Rakan Seperjuangan

Friday, December 7, 2012

Bukan perokok menulis

Esok ada kelas pukul 8.30 pagi...gara2 terlupa yang teh boleh membuatkan aku susah nak tido...aku telah terorder teh sewaktu dinner malam tadi...terkial2 nak lelapkan mata...better aku menulis barang sepatah dua...

Dalam entri aku sebelum ini pasal palestin Vs yahudi vs rokok vs babi...aku ada menyebutkan bahawa ada kajian menunjukkan bahawa dalam rokok yang disedut oleh jutaan umat islam di seluruh dunia mengandungi darah babi...DARAH BABI atau DARAH KHINZIR atau PIG'S BLOOD...

Jangan nak suruh aku lampirkan bukti kukuh dan jitu tentang dakwaan itu...oleh kerana aku bukan perokok..jika dikatakan dalam rokok ada najis orang yahudi pun aku percaya...tapi bagi mereka yang dah merokok begitu lama...hanya akan tersenyum sinis je jika mendengar dakwaan sebegini...xda bukti..kalau betul..confirm jakim dah stop penjualan..

Kalau merokok tu difatwakan haram..ada sebab kemudaratan dan pembaziran pun boleh diabaikan begitu saja..inikan pula dakwaan yang tidak ada bukti kukuh seperti mengandungi darah babi dan sebagainya...kalau betul ada 7000 bahan kimia berbahaya...kenapa perokok2 tegar yang dah lebih 70 tahun tu masih bertenaga...rokok xpernah putus dari mulut...sihat je...lebih sihat dan bertenaga dari yang xmerokok...

Ini semua memerlukan kekuatan dalaman sebenarnya...lebih tepat lagi adalah kekuatan iman...kerana apa? kerana syarikat2 yang menghasilkan rokok ini bukanlah orang islam..tapi musuh2 islam..dipasarkan ke negara2 islam...utk melemahkan orang islam...

Kajian dari negara ini menunjukkan pihak berkuasa sendiri adalah perokok agak tegar..lebih2 lagi tentera, polis, kastam dan sebagainya...apabila ditanya..jawabnya stress..tekanan banyak..justeru merokok adalah cara mengurangkan stress..mana ada perokok yang makin hari makin kurang jumlah rokok yang dihisap..melainkan semakin bertambah dari hari ke hari..dari sebatang sehari hingga sekotak sehari...

Di alam siber...isu gaza dah kembali sunyi...baru seminggu ia menjadi hangat..minggu ni dah kembali seperti biasa..bola kembali mengungguli carta..dah xkedengaran lagi individu yang nak jual piala, nak jual motor utk disumbangkan kepada palestin...

Ketika orang kita sedang asik melayan lagu korea, anime jepun, drama jiwang melayu, filem jiwang melayu, perkembangan bolasepak tanahair...saudara seagama kita di seluruh pelusuk dunia sedang bergelut utk mempertahankan agama, bangsa dan negara daripada terus dizalimi oleh musuh2 islam...tidak pernah ada istilah berseronok dan bersantai bagi mereka...

Paling best, ada yang bukan main syok tulis...bertuahnya kita di bumi malaysia yang aman dan damai ini...yaaa..memang bertuah...kat sini tak ada bencana alam yang teruk, tak ada peperangan, tak ada kebuluran..kat sini kita merdeka,,kita bebas..kita boleh..kita bersatu padu...dan macam2 lagi yang menggambarkan bahawa kita bumi bertuah...

Kita sebenarnya adalah bumi yang lemah...lemah dengan nikmat...usah rujuk pada orang lain...aku sendiri pun lemas dan hanyut dengan nikmat...kita orang islam harus ingat dan sedar bahawa ujian itu ada dua macam...samaada di uji dengan kesusahan atau di uji dengan kesenangan...sejarah telah membuktikan bahawa tidak ramai yang mampu bertahan jika diuji dengan kesenangan...tapi jika diuji dengan penderitaan...hampir semua mampu bertahan...

Aku secara peribadi merasakan bahawa kita sedang di uji dengan kesenangan...hidup kita mudah..hasil bumi melimpah ruah..makanan melimpah ruah..infrastruktur memang tip top..tempat ibadat pun tip top...oleh yang demikian kita tak mungkin akan dapat memahami penderitaan yang dialami oleh saudara seagama kita di negara2 lain..

Waktu berpuasa, kita berpuasa, mereka berpuasa, tapi ketika berbuka, kita buat pesta makanan...mereka cuma makan mengalas perut..duit kita banyak...xhabis kalau makan...jadi untuk menghabiskan duit..kita kena beli mercun dan bunga api..utk bakar duit..kita kena beli rokok utk bakar duit..kerana duit kita banyak..cuma bila time derma atau sumbangan amal jariah..terus jadi xda duit..bila tabung dihulur...terus xda duit..

Bukan rokok saja jadi isu..gajet elektronik seperti telefon pintar, telefon bimbit pun isu jugak..macam aku ni...berhabis dekat 70 ringgit sebulan utk mendapat line internet 24 jam...kalau nak ikut jumlah derma yang aku bagi tiap2 bulan..10 ringgit pun xsampai..tapi demi beroben ni...sanggup habis berpuluh2 ringgit..kalau remaja pulak..topup prepaid..kalau yang bercouple tu lagilah...kemana duit tu pergi..itulah..kita ni terlalu banyak duit..makan xhabis..

Tujuan sebenar entri ini adalah aku cuma nak tulis antara langkah yang boleh dipertimbangkan agar perokok berhenti merokok adalah dengan menukar gambar pada kotak rokok..daripada gambar janin, kaki, mulut, paru2..kita tukar kepada gambar BABI, PELURU PANDU, KERETA KEBAL, MERIAM, PELURU, MANGSA KEGANASAN YAHUDI, dan sebagainya...sekali aku dah teremo terlebih pulak...

Kita ni bukan xtau..tapi mudah lupa..kena sentiasa diperingatkan...setiap batang rokok yang dibeli itu akan menjadi saham utk membantu golongan musuh islam utk melumpuhkan umat islam...


P/s: Aku tertarik dengan seorang tukang gunting yang telah menggunting rambut aku petang tadi..katanya..orang british dulu pandai..dia xbawa cina muslim dan india muslim utk datang kesini utk dijadikan buruh sewaktu zaman penjajahan british...justeru apa yang kita lihat pada hari ini adalah salah satu daripada kelicikan musuh2 islam...coba bayangkan apa yang berlaku jika buruh yang dibawa ke tanah melayu adalah cina muslim dan india muslim...coba bayangkan...itulah namanya dasar pecah dan perintah...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...