Rakan Seperjuangan

Wednesday, January 5, 2011

Aku dan Politik

Entri 294: Aku bakal kehilangan ramai peminat kerana entri yang agak berat di hati ini...tapi prinsip aku mudah...pendam lama-lama pun tak guna..nanti orang bahagia..aku pulak yang dapat kanser...

Well...memang dari dulu lagi aku dah sentuh pasal politik dalam blog ini...cuma kebelakangan ini aku lebih fokus pada bende lain yang mudah orang nampak dan senang orang nak terima...POLITIK ITU KOTOR...sejujurnya aku tak pernah anggap begitu...kerana aku dibesarkan dalam masyarakat yang berpolitik..keluarga yang berpolitik...aku pun menumpang populariti tokoh politik...aku juga diherdik kerana tokoh politik itu..orang tak suka dia...dengan aku sekali orang tak suka...kalau orang suka dia..dengan aku sekali  orang suka...kenapa? kerana nama aku sama dengan nama dia...dia merupakan adun tempat aku...dia merupakan YB tempat aku...dia merupakan tok guru tempat aku...apa lagi...dia presiden parti pembangkang kerajaan sekarang...dia pernah jadi MB negeri aku...sejak dari sekolah rendah sampai universiti...aku menumpang populariti dia...

POLITIK ITU KOTOR ...ya...itulah yang cuba ditanamkan dalam kepala dan hati sanubari rakyat biasa...politik adalah suatu yang kotor...jangan nak campur politik...belajar saja sudah...politik ni tak payah nak campur...kerja saja...politik jangan main...kerana apa? tidak lain tidak bukan kerana POLITIK ITU KOTOR...


Jijik sangat ke? kotor sangat ke? hina sangat ke? Sejujurnya bagi aku...itu merupakan satu tindakan bagus agar orang biasa tak ambil tahu...kerana jika rakyat ambil tahu...maka susah geng2 politik ni nak buat kerja...nak cari makan...tak lena tidur mereka ni kalau rakyat semua ambil tahu....sehari pegang kerusi...esok lusa pasti dah letak jawatan...jadi kalau dah dididik bahawa POLITIK ITU KOTOR ...senang sikit mereka yang dalam politik ini nak buat kerja...nak buat apa pun ikut suka lah...

Aku memang suke bagi perbandingan...disini aku nak bandingkan politik itu sebagai tangki air atau takungan air atau kolam atau bekas air...kerana apa...kerana politik merupakan peneraju negara...seperti juga tangki atau kolam atau takungan yang membekalkan air...rakyat biasa adalah pengguna air...ahli politik adalah penjaga tangki air...

Agak-agak apa yang jadi kalau pengguna air anggap tangki air adalah kotor dan jijik...dan kerana kotor, jijik, hina...jadi mereka tak mahu ada kaitan dengan tangki air itu...sebut pun tak mahu...apa lagi mahu jenguk dan pergi dekat...benda dah jijik kan...tapi dalam masa yang sama...hari-hari pengguna air tu duk guna air dari tangki yang dianggap kotor itu...tangki air kotor....tapi hari-hari guna air dari tangki yang kotor itu...



Samalah dengan politik...yang dianggap kotor...tapi kehidupan seharian kita bergantung pada politik...penetapan harga barang...penetapan dasar itu..dasar ini...bajet itu bajet ini...semua itu adalah dari politik...kerajaan itu terbentuk dari politik...politik tidak semestinya pilihanraya...politik adalah memberi kuasa pada kumpulan kecil untuk menjaga kepentingan kumpulan yang besar..menteri tak sampai 100 orang tapi diberi kuasa untuk menjaga kepentingan berjuta-juta orang...nak jadi menteri..paling tidak kena bergiat dalam politik...politik itu kotor...otomatik menteri pun kotor...tapi kenapa kita bagi kepercayaan pada mereka yang politik ini untuk menentukan kebajikan kita...menentukan harga barang...harga minyak..menetapkan gaji..menetapkan saman...menetapkan waktu kerja...menetapkan cuti...dan segala macam benda yang berkait dengan kehidupan seharian kita...

Sama kes dengan tangki air...pengguna air anggap tangki air kotor..biarkan saja orang yang nak bergelumang dengan tangki itu urus tangki itu...kita orang baik...orang bersih...tak mahu dekat dengan tangki yang kotor itu...lantaklah mereka yang bodoh dan pengotor itu nak dekat dengan tangki yang kotor dan jijik dan hina itu...kita orang baik duk diam...kalau dekat dengan tangki...nnti mengotorkan diri...tapi tak pernah pulak fikir bahawa hari-hari mereka guna air yang puncanya dari tangki itu...untuk makan minum mandi membasuh dan sebagainya...konon dan nampak air itu jernih...tangki kotor pun lantaklah...dari situ tidak kisahlah orang dalam tangki itu nak buat apa sama air dalam tangki tu...itu bukan urusan kita yang pembersih ini..itu urusan pengotor yang bergelumang dengan tangki...

Kita cuma biarkan orang tangki itu buat sesuka hati...langsung tak nak ambil tahu apa yang sebenarnya mereka buat...yang kita tahu...air mesti ada...kalau mereka kencing dalam tangki pun kita apa peduli..mereka berkubang sekali pun kita tak peduli...janji air sampai kat kita...begitulah politik pun...mereka yang politikus2 ini macam orang dalam tangki lah...mereka bebas buat apa saja...bukan rakyat ambil port sangat....setakat marah pun beberapa hari je...macam pengguna air marah air kena catu...atau air kurang bersih...tapi tetap bayar bil...kita rakyat pun tetap bayar cukai...dapat air kurang jernih..kita beli penapis...tak pernah nak ambil tahu kenapa air kurang jernih...sedangkan kita ramai....yang jaga sumber air tu sedikit...rakyat ramai..pemimpin sikit...kalau kita gertak mereka sikit pun...mereka dan kecut...tapi pasal kita dah diajar...POLITIK ITU KOTOR...jadi kita tak kisah apa mereka nak buat...orang baik tak akan masuk politik yang kotor tu...

Oleh sebab tak ada yang berusaha nak bersihkan tangki air...maka tangki air itu lama-kelamaan akan menjadi semakin kotor...orang dalam tangki kalau mula-mula tak berani nak mandi dalam tangki...tapi kerana mereka tahu pengguna bukan ambil tahu apa yang mereka buat...jadi apa salahnya mereka mandi dalam tangki...berak kencing sume dalam tu pun..siapa nak marah...geng2 tangki pun sama jugak...dah orang tak kisah...pengguna cuma nak air tak dihalang...bersih ke kotor air itu tidak penting..janji jernih...kalau tak jernih pun mereka bukan datang jenguk tangki...mereka akan beli penapis...



Dari mata kasar memang susah nak nampak betapa politik yang mengurus negara...cuma aku nak kata...pengurus negara tak ada masalah nak buat apa saja kerana mereka mendapat mandat dari rakyat untuk mengurus hal ehwal rakyat...jadi tak salah kalau nak tetapkan apa saja...kerana rakyat tak mahu tahu...rakyat mahu hasilnya saja...seperti pengguna air...pengguna tak mahu tahu cara pengoperasian tangki air...pengguna cuma mahu bila buka pili..air keluar...air itu mesti jernih...kalau keruh sikit...pakai penapis...macam kalau kerajaan naikkan harga minyak...rakyat terima je...harga naik..bayar lebih...kurangkan berjalan pakai kereta...pakai kenderaan awam...pakai ngv...mcm beli penapis air lah...penyelesaian yang mudah dan bukannya penyelesaian jangka panjang...

Cuba fikir apa akan jadi kalau penguna air semua sepakat nak pantau tangki air...paling tidak pun hantar pemerhati untuk lihat apa sebenarnya yang berlaku dalam tangki air itu...dan kalau didapati kotor...maka kena gotong royong bersihkan...penjaga tangki yang sedia ada...patut diberi amaran...samaada tukar baru atau dikawal ketat...dengan itu...kebersihan tangki adalah lebih terjamin...semua orang tahu tangki adalah bersih...dan kalau tangki dan bersih...tidak perlu lagi pakai penapis...namun begitu...pemerhati tangki perlu sentiasa ada...dalam politik pun sama...kalau kita dah tahu hak kita...dan kita mampu ubah...dan kita tahu bahawa yang kotor perlu dibersihkan...kerana hidup seharian kita berkait dengan politik...

Aku percaya kalau rakyat dan sedar bahawa politik itu tidak kotor...dan adalah tanggungjawab semua untuk bersihkan imej politik..maka sudah pasti rakyat buleh hidup dengan aman...dan ahli politik pulak akan sentiasa panas punggung kerana tidak lagi buleh buat keputusan sesuka hati...kerana mereka adalah minoriti...kalau tak sanggup...bagi kat orang lain yang sanggup...tapi selagi di benamkan dalam minda rakyat bahawa politik itu kotor dan hina dan jijik...maka selagi itulah ahli politik bebas buat apa sahaja...walaupun jumlah mereka amat ciput, sikit, cenonet...what so ever...mereka kebal kerana mereka bergelumang dengan "kononnya kekotoran"..konon mereka agen pembersihan....

Mentaliti rakyat masih rendah...demi bende kotor..sanggup beratur berjam2 untuk pangkah undi...pastu beratur panjang untuk dapat imbuhan...sedangkan mereka patut goyang kaki dirumah...imbuhan yg datang pada mereka...kerana itu hak mereka...sumber negara adalah hak rakyat...tapi rakyat diajar untuk tidak campur urusan...maka lihatlah rakyat diperbodohkan...

Bila rakyat tak puas hati..rakyat tunjuk perasaan...bukan istihar perang...cuma tunjuk perasaan...cuma adalah yang emo terlebih...tapi yang kelakar...pihak yang cuba menyuraikan itu...uniform, kenderaan, gas, asid, kayu,   penghalang, itu semua adalah hak rakyat...termasuk yang tunjuk perasaan tadi...jadi memang terbaiklah kita bayar pada mereka agar sembur asid dan lepaskan gas bila kita mahukan pembaharuan...bila kita mintak pembaharuan agar lebih telus dan adil...kita akan diancam dengan menggunakan hak kita sendiri...cuba kalau satu negeri bangkit...ini kalau setakat beberapa ribu orang....buat rosak pemandangan jelah...buat malu je...

Macam student jugak..yang demo tak sampai 10 orang...cuba kalau demo tu 10 ribu orang...silap haribulan dapat yuran free...tapi kalau 10 orang...memang bodohla kalau teruskan...macam demo rakyat jugak...kalau dapat kumpul sejuta orang...itu bukan lagi demo namanya...itu baru dikatakan demokrasi...demo jugak....tapi dengan tambah KRASI...demo=negatif....demokrasi=positif... aku tulis ini bukan nak suruh demo... banyak lagi cara lain yang buleh dilakukan...dengan syarat kena bersatu hati dalam menanggani masalah umum...

Masalahnya semua nak air bersih...tapi bila ajak gotong royong bersihkan tangki...berapa kerat je muncul...inilah bagusnya orang kita...tak suke "CARI PASAL"...kita perlu ingat...penjaga tangki pun nnti dah jadi pengguna biasa..baru mereka akan sedar...macam orang besar lah...macam mana mereka ini guna kuasa...tol xpenah bayar..minyak tak pernah bayar..hotel tak pernah bayar..tiket kapal terbang tak pernah bayar...tak pernah bayar tu bukan bermakna ditolak gaji...gaji jalan full...tapi claim tetap claim...cuma kita yang menganggur ni je kena bayar macam-macam...mereka yang gaji puluh-puluh ribu tu semua free...cuma nampak bizi kesana kemari...nanti orang kata goyang kaki pulak...jadi terpaksa lah berkejar kesana kemari....tapi berkejar kesana kemari itu semua free...FREE wa cakap lu...dekat tol..cuma bagi kupon...kat kereta tertulis..HAK KERAJAAN MALAYSIA...kalau kat highway...paham2 jelah...bagi je depa potong...nnti depa lambat sampai ke destinasi...

Macam mana golongan itu nak faham kesusahan rakyat...kita nak bayar tiket bas pun terketar2 tangan...rela tunggu bas walaupun teksi dah 30x kali lalu...rela naik bas yang kerap eksiden kerana tak mampu naik flight...cuba fikir macam mana mereka yang semua free tu nak faham...mereka bukan pernah beli barang kat pasar pun..tahu2 je celik mata makanan dan ready..tunggu suap ke...harga gula naik 10 ringgit pun mereka bukan rasa...kita naik 20 sen dah kecoh...

Sebelum ada balaci report...better aku stop tulis...cuma last aku nak cakap...bagi orang tertentu...kenaikan 20 sen itu tidak mendatangkan apa2.. kerana mereka bukan pengguna mcm kita...mereka tak pernah bayar sewa rumah dan ansuran kereta...sekian...aku bukan nak suruh tukar kerajaan...cuma nak suruh orang faham...bahawa kita semua ada tanggungjawab...kita ada hak...cuma buatlah dengan cara orang bertamadun...tak guna demo situ sini..poster situ sini...boikot situ sini...bukannya ada sambutan pun...buat orang lagi menyampah ada...cakap saja lebih..dalam kes aku..tulis je reti...

P/s: Harap perbandingan guna tangki air itu mudah difahami...agar air untuk generasi seterusnya elok...kita ni dah lama minum air tercemar...dah tak ada chance lagi dah...tapi jangan biarkan generasi seterusnya jadi mcm kita...kita tak mahu generasi seterusnya mengutuk kita dalam buku sejarah mereka...

Yang benar...
Bakal ADUN PRU 13

6 comments:

SMART said...

wow! best nie..hehe..

tapi scra realistik cmna nk suci kn tangki n penjga tangki? gotong royong rmai xtrun nie

Admin said...

Sume pakat tunggu tangki tu dah roboh...kot...

bintuhanafi said...

best!...
sesiapa yg xbole nak terima...mmg fikiran sempit...

Hady83 said...

Nak kata sempit tu tak tahulah...yang pasti...macam tulah kebanyakan orang fikir...bila keputusan dibuat oleh puak menang politik..yang mereka sendiri bagi mandat itu tidak adil atau menindas...mereka tak pernah fikir pun bahawa mereka yang bertanggungjawab melantik...beratur panjang ambil nombor...semata2 untuk beri sokongan...kata politik itu kotor...tapi sokong jugak...

Hakim Zailan said...

kalau macam ni lah gaya pemikiran sedara.....
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
saya undi sedara!!hahhaha..
tu lah..bila rakyat2 ni xpaham politik,dorg tau kotor je.tapi xberusaha nk bersihkan..

Admin said...

Kerana mereka rasa tak bersangkut paut dengan kehidupan seharian...sekarang ni kesan dah terasa...bahawa apa yg jadi bila rakyat biasa mula nak ambil tahu...mati je sorang adun atau yb...maka mintaklah apa saja..pasti dana akan keluar mencurah2...ibarat kebocoran tangki yang mana orang curi air...sementara tunggu penjaga tangki baru dilantik...selagi adun atau Yb masih hidup...selagi tu mintak apa pun susah dapat...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...