Rakan Seperjuangan

Sunday, November 29, 2015

Kembali menjenguk

Terasa agak kekok posting blog guna telefon pintar ni...saja aku merajinkan diri untuk kembali update blog ini.

Terdapat byk benda yg aku nak kongsi setelah beberapa tahun bercuti dan menjadi pemerhati...zaman dah berubah..populariti blog sudah tidak lagi seperti dahulu dgn kemunculan ciri2 baru fesbuk yg lebih menarik ramai org berbanding melayari blog..

Apa yg aku perasan blog hanya menjadi tempat pihak tertentu utk mencari keuntungan dan sekaligus menyusahkan pengguna yg mengguna smartpon utk buka link yg penuh dgn iklan dan spam..mana tidaknya..baru teruja nk tahu lebih lanjut terpaksa klik blog namun hampa kerana info tidak terus keluar tapi kena klik situ sini...paling aku mental adalah keluar pop up wasap nk expired la apa la..ish3...

Page popular di fesbuk pun tidak kurang menggunakan blog sebagai pelengkap info yg memaksa org utk masuk ke blog mereka..yaa..aku sebagai blogger tahu kenapa perlu buat begitu..namun bila aku baca komen2 yg menyumpah2 dan memaki2 kerana paparan tidak keluar..atau sangkut kat klik sini utk baca..aku pun sentap juga...apa salah owner page tu jujur saja..tolong masuk blog saya dan klik iklan kerana itu adalah salah satu sumber pencarian saya..simple je kan..aku yakin user pun xkeberatan nk klik iklan yg bernilai beberapa puluh sen bg setiap klik atau beberapa sen bagi setiap unik visit..

Sepanjang yg aku buleh recall..kegemilangan blog adalah pada 2008-2010 dimana zaman itu telefon pintar harganya giler mahal dan majoriti pengguna internet menggunakan laptop..netbook dan desktop..pada tahun 2011..pengguna internet rata2 merupakan mereka yg beralih pada telefon pintar dan dpat dilihat mereka yg bermula dgn telefon pintar ni agak jakun sikitla...

Jakun dalam erti kata baru merasa internet 24 jam..pasal itu info yg basi pun sudah cukup mengujakan mereka..info basi yg berlegar dalam emel2 dahulunya dihangatkan kembali dalam fesbuk dan ramai generasi 2011 keatas ni agak teruja dan terburu2 utk like..share dan forward..

Info basi yg ditokok tambah itu membuatkan aku cukup muak dan cukup menyampah..zaman copy paste membabi buta dalam fesbuk dan wasap ni amat menjengkel aku..

Begitu juga kes viral yg xtau hujung pangkal tidak pernah sunyi dari newsfeed seolah2 masyarakat dah xpeduli adakah ianya betul atau tidak..yang penting adalah dia yg menjadi org pertama yg kongsi info itu...lebih menyampah dari surat berantai cerita penjaga makam nabi..fenomena copy paste dan share membabi buta ni adalah satu petanda bahawa zaman akhir zaman ni akan dipenuhi oleh mereka yg tidak begitu peka dan tidak begitu teliti dalam sesuatu perkara...

Kalau berkesempatan aku akan ulas secara panjang lebar..letih guna dua ibu jari saja nak taip kat telefon ni..

P/s: see u again soon..insyaAllah.

4 comments:

Baiduri said...

Er, rasanye blog masih lg mnjadi ejen utama zaman skrg.... maksud saya blog2 brunsur ilmiah, parenting, agama, dll....blog2 yg review tempat2 menarik, mkanan sedap2, produk2 baru masih lagi mempunyai ribuan pembaca setiap hari.... klu stakat blog2 yg bnyak iklan kt fb tu xyah duk klik sgt....hehe

Hady83 said...

Betul tu..orang tertentu masih lagi aktif mencari info kat blog kerana blog lebih telus dan kita tahu siapa dan apa tujuan posting...tp golongan baru yg malas membaca yg malas mengkaji lebih suka cari butang like dan share...nak baca komen jauh sekali...kerana itu berita palsu dan info fitnah semakin byk...page berpengaruh pulak guna blog utk jana trafik dan income dgn artikel copy paste...pi mai pi mai tang tu jugak..sedih tgk..

Hady83 said...
This comment has been removed by the author.
emi nizam said...

Tahniah Adi..akhirnya kau kembali. Semoga terus konsisten. Kau jangan nak buat iklan kat sini, kang aku sumpah ko jugak..hihihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...