Rakan Seperjuangan

Thursday, November 29, 2012

Palestine VS Yahudi VS Rokok Vs Bola

Semalam kat tempat aku bekerja, satu seminar tentang bahaya merokok dari perspektif islam dan sains...program yang telah dianjurkan oleh jabatan aku dan jabatan kardio telah berlangsung dengan jayanya...aku sebagai ajk persiapan...

Sesi pertama disampaikan oleh seorang pensyarah kanan dari Usm kelantan, bekas kakitangan KKM...sedang buat Phd tentang rokok, telah menghuraikan bahaya merokok dari perspektif sains...aku duduk di barisan hadapan so dapatlah aku melihat slide dengan jelas..beliau turut mempamerkan statistik yang agak mengejutkan bagi aku..

Antara yang dipaparkan adalah majoriti perokok adalah dari negara2 islam...pengeluar rokok pula ada dari negara2 maju..yang jadi mangsa ketagihan adalah rakyat dari negara membangun yang kebanyakannya dari negara2 islam..beliau turut menjelaskan bahawa itu adalah agenda musuh islam bagi melemahkan umat islam...

Turut disentuh adalah ketagihan nikotin, aku amat suka bab ni kerana dapat ilmu baru, tahukah kita bahawa cili dan terung mempunyai nikotin yang menyebabkan ketagihan...seperti mereka yang suka makan sambal belacan, xselera makan kalau xda sambal..ini kerana cili mempunyai nikotin...nikotin adalah punca ketagihan...apabila reseptor kat otak menerima nikotin, maka ia akan menghantar isyarat kepada kita agar terus menambah kandungan nikotin...sedikit demi sedikit..beliau turut memberi contoh sebuah kedai makan yang amat popular dan dikunjungi ramai..beliau mendapati ada terung dalam gulainya...terung dan cili mempunyai kandungan nikotin yang boleh buat orang ketagih..mujurlah aku tidak diajar makan pedas dan aku mmg xsuka terung..merokok tu jauh sekali..for now la..in future belum tahu..

Satu lagi info yang dia bagitau adalah kajian terbaru menunjukkan bahawa rokok turut mengandungi darah babi...menarik sekali..kerana sejahat2 orang islam..xkan sanggup makan babi...arak, zina, judi tu mungkin biasa tapi kalau bab babi memang pantang benar2...so fikir2lah sendiri...

Akhir sesi aku memberanikan diri bertanya soalan...kenapa begitu banyak bahan kimia berbahaya dalam sebatang rokok..sampai 7000 bahan, sedangkan ia cuma daun tembakau saja..beliau menjelaskan untuk menghasilkan rokok tersebut..pelbagai bahan lain telah ditambah bagi memberikan kesan yang lebih power...

Sesi kedua pula di teruskan oleh seorang lagi penceramah bebas...seorang guru dari pondok moden...amat bersemangat sekali..riuh satu dewan..macam nak pecah speaker dia punya laungan semangat...namun apa yang betul2 sampai ke lubuk sanubari adalah beliau tunjuk video palestin...kematian dan penindasan...dan turut mengaitkan kenapa ia berlaku..

Kerana sumbangan orang2 islam sendiri yang membeli rokok..dah tau dengan jelas bahawa setiap batang rokok yang dibeli..pasti akan ada bahagian dari keuntungan akan disalurkan kepada puak2 yahudi yang telah menindas penduduk palestin secara zalim sejak berpuluh2 tahun dahulu..

Turut disentuh adalah mcD dan kepsi...er...kepsi aku adalah kegemaran aku..mcD pun sama...tapi jarang ke mcD..kepsi tu xterkiralah...dulu penah ada penafian bahawa syarikat tersebut tidak pernah bagi sumbangan pada yahudi dan zionis..fakta ke auta..

Sekarang ni dah kembali hangat isu palestin...khususnya gaza..ramailah hero2 dan heroin2 yang muncul..ada yang nak jual motor..jual macam2 lagilah..nak bagi sumbangan pada orang sana...tapi xkurang jugak yang kembali sibuk dengan bola...baru saja isu palestin nak naik...tup2 bola naik..tenggelam semula...

Minggu lepas ada genjatan senjata kejap...yahudi ni cerdik...dia tau dia akan kalah teruk..dia buat genjatan senjata kejap..nak prepare next attack la tu...jangan nak tipu lah..selagi masih ada penduduk islam palestin dan bumi tu..selagi itu xkan berlaku perdamaian...genjatan senjata tu cuma iklan je..bila satu dunia dan bukak mata..dia berundur kejap..kejap lagi dunia dah leka..dia buat hal lagi...apa nak kisah..dunia buleh kutuk je..bukannya pegi hantar tentera macam yang dibuat kat afghanistan dan iraq tu..kejap je..

Sambil2 umat islam duk kutuk tu lah sambil2 tu rokok sentiasa dimulut...xleh renggang...tiap2 hari bagi sumbangan pada puak2 yahudi agar terus menindas umat islam...

Yahudi bagi tv, bola, rokok, facebook, perempuan...dah cukup untuk melemahkan orang2 islam...renung2kan...

P/s: Kurangkan rokok, kurangkan fesbuk, kurangkan bola...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...