Rakan Seperjuangan

Sunday, July 17, 2011

Ke Arah Merealisasikan Pembentukan Negara Maju- Gold Shine

Bangga sekali aku tgk tv akhir2 ni…well bukan nak tgk tapi tertengok seminit dua…ada satu pertandingan baru iaitu memberi peluang pada orang yang dah berumur 45 tahun keatas untuk menjadi popular...tatkala saluran lain dari syarikat yang sama kalut cari imam dari kalangan orang muda…terdapat satu saluran lain yang sibuk duk cari orang tua yang tak puas barangkali mengecapi masa muda…so saluran ini dengan tajaan satu syarikat yang umum penggunanya terdiri dari orang2 tua sedang giat  mencari orang yg sudah tua…tapi masih bertenaga dan masih lagi belum mahu jadi orang tua…aku selalu dengar orang kata..kalau dah masuk umur 40 tahun tapi masih belum khusyuk solat…memang ada yang xkena lah tu…dan ada jugak yang kata..kalau dah umur 40 tahun masih belum jadi baik..maka dah xda harapan untuk dia jadi baik lagi dah…

Well…itu sume pendapat karut lah…orang yang anggap mcm tu jelas anti pembangunan…kerana 40 tahun bukannya tua sangat pun…setakat 45 tu masih muda dan gagah lagi lah…masih berupaya untuk menyumbang ke arah pembentukan negara maju…walaupun kudrat dah makin kurang…tapi bakat yang ada tidak boleh di sia2kan..masa muda dulu tak berpeluang sangat nak tonjolkan bakat…la ni dah ada peluang..mmg sesuai sangat menyahut cabaran…barulah dunia pandang hebat…barulah macam negara2 maju…dah xleh bangun tu baru dikira tua…selagi masih boleh bagi sumbangan pada negara..tak kira lah umur berapa pun…hahaha…

Tapi tua pun dengan imej tua…Cuma hati je muda…imej mmg dah tua…bertudung, baju longgar…xseksi mana…maklumlah…islam had hari…mestilah bestari…adoi…habis rosak mak cik2 ni sume…entah dari mana lah mak cik menadah kitab mengadap tok guru ni…sampai tergamak buat macam tu…nak panggil mak cik ke nak panggil nenek?pasal bukan 35 tapi paling kurang 45 tahun tau…orang dulu2 kan kawin muda…jadi xheran umur 50 tahun pun dah ramai bergelar nenek…tapi tabiklah makcik2 ni…demi menyahut seruan ke arah negara maju dan bertamadun…mak cik rela usaha sendiri dengan bakat yang dah lama terpendam…dan makcik mahu menggunakan bakat itu untuk mengubah nasib makcik dan keluarga makcik…ni dia baru dikatakan generasi yang mantap..dah tua pun masih usaha sendiri..xda lah nak mengharap duit anak je…mengharap bantuan jabatan kebajikan je…

Tapi kenapa makcik seolah2 lupa bahawa menyanyi di kalangan lelaki bukan mahram tu haram mak cik oii…xkira lah mak cik berjubah sekali pun…bertudung labuh sampai lutut pun..haram tetap haram mak cik oi…negara maju negara maju jugak…kubur dah makin dekat makcik…kira syukurlah panjang umur sampai merasa 45 tahun…tapi itu bukan caranya nak menghabiskan sisa hidup makcik dengan perkara yang sia2 ni mak cik…atas dunia ni mmg nampak menguntungkan makcik..tapi bila dah sampai seruan ilahi..suma tu tak ada manfaat langsung makcik…sedap tara mana pun suara makcik..yang jawab nnti bukan mulut atau suara makcik..tapi amalan dan anggota2 lain makcik…jadi kenapa makcik sanggup buat saya yang masih muda ni berbulu mata makcik….xmalu ke dengan orang2 muda mcm saya yang kolot ni yang hanya reti komplen pasal akhirat je makcik…bab dunia mmg saya fail makcik…tapi saya xmaulah fail kat akhirat..justeru saya pun xmaulah orang2 lain pun fail kat akhirat..bukan susah sangat makcik..umat Nabi Muhammad ni umat terbaik makcik..buat sikit pun ganjaran besar…tapi dengan syarat kenalah buat…jangan xbuat langsung….

Makcik janganlah marah dengan teguran saya ni makcik…pakcik2 yang join tu…hukum dia xberat mana…selagi pakcik2 tu xnyanyi lagu2 yang haram liriknya…masalahnya kaum2 makcik ni…hatta makcik niat baik nak nyanyi nasyid sekalipun..tetap haram mak cik kalau yang dengar tu lelaki bukan mahram makcik…ini pulak makcik duk nyanyi lagu masa makcik muda2 dulu…dah tu..makcik goyang dan gelek dan menari lagi makcik…aduh…malunya saya tengok umat melayu islam jadi macam tu makcik…orang muda2 pun dah ramai berjinak2 dengan agama..tapi kenapa makcik yang dah tua…yang patutnya lebih mendekati agama duk buat mcm tu lagi makcik…kasi chance lah kat orang bukan islam makcik..pasal dunia ni syurga depa makcik..bagi kita orang islam ni..dunia ni tak ubah bagi penjara makcik..itu xboleh ini tak boleh…tapi tak adalah sampai tahap ape pun tak boleh..ada batas yang makcik kena jaga makcik…

Islam tak larang makcik yang nyanyi depan orang ramai..tapi dengan syarat semua yang dengar tu perempuan…kalau ada lelaki pun..lelaki mahram mak cik…makcik nak nyanyi nak pakai seluar sahaja pun xpa makcik..maklumlah tempat tertutup..mesti panas…kalau xmau pakai baju pun tak mengapa lah makcik…tapi kalau ada sorang je lelaki bukan mahram ada kat situ..maka hukumnya jadi haram dah makcik…

Makcik duk nyanyi kat shopping complex tu satu hal makcik..ribuan orang mai tengok makcik…pastu ada siaran kat tv pulak makcik..jutaan pulak yang menonton tu makcik…bab haram ni tetap haram walau depa tgk makcik perform 5 saat je makcik…pada kacamata dunia maju..tindakan makcik tu mmg hebat…mmg dapat pujian…tapi adakah pujian itu yang makcik nak gunakan sebagai talian hayat bila kena soal dengan mungkar dan nakir nnti makcik…dua malaikat tu bukannya pandang pun walau kat dunia ni makcik jadi juara pertandingan nyanyian dan ada jutaan peminat…paham2 sendirilah makcik…makcik tentu dah makan garam lebih awal dari saya..kalau saya dapat pikir mcm tu…kenapa makcik tak boleh makcik…senang je konsepnya makcik…umur yang panjang tu rahmat makcik..agar makcik dapat tambah amal…nak cover masa muda dulu sibuk duk layan suami dan layan anak2…dah tua ni..haid pun dah stop…bulehla amal terus menerus makcik…

Hebat mana pun artis ni makcik…dah mati nnti xda apa pun tinggal…nama je…dan juga video tetap jalan walaupun dah berkurun mati..itu je..jadi tak payahlah makcik gadaikan akhirat makcik demi dunia yang belum tentu ni makcik…dah elok tu makcik tutup kepala…apa salahnya makcik upgrade lagi dengan tudung nafsu muda makcik…saya cakap ni pasal makcik tu islam..kalau makcik bukan islam..saya mmg tak mahu kata apa2 dah…makcik nyanyi sekali tapi tv ulang beratus2 kali makcik..berapa juta dosa tu makcik…tak terkira tu makcik…dosa kecik tapi kalau jumlahnya banyak..tak ubah dengan dosa besar makcik…

Apakata makcik sahut seruan saya..gunakanlah sisa2 umur yang makcik ada tu untuk mendalami agama…perbetul tajwid ke..perbetul solat ke..perkemas fardhu ain ke..memantapkan fardhu kifayah ke…pahala sekali makcik buat air kat suami dan anak2 makcik adalah lebih banyak berbanding tindakan makcik menyara diri dan keluarga makcik dengan hasil nyanyian makcik…kerana hasil dari menyanyi tu haram makcik…bende kotor tak boleh menyucikan makcik…sia2 je duit banyak makcik tapi tak berkat…

P/s: Akhir kata dari saya makcik..renung2kanlah…kalau makcik xreti nak baca tulisan orang muda..biar orang muda bacakan utk makcik…tak sempurna iman saya makcik kalau sy mendiamkan diri sedangkan saya mampu bersuara…saya mampu menulis..matlamat tak menghalalkan cara makcik..niat makcik baik..nak cari duit…tapi carilah dengan cara lain makcik..ada banyak lagi sumber yang halal dan berkat makcik…toksah lah terjebak dengan dunia yang tak berkat tu makcik…hebat mana pun…ajal tetap menanti makcik..menanti saya..menanti kita semua…jadi sbelum ia datang menjemput kita..baik kita prepare dulu siap2…yang lepas tu lepaslah makcik…nak buat macam  mana kita orang jahil…istighfar banyak2 dan kena sesali lah tindakan kita masa jahil dulu..moga ALLAH ampunkan…amin…

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...