Rakan Seperjuangan

Tuesday, January 6, 2015

Lirik Lagu Nasyid Retro Orkes Sinar Murni

Alkisahnya aku terasa nak dengar lagu nasyid retro orkes sinar murni...utk tambah feeling..try cari lirik..tapi susah nak jumpa..jadi aku ambil inisiatif utk taip lirik beberapa lagu utk melatih jari jemari aku yang dah sekian lama tak menaip panjang2...

Lirik2 dia amat menyerap ke hati.. orkes sinar murni ni mungkin xramai yang tahu..kalau orkes el suraya tu ramai yang tahu kot..kita abaikan dia punya penampilan pasal zaman tu retro...masih free hair lagi..tapi irama dan lirik dia tu sama2 kita ambil iktibar..

Terimala entri pertama aku untuk tahun 2015 ini..

Tajuk: Pengembara



Junjungan kita pernah bersabda
Hidup di dunia bagai pengembara
Junjungan kita pernah bersabda
Hidup di dunia bagai pengembara
Alam akhirat tempat tujuan
Negri bahgia tempat balasan
Alam akhirat tempat tujuan
Negri bahgia tempat balasan

Semasa hidup dalam dunia
Jangan dibuang masa yang ada
Banyakkan ibadat pada yang esa
Taburkan jasa kepada semua

Bagi yang sudah siap bekalan
Tiada duka membalut badan
Sedia menunggu datang panggilan
Sedia menunggu datang panggilan
Ia kan pergi tersenyum riang

Pada yang tiada amal ibadat
Di alam akhirat tiada selamat
Seksa ditanggung tersangat berat
Kerana hidupnya penuh maksiat
Saat berangkat telah ditentu
Kepada kita umat manusia
Janganlah lagi tertunggu-tunggu
Janganlah lagi tertunggu-tunggu
Siapkan bekalan sedaya upaya

Junjungan kita pernah bersabda
Hidup di dunia bagai pengembara
Alam akhirat tempat tujuan
Negri bahgia tempat balasan



 Tajuk: Bahagia Beriman
Bahgia hidup orang yang beriman
Bahgia hidup orang yang beriman
Hatinya tenteram sereta nyaman
Bahgia hidup orang yang beriman
Hatinya tenteram sereta nyaman

Tiada hirau sebarang rintangan
Itu semua sebagai ujian
Itu semua
Itu semua sebagai ujian

Kepada Tuhan diri terserah
Serta mengharap rahmat berlimpah
Kepada Tuhan diri terserah
Serta mengharap rahmat berlimpah

Qada’ dan qadar diterima mudah
Serta diucap Alhamdulillah
Serta diucap
Serta diucap Alhamdulillah

Bahgia hidup orang yang beriman
Bahgia hidup orang yang beriman
Hatinya tenteram sereta nyaman
Bahgia hidup orang yang beriman
Hatinya tenteram sereta nyaman

Tiada hirau sebarang rintangan
Itu semua sebagai ujian
Itu semua
Itu semua sebagai ujian


Segala  amalan senang dikerjakan
Semua larangan jauh ditinggalkan
Segala  amalan senang dikerjakan
Semua larangan jauh ditinggalkan
Syurga neraka bukan pilihan
Hanya mengharap keredhaan Tuhan
Hanya mengharap
Hanya mengharap keredhaan Tuhan

Bahgia hidup orang yang beriman
Bahgia hidup orang yang beriman
Hatinya tenteram sereta nyaman
Bahgia hidup orang yang beriman
Hatinya tenteram sereta nyaman

Tiada hirau sebarang rintangan
Itu semua sebagai ujian
Itu semua
Itu semua sebagai ujian


Tajuk: Keagungan Islam
Keagungan Islam di alam maya
Ajaran Tuhan yang Maha Esa
Membentuk pribadi akhlak yang mulia
Kaya dan miskin dipandang sama
Membentuk pribadi akhlak yang mulia
Kaya dan miskin dipandang sama

Keagungan Islam di alam maya
Ajaran Tuhan yang Maha Esa
Membentuk pribadi akhlak yang mulia
Kaya dan miskin dipandang sama
Membentuk pribadi akhlak yang mulia
Kaya dan miskin dipandang sama

Islam mengajar supaya bertaqwa
MengEsakan Tuhan tajuk utama
Islam mengajar supaya bertaqwa
MengEsakan Tuhan tajuk utama

Seluruh alam telah dicipta
KebesaranNya sudah ternyata
Seluruh alam telah dicipta
KebesaranNya sudah ternyata

Keagungan Islam di alam maya
Ajaran Tuhan yang Maha Esa
Membentuk pribadi akhlak yang mulia
Kaya dan miskin dipandang sama
Membentuk pribadi akhlak yang mulia
Kaya dan miskin dipandang sama

Segala amalan sudah diaturkan
Salah dan benar sudah ditentukan
Segala amalan sudah diaturkan
Salah dan benar sudah ditentukan

Buat yang disuruh jauhi larangan
Peroleh kebahgiaan di sisi Tuhan
Buat yang disuruh jauhi larangan
Peroleh kebahgiaan di sisi Tuhan

Keagungan Islam di alam maya
Ajaran Tuhan yang Maha Esa
Membentuk pribadi akhlak yang mulia
Kaya dan miskin dipandang sama
Membentuk pribadi akhlak yang mulia
Kaya dan miskin dipandang sama

 Tajuk: Cuba Renungkan
Cubalah tuan renung sejenak
Apa yang  berada di sekeliling tuan
Cubalah tuan renung sejenak
Apa yang  berada di sekeliling tuan

Segar rasa nyaman dan enak
Itulah nikmat berian Tuhan
Segar rasa nyaman dan enak
Itulah nikmat berian Tuhan

Dikala malam bulan purnama ditabur pula beribu bintang
Semua nikmat diberi percuma Dialah Tuhan yang maha penyayang
Dikala malam bulan purnama ditabur pula beribu bintang
Semua nikmat diberi percuma Dialah Tuhan yang maha penyayang

Silih berganti siang dan malam
Hujan dan panas diatur serta
Silih berganti siang dan malam
Hujan dan panas diatur serta

Dialah Tuhan pencipta alam
KebesaranNya sudah ternyata
Dialah Tuhan pencipta alam
KebesaranNya sudah ternyata

Hidup kita sehari-hari hendaklah kita insafkan diri
Segera bersyukur apa yang diberi dunia akhirat tidak akan rugi
Hidup kita sehari-hari hendaklah kita insafkan diri
Segera bersyukur apa yang diberi dunia akhirat tidak akan rugi


 Tajuk: Selimut Putih
Bila Izrail datang memanggil
Jasad terkujur di pembaringan
Bila Izrail datang memanggil
Jasad terkujur di pembaringan

Seluruh tubuh akan menggigil
Sekujur badan nan kedinginan
Seluruh tubuh akan menggigil
Sekujur badan nan kedinginan

Tak ada lagi guna harta
Kawan karib sanak saudara
Tak ada lagi guna harta
Kawan karib sanak saudara

Jikalah ada amal di dunia
Itulah hanya pembela kita
Jikalah ada amal di dunia
Itulah hanya pembela kita

Janganlah mahu disanjung-sanjung
Engkau digelar manusia agung
Janganlah mahu disanjung-sanjung
Engkau digelar manusia agung

Sedarlah diri tahu diuntung
Sebelum masa keranda diusung
Sedarlah diri tahu diuntung
Sebelum masa keranda diusung

Datang masanya insaflah diri
Selimut putih pembalut badan
Datang masanya insaflah diri
Selimut putih pembalut badan

Tinggal semua yang dikasihi
Berbaktilah hidup sepanjang zaman
Tinggal semua yang dikasihi
Berbaktilah hidup sepanjang zaman

Bila Izrail datang memanggil
Jasad terkujur di pembaringan
Bila Izrail datang memanggil
Jasad terkujur di pembaringan

Seluruh tubuh akan menggigil
Sekujur badan nan kedinginan
Seluruh tubuh akan menggigil
Sekujur badan nan kedinginan



1 comment:

airry 6699 said...

Lagu mak sy ni...sy sendiri jem nk dpt kn chord...lagu teratai dgn syuhada

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...