Rakan Seperjuangan

Tuesday, June 14, 2011

Cabaran Dunia Akhir Zaman


Perkara ini dah lama berlegar2 dalam pikiran aku yang singkat ini…betapa kita semua ini berada di akhir zaman…akhir zaman di sini bukan dalam erti kata esok lusa akan berlaku kiamat...kiamat pasti berlaku pada satu masa yang dah ditetapkan…malah ilmu sains juga turut mengakui bahawa galaksi2 akan berlanggaran sesama sendiri pada satu masa..matahari akan hilang kuasa…planet dan bintang pun akan musnah…seperti mana kita melihat akan supernova iaitu kehancuran sebuah bintang…begitu jugalah nasib bumi satu hari nanti…jadi tak payah nak sibuk hitung bila akan kiamat atau nak tunggu kiamat dah dekat baru nak berubah…nak taubat dan sewaktu dengannya…

Keadaan umat Islam pada akhir zaman telah pun diceritakan oleh Nabi kita lebih seribu tahun yang lepas…kita pun tak boleh nak menolak hakikat apa yang Nabi kita dah beritahu sudah pun kita alami…Cuma kita ni manusia yang kerdil dan mudah lupa dan tak keterlaluan aku katakan..amat mudah untuk dilalaikan…justeru tidak hairan lah seruan untuk mengerjakan solat selalu dilaungkan oleh bilal, tv, radio…untuk apa? Untuk mengingatkan kita bahawa telah masuk waktu solat…bg aku itu pun satu petanda bahawa kita manusia ni amat mudah dilalaikan…sampai orang bukan islam pun hairan tengok kita orang islam asyik laungkan azan berkali2 dalam sehari…apa kalau tak ada azan kita akan lupa nak solat ke…jawabnya kita bukan lupa..Cuma dilalaikan dengan urusan dunia…

Aku bagi contoh…apa yang berlaku bila kita tengah syok layan cerita kat tv…tiba2 masuk waktu asar…ada break sekejap untuk bagi laluan pada azan atau tazkirah berkenaan solat…apa yang kita rasa waktu itu? Adakah kita tutup tv dan pergi solat…atau dengan kecewanya pasal ada break untuk azan atau tazkirah…dalam hati bukan main lagi duk harap agar azan tu cepat habis dan tazkirah tu pun cepat habis…yang duk baca subtitle pun duk harap agar subtitle kat bawah yang menyatakan dah masuk waktu solat pun cepat habis agar kita dapat fokus pada cerita…kira beruntung dan bertuahla kalau tak ada yang rasa begitu…maybe aku sorang je yang rasa begitu kot…tapi itu dulu lah…sekarang ni subtitle tetap on walau pengumuman masuk waktu tu tengah berlari2 kat bawah…kalau dulu subtitle tu depa off..jadi dalam 20 saat mcm tu lah kita tertunggu2 subtitle tu untuk keluar semula…itulah maksud aku yang kita dilalaikan dengan dunia..hingga kita membelakangkan solat..tunggu cerita habis baru nak solat…itu pun kalau nak solat…

Bukan nak kata zaman sekarang ni susah nak cari tempat solat…kat mana2 je ada surau…kat genting highland pun ada surau…aku pernah pergi sana dan solat kat surau sana…surau kat situ lagi best dari surau kat kl tower pasal tak ada muzik dalam surau…pernah sekali aku pergi solat kat surau kl tower…siap ada speaker kat siling dan muzik selamba badak je berbunyi…aku pun hairan..dahla kita ni jenis susah nak khusyuk…ada muzik pulak atas kepala…harap2 ia dah xberlaku lagi lepas tu…apa ni xhormat surau langsung..itulah akhir zaman…surau ada dimana2…Cuma rajinkan diri untuk Tanya orang kat mana surau…even aku pernah tanya waiter yang bukan Islam pun dia siap buleh beritahu kat mana surau…malah aku rasa waiter bar pun buleh bagitau kat mana surau…xperlu nak tunggu saleswowan atau cleaner yang pakai tudung untuk tanya kat mana surau…hehehe..

P/s: End of part one...Part Deux Sooner or Later...

3 comments:

anonymax said...

err...terasa seperti ada orang baling batu ke kepala...heheh

insyallah ana akan try yg terbaik utk berubah

Admin said...

terima kasih kerana sudi baca dan komen...huhuhu..itulah kadang2 blog ni mmg "not suitable for majors"...tapi harapnya dah baca sekali janganla serik untuk singgah lagi...huhuhu...

Anonymous said...

membaca seluruh blog, cukup bagus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...