Rakan Seperjuangan

Sunday, December 9, 2012

Bangsa + Bersatu + Berilmu

Malam semalam, ada program ustaz muda datang ke tempat aku tinggal, bersamanya juga datang ustaz tua, program anjuran siapa sebenarnya aku xberapa pasti...aku bukan pergi pun...tapi aku terdengar...

Ustaz muda memulakan bicara, aku tertunggu2 apakah yang bakal dikatakan...sesi perkenalan diri yang serba ringkas memberitahu bahawa dia merupakan ustaz yang datang jauh dari tempat ni...atas nama DUN, panel penasihat khas, kalau xsilap aku...

Masa diberikan cuma 30 minit sorang, ustaz muda yang aku rasakan agak bersemangat ini tiba2 menunjukkan ketidakmatangan apabila mula mengutuk tok guru, silap paling besar, lepas tu mula mengutuk parti pembangkang, dengan hujah2 tahap sekolah rendah...cakap tidak teratur dan banyak sekali tersasul, sampai satu ketika terkeluar "nabi firaun" dari mulutnya...sambil berbicara sambil xsudah2 mintak maaf kerana cakap pasal politik, namun sampai akhirnya xlari dari berbicara tentang politik..

Imam muda kampung aku yang jadi emcee pun tidak ketinggalan utk memohon ampun dan maaf terhadap para hadirin yang hadir atas bicara ustaz muda tadi yang agak menyimpang...program diteruskan dengan bicara ustaz tua..sesuai dengan usia..cara penyampaian mmg sempoi..tidak seperti ustaz muda sebelumnya..

Tapi aku xkan sesekali lupa ucapan ustaz muda itu...yang aku rasa amat mentah sekali bicaranya..ibarat katak bawah tempurung..hujah yang lapuk dan ditelan zaman itu masih digunakan...xlain xbukan adalah mengugut orang kampung tentang melayu akan hilang kuasa jika bangsa lain memerintah..

Turut mempersendakan hukum hudud dengan memberi contoh lelaki bukan islam yang disaman kerana pergi salun yang dimiliki orang perempuan bukan islam...entah apa motif aku pun xtaula..tapi xputus2 memomokkan orang kampung akan akibat yang akan berlaku bila bangsa lain memegang tampuk pemerintahan..

PENDAPAT AKU: Orang melayu sekarang mmg lemah, majoritinya lemah...bangsa yang berilmu adalah bangsa yang berjaya...xmustahil satu masa nanti akan berlaku fenomena melayu jahiliah..kerana agenda kearah pemantapan ilmu amat kurang..berbanding agenda melayu bersatu..apa gunanya bersatu sekalipun jika jahil...

Budak2 melayu, berapa kerat yang memandang serius tentang pelajaran..berapa ramai yang sambung pengajian ke tahap yang lebih tinggi...bukan tak ada..tapi berapa kerat..pergilah survey atau usha kat universiti2...berapa kerat je melayu yang sambung master dan phd...majoriti dah stop bila dapat degree..dapat kerja..kawin..dapat anak...habis..apa nak jadi lantaklah..kalau tanya..memang nak sambung belajar..tapi belum tahu lagi bila..tunggu anak besarla ape la..

Bangsa2 lain, kaum2 lain, tidak seperti melayu..bertungkus lumus melengkapkan diri dengan ilmu...cuba utk menceburi pelbagai bidang..hatta bidang syariah pun mereka nak masuk..lupakah anda satu ketika dahulu kecoh bila peguam bukan islam yang belajar syariah nak mohon jadi peguam kat mahkamah syariah? ooo..lupa..melayu mudah lupa..

Aku seorang tenaga pengajar...aku sedih bila tengok pelajar melayu yang acuh x acuh masa belajar...mungkin mereka terlalu muda utk merancang masa depan...mereka hanya tahu nak enjoy..bukan nak belajar sangat pun..kalau ditanya tentang cita2...memang mengecewakan..majoriti tidak mempunyai cita2 yang tinggi..cukuplah kerja yang biasa2..yang hanya mampu utk menyara keluarga..bukan cita2 untuk membantu kearah pembangunan agama, bangsa dan negara...

Sikap pemalas dan mudah putus asa dalam mencari ilmu satu hal...jadi apa makna bersatu jika ilmu tidak diberikan penekanan..tidak cukup dengan hanya menabur duit..memansuh yuran dan sebagainya..itu adalah cara yang malas...sistem pendidikan perlukan perubahan...dunia moden ni sudah tidak memadai dengan kelas teori bertahun2..pelajar tidak tahu apa motif belajar itu ini..kena suap ilmu itu dan ini..bila masa nak guna..

Aku mengajar bahasa inggeris..kalau ditanya..lebih dari separuh benci bahasa tu..susah, dan memang xpernah guna..so kalau xpernah guna..buat apa belajar teruk2..berbuih mulut aku cakap jika pandai bahasa inggeris..senang nak contact dengan dunia luar..senang dapat kerja..bla bla bla..

Melayu akan kuat jika bangsanya berilmu..jika dah ada ilmu..confirm lebih mudah bersatu...bersatu semata2 tanpa ilmu adalah sia2...so lepas ni aku harap xda lagi pihak yang melebih2 nak suruh melayu bersatu...sejarah menunjukkan xda bangsa yang selamanya hebat..baik bersatu dibawah satu agama..lagi besar faedahnya..dengan itu xperlu lagi nak pertikai bangsa dan keturunan..bukankan islam itu agama utk semua..bukan utk orang arab saja..dan bangsa arab sendiri pun tidak sesekali mendapat kelebihan disisi agama...

Untuk menyedari hakikat itu..perlukan ilmu..perlukan lebih ramai alim ulamak..bukannya meramaikan tokoh2 seni, penyanyi2 dan pelakon2...adakah melayu akan jadi bangsa yang dipandang tinggi jika terdapat ramai artis? yang pasti jika ramai orang melayu merupakan golongan berilmu..sudah pasti kita akan dipandang tinggi...

Kepada para pendidik dan profesion yang sewaktu dengannya..tolonglah bangsa kita..xperlu nak rigid dan skema nak mampus..jgn rosakkan masa depan budak2 yang belum matang dengan terlalu mengikut skema yang ditetapkan oleh barat..ini bukan soal amanah atau tidak..mana yang lebih amanah..memberi peluang kedua pada pelajar atau terus memberi markah yang rendah kepada pelajar tanpa belas kasihan..hanya kerana mengikut skema..skema tu dari kitab suci mana?




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...