Rokok elektronik telah lama wujud di pasaran namun begitu sejak ia berubah wajah dan berubah nama menjadi vape dan menjadi satu fenomena baru di alam sosial dan alam media sosial rokok elektronik telah mengundang pelbagai isu dan kontroversi.
Seingat aku rokok elektronik waktu mula2 diperkenalkan di pasaran..bentuknya tak ubah sepert rokok biasa..kaler putih hujung dan kaler coklat dipangkal..bentuk dan saiz hampir sama dgn rokok biasa cuma xperlu nyalakan api..cuma hisap sambil tekan satu butang kecil tu dan hembus..maka keluarlah asap ajaib dari mulut..itu saja lah yang aku dapat imbas balik scene yg aku pernah tgk dalam satu siaran tv.
Tahun 2015...rokok elektronik sudah bertukar nama dan bertukar wajah..bentuknya jauh berbeza dari rokok biasa..lebih canggih dan lebih vogue..kalau rokok elektronik dulu hanya sebesar pen..rokok elektronik versi 2015 adalah sebesar kotak rokok..nama pun lebih vogue de vass...vape..yg di adaptasi dari vapour..dalam bahasa melayunya penguap..
Fenomena vapeon begitu berleluasa dalam media sosial..imej sekumpulan manusia yg diselubungi asap sambil menayang vape masing begitu viral hingga diikuti oleh ramai org..
Tak ketinggalan muncul perempuan yang masih bertudung menyiarkan gambar diselubungi asap vape dgn caption dan hashtag vapeon yg membuatkan ada pihak mula memandang rendah pada golongan wanita bertudung ini..
Ramai yg backup vape dengan alasan vape dapat menghentikan serta mengurangkan tabiat merokok dgn menampilkan beberapa testimoni dari pengguna yg sudah berhenti merokok sejak beralih kepada vape...malah ada yg berjaya berhenti vape dan sekaligus bebas dari ketagihan nikotin..
Namun pada masa yang sama muncul gambar dan video kanak-kanak yang masih bersekolah vapeon dan ia seolah2 menjadi satu trend dan satu kebanggaan..
Tidak cukup dengan imej perempuan2 yg vapeon mengalahkan lelaki..imej vapeon dipelamin dan restoran akhirnya membuatkan reaksi masyarakat terhadap vapers ini semakin panas.
Seolah2 matlamat vape utk menghentikan ketagihan rokok sudah membuka masalah baru iaitu memberi peluang kepada yang xpernah merokok utk turut sama berasap..istilah asap naga langsung tidak memberi apa2 impak kepada golongan vapers yg kecanduan perhatian.
Umum hanya fokus bahawa vape hanya membebaskan wap air yg tak ada kesan pada tisu atau kapas..video perbandingan asap vape dan asap rokok menjadi viral dan dari situ ramai dpt melihat betapa asap rokok adalah lebih memberi kesan kepada badan berbanding asap vape..
Pun begitu mungkin ramai yang tidak sedar atau sengaja buat tak sedar bahawa ketagihan rokok bukannya ketagihan kepada asap dan rasa rokok..akan tetapi ketagihan tersebut adalah ketagihan terhadap nikotin yg terhasil apabila daun tembakau dibakar..justeru apabila asap yang mengandungin nikotin itu terhasil..reseptor atau penyerap nikotin pada badan manusia akan memberi tindakbalas kepada otak bahawa sukatan nikotin pada badan sedang ditopup...
Nikotin yang menjadi punca ketagihan itu kini boleh didapati dalam cecair perisa yg mengandungi nikotin yg dipanggil flavour vape dan ianya boleh didapati dengan mudah...dengan pelbagai perisa yang menarik..
Walaupun jumlah nikotin dalam perisa tersebut didakwa lebih rendah berbanding rokok namun tidak dinafikan selagi ada unsur nikotin..maka ketagihan pasti akan berlaku..
Golongan yg baru berjinak dgn vape akan terjerat dgn nikotin padahal sebelum ini mereka amat benci akan rokok..ketagihan nikotin adalah lebih kurang ketagihan kepada makanas pedas..mereka yang dah biasa makan pedas tidak akan berselera jika tidak diiringi sambal dan cili yg pedas sebagai pelengkap...ini kerana terdapat unsur nikotin dalam cili..walaupun tidak tinggi namun ia berjaya menyebabkan ketagihan.
Cecair mengandungi nikotin yg berselindung dengan wap air kononnya telah menyaksikan semakin byk port vape dibuka..malah party vape turut dianjurkan...modifikasi terhadap vape utk menghasilkan rasa yang lebih ummph dan asap yang lebih byk semakin menjadi trend..
Perisa vape yg dijual secara terbuka dan mereka yg memonopoli pasaran ini rata2 org melayu turut menyumbang kepada industri vape kerana prinsip nak tolong bangsa sendiri..
Satu hari kementerian kesihatan telah bertindak merampas perisa bernikotin ini kerana melanggar akta racun telah memberi satu tamparan besar kepada komuniti vapers..mereka yang terkesima memberi hujah kenapa arak dan rokok tidak dirampas...namun jawapan pendek dari kementerian sudah cukup power kerana rokok dan cecair berperisa nikotin adalah dibawah akta berbeza..
Alasan kementerian bahawa cecair nikotin adalah barang terkawal dan tidak boleh dijual sewenang2nya..hanya farmasi berlesen sahaja dibenarkan jual mengikut prosedur yg ditetapkan..
Sejak dari itu bermula lah nasib malang kepada vapers yg kini beralih kepada port yg lebih tertutup dan promosi perisa yang tidak lagi sehebat dulu.
Sudah jatuh ditimpa tangga..kini beberapa buah negeri turut mengambil langkah mengharamkan vape..walaupun vape telah difatwakan haram oleh mufti..tambahan kepada pengharaman rokok oleh majlis fatwa sejak sekian lama...
Tidak kurang juga komen yg menyalahkan perokok kerana dah tahu rokok menyebabkan ketagihan dan hampir mustahil untuk berhenti namun tetap mahu cuba dan akhirnya terjebak...
Bagi aku yang bukan perokok adalah lebih mudah utk bercakap dan memberi pendapat...tp bagi yg sudah terjerat dgn nikotin..situasinya amat berbeza..
Setiap perokok pastinya pernah cuba atau berniat utk berhenti merokok...apa yg aku dapat kongsi adalah berhenti merokok memang sukar namun aku belum dgr ada orang mati kerana berhenti rokok mengejut..yaa..mmg ada sakit2 tetapi ianya adalah simptom biasa penyingkiran nikotin dari badan...
Vape mungkin membantu sebagai satu cara tapi...ada tapi..hati kena cekal...kunci utama adalah diri sendiri..mulanya nak stop merokok tp masuk ni dah 30 botol flavour dah sebat..itu bukan nk stop namanya..
Bagi yg istiqamah nak stop nikotin tu..aku doakan semoga berjaya...doa byk2..solat kena jaga..sumber rezeki jaga..iman jaga..semoga bebas dari jerat nikotin..
P/s: your brain is far more powerful than you might actually think..dont spoil it..it is the greatest gift..
No comments:
Post a Comment