalah ramai…kerana nak benarkan yang join dan betul2 komited je masuk…itu pasal la jalan banyak tutup…bukan saja jalan tutup…beg2 pun kena check tgk…sapa yang xda baju kuning xbenar masuk dan kena patah balik…tapi ada orang yang xtau apa menyalahkan pihak polis pulak…HELLO…depa amat cekap ok…yang salah tu yang baju kuning tu…kecil2 xnak mampus…besar2 menyusahkan orang…

DEMO MENYEBABKAN KERUGIAN

Biasa kalau nak tgk bandar jadi lengang kena tunggu raya atau special efek dari filem..tapi hari ini tak perlu sume tu…dah macam ground zero dah KL tu…bukit bintang dah macam ada pencemaran nuclear je…lengang…ini xlain xbukan mesti pasal golongan pengacau jalanan yang nak berhimpun tapi xdiberi permit tu punya angkara…mesti dah upah samseng2 untuk ugut peniaga agar tutup kedai ni…tapi AKU RASA taktik ni xdapat dihidu pihak berkuasa…umum tahu orang lebih takut samseng dari takut pada pihak berkuasa…AKU RASA sebelum 9 julai ni..mesti ramai peniaga dah diberi amaran agar tidak cari pasal dengan membuka operasi perniagaan pada 9 julai kerana akan berlaku kemasukan luar biasa di kawasan itu..dan kalau xmau penat layan pelanggan atau xmau kehabisan bekalan dan kena maki dengan pelanggan kerana dah tak ada apa mahu beli “ape ni kedai bukak tapi satu barang pun xdak, baik jangan bukaklah oii”..baik jangan buka kedai…anggap je cuti…kalau xmau masalah..tutup kedai, duk umah dengan keluarga..duk depan tv sudah..xpun tido je…Jangan nak salahkan pihak berkuasa pulak kerana takut disembur air dan orang lari masuk kedai dan lot perniagaan dan kemungkinan ada barang kena curi…pihak berkuasa xmau perkara begitu terjadi…tapi pengacau jalanan peduli ape kan?

DEMO MENAKUTKAN PELANCONG

Ini pun satu hal yang aku perasan dalam berita tadi…pelancong mahu datang KL enjoy…beli belah..jalan2…tapi pengacau jalanan ni mesti dah maki2 dan gertak pelancong2 tu agar jangan jejak tempat panas kalau nak selamat…eiii betul lah pengacau jalanan ni mmg xberhati perut lah…ini negara demokrasi..tapi xmalu ke melalak dan buat kacau di jalanan mcm negara xbertamadun…dahla pakai tshirt je..selipar lagi..imej kampong lagi…mmg sah tidak bertamadun…mengganggu keindahan KL je..buat malu kat pelancong…depa igt negara ini dah maju dan bertamadun kerana ada bangunan2 tinggi sume…tapi xsangka masih ada golongan barbaric ni rupanya…fesyen entah dari zaman bila…tentu orang takut tgk…pasal kat negara mereka..paling koman pun pakai seluar pendek dan singlet je..ini pengacau jalanan siap ada lilit kepala lagi..baju dan seluar panjang lagi…dahla negara ni panas…AKU RASA pasal sebab itulah pelancong pun takut nak melihat orang xbertamadun mengacau kat KL tu kot…

DEMO MENGOTORKAN KAWASAN

Ini aku paling pantang sekali tgk..mendidih darah aku tadi tgk…kata bersih tapi bila tgk kesan kotoran tadi..mmg dasar cakap tak serupa bikin…dari lensa kamera berita tadi…jelas Nampak kekotoran yang disebabkan oleh pengacau jalanan ni..mencacatkan KL betul la…itu pun AKU RASA pihak media dah kena halang dari ambil gambar sampah sarap tu kot…AKU RASA pengacau jalanan dah bersihkan sebahagian besar dari sampah berupa botol air dan bekas makanan sbelum pihak media dibenarkan ambil gambar…pasal mmg tak logik langsung sampah Cuma banyak itu…kata ribuan..tapi sampah mcm ratusan je…pasar malam yang baru tutup lebih kotor dari itu kalau ikutkan…AKU RASA pengacau jalanan ni dah kutip balik sampah2 tu kerana malu kalau media kata mereka ni kotor…xpun dah dibersihkan oleh agensi pembersihan kerana aku tidak nampak sorang pun yang tgh kutip sampah tu..mesti media dah terlambat ni…bersih konon!!!

RAKYAT DIPERKELDAIKAN

Pemimpin enjoy tido kat hotel mewah…tapi rakyat datang dari jauh..kat mana agaknya mereka tido…bodoh betul la rakyat ni…itu pun xreti pikir ke bahawa mereka dah diperkeldaikan…pemimpin awal2 lagi dah kena tangkap…bawak ke tempat selamat dan diberi makan, rawatan…tapi yang rakyat pulak kena berhujah dan kena sembur gas dan kena sembur air yang dwi kaler tu…mmg hebatla gimik pemimpin tu..mereka awal2 dah kena tangkap…kalau tak muncul nnti orang kata pengecut pulak..tahu kerah orang je tapi dia kat ofis besar dalam ekon sambil tgk tv…taktik tu dah lapuk..sekarang ni taktik baru…belum2 apa2 dah suruh pihak berkuasa tangkap…xperlu nak berarak jauh dan yang penting…selamat dari gas dan air…bukan macam pemimpin berbaju merah yang xsampai 100 orang tu..siap rempuh polis dan kena tangkap ‘red shirted’ lagi…itu baru pemimpin yang bersama pengikut tatkala susah senang…ini tidak…pengikut je kena..dia awal2 dah dibawak lari…mmg betul la rakyat diperkeldaikan…

P/s: Kami rakyat mahu negara ini harmoni mcm dulu lah…xkisahla pemimpin atas tu nak kaut banyak mana..janji kami kat bawah ni dapat juga hidup aman…time nak mengundi depa ada hulur jugak…xmacam satu pihak tu..makin nak mengundi makin banyak mintak sumbangan rakyat…agaknya nnti dah jadi kerajaan..confirm cekik darah rakyat…belum berkuasa pun dah mintak derma itu derma ini..tabung itu tabung ini…apa salahnya contohi pihak satu lagi tu…dekat nak mengundi lagi hebat sumbangan pada rakyat..mintak lah apa pun..gerenti lulus..duit tak usah cerita lah…pemimpin nak datang rakyat Cuma hulur tangan je…sain borang senang2 je dapat duit…tak macam pihak tu…asal ada ceramah je..tak sah kalau tak ada tabung derma…bukan nak menyenangkan orang yang datang..sebaliknya membebankan orang yang datang…asik derma, derma, derma…tapi tak ada pun hasil…nak buat bangunan mintak dengan rakyat, nak buat itu..mintak sumbangan rakyat…mmg bengaplah rakyat kalau pilih yang mcam tu jadi pemimpin kan?

3 comments:

Hakim Zailan said...

terlampau sinis ni bro..takut ada yg akal pendek tak faham..:P

Hashim said...

DEMO MENYUSAHKAN RAKYAT
sebelum ni pun rakyat memang susah x ada demo pun rakyat sudah susah
DEMO MENYEBABKAN KESESAKAN LALULINTAS
Kuala Lumpur sememangnya x ada demo pun memang dah sesak hujan jem, lampu isyarat rosak jem, pagi jem, petang jem so jem bukan suatu yg baru bagi KL
DEMO MENYEBABKAN KERUGIAN
Rugi ? Kalu ada perbarisan merdeka, pesta ke, atau persidangan jalan tutup kenapa peniaga tiada rugi?
DEMO MENAKUTKAN PELANCONG
Tiada sebarang atau mana mana pelancung melapurkan mereka ditakutkan atau dicederakan atau disamun atau dirogol, jika ada sila tampil dengan report
DEMO MENGOTORKAN KAWASAN
Anda pasti Jalan Tengku Abd Rahman / Petaling Street /Pudu cukup bersih? Tikus lebih besar dari kucing bole didapati di area ini
RAKYAT DIPERKELDAIKAN
Sememangnya kami keldai, diperkeldaikan oleh Kerajaan hari ini, Corruption, Kroni, Dirty Politic, Abuse of power dan kami yang menanggungnya.
Sekian TErima Kasih

Admin said...

bro kimzai:sarkastic tapi masih belum diasah lagi..xleh lagi nak lawan blog yang otai...hehehe...dan mmg ramai yang sangat pendek akal...dan mereka itu majoriti kat dunia ni..huhu...

bro hashim: saje je nak tarik perhatian..reverse saikologi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...