Blog pun ada kempen?tak kisahlah...tajuk tu agar nampak catchy sket...tapi apa yang aku nak kongsi lebih menarik dari tajuk itu...lagi dua minggu nak kena hantar tesis..aku xleh nak merapu lebih2...direct to the main point jelah...
Aku rasa sesuai jika aku gunakan diri aku sebagai mangsa dalam contoh ini...maklumlah orang sekarang ni sensitif nak mampus kalau ditegur dalam hal2 keagamaan...so utk selamat aku gunakan diri aku jelah...aku mula bersolat pada umur 10 tahun..sebelum tu langsung xpernah walau sekali, meskipun aku dah reti bacaan2 dalam solat...mmg aku dah target darjah 4 baru aku nak solat...aku start puasa masa umur 8 tahun..darjah dua, tidak ada paksaan pun apatah lagi upah...
Kalau ikutkan dah lebih 17 tahun aku solat...tapi ia tidak bermakna aku tidak pernah meninggalkan solat selama 17 tahun itu...tentulah pernah...tapi aku dah berazam penuh kalau boleh tak mahu lagi meninggalkan solat...kebanyakkannya aku tertinggal, bukan sengaja tinggal...klu rajin aku ganti balik...huhuhu...
Oklah, termerapu pulak...selama 17 tahun tu...aku banyak kali juga mendapat ilmu kearah solat yang lebih sempurna..kat rumah pun sama..jika solat xberapa betul, mmg ada teguran direct dari mak bapak aku, contohnya badan aku terlalu tunduk ke ape...
1. Mak aku selalu pesan jika bacaan al Fatihah tak sempurna, maka solat tidak akan diterima...sempurna bacaan disini maknanya kita hendaklah membaca al Fatihah dengan cukup 'Qari' nya...maknanya makhraj(sebutan?) perlu lah betul...panjang pendek juga perlu betul...bukan perlu tapi WAJIB betul...jika tak betul WAJIB perbetulkan dengan guru. Tidak ada alasan untuk tidak memperbetulkan bacaan al Fatihah. Jika bacaan xbetul...maka solat tidak sempurna...tidak diterima dan berdosa...buat apa kita solat tapi berdosa kan?Jadi kena mula lah semak bacaan al fatihah anda dengan ustaz atau ustazah atau guru mengaji...sorry to say, aku dapati masih ramai lagi imam yang perlu perbaiki bacaan mereka, imam yang aku maksudkan adalah imam kat surau2 kat shopping kompleks...bacaan dah merdu dan jelas tapi sayang sekali makhraj dan panjang pendek tidak kena...sebutan 'ain' dan 'dhad' adalah yang paling kerap orang silap...dan juga panjang harakat ketika 'waladhooooooliiin'...part tu mmg ramai yang kurang mahir...
2. Tahun ini baru aku tahu bahawa bacaan al fatihah perlu jelas dan mengeluarkan bunyi...BUKAN BERBISIK seperti yang aku duk amalkan berbelas2 tahun...menurut kebanyakan ulamak...bacaan solat yang semacam BERBISIK tu adalah tidak sah...tidaklah sampai kedengaran jelas sampai beberapa meter...cukuplah telinga kita dengar dengan jelas...keluarkan suara...bukannya berbisik dengan kuat...mula2 mmg kekok nak ubah kerana dah bertahun2 kita berbisik ketika baca fatihah...tapi nak buat macam mana...itu ketika zaman jahiliah...sekarang dah tahu tak buleh...so kena ubahlah...hentikanlah bacaan berbisik tu...terutama dalam bacaan rukun seperti ketika takbiratul ihram, al fatihah dan tahiyat akhir dan salam...
3. Bab penyakit was-was ketika nak niat pun satu...mujur sekarang ni dah kurang sket aku rasa..klu dulu time solat jumaat..kiri kanan depan belakang duk takbir berulang kali...susah masuk niat barang kali...prinsip yang mudah...niat yg dikira adalah niat dalam hati..bukan niat usolli tu...so rasanya xkisahlah kita usolli lain niat dalam hati lain..yg dikira adalah usolli dalam hati tu...dalam hati ada hadir, sahaja aku sembahyang fardhu asar pun dah cukup...
P/s: Bersambung utk siri kedua..komen membina dan meruntuh dialu2kan...
2 comments:
Bagus info ini.. dah lebih setahun entry ini, solat Isyak tadi bersama abang ipar (dia imam) menegur aku yang langsung tak bunyi apa2. Sedihnya bila terkenang, dah lah solat tak cukup 5 waktu, tak sah pula =(. Semoga Allah ampunkan dosa kita.
Kalau yang sebelum ni xtahu moga2 tetap diterima...tapi kalau dah tahu tapi masih belum amal...maka xbaiklah macam tu...buat apa penat2 solat kalau akhirnya xditerima kan...hehehe...
Post a Comment