Rakan Seperjuangan

Thursday, May 20, 2010

Status Iklan Blog dan laman web

Situasi: Bangun dari tido dengan rasa gatal2 kat kaki...pastu ngadap intenet nak pegi klik iklan kat intenet...

Masalah: Aku rasa terpanggil utk menulis tentang hal ni...ini ada pendapat sendiri selepas membaca sedikit tentang keharusan upah iklan kat internet hasil penulisan Ustaz Zaharuddin, pakar rujuk tentang kes2 muamalat...

Realiti: Aku dulunya menganggap bahawa iklan internet ni adalah satu gangguan yg menyebabkan lambatnya nak loading internet...aku memandang rendah lawan web atau blog yg penuh dengan iklan2...berkelip2...dahla ayat power...berunsur lucah dan penipuan tu mmg banyak sangat...hinggalah pada bulan lepas aku berminat nak tahu apa hukum letak iklan kat blog atau website..iklan dimana kita akan diberikan imbuhan jika kita bersetuju menjadikan blog kita sebagai ajen iklan.

Kajian: Haruskah upah adsense dan nuffnang daripada website Ustaz Zaharuddin...lepas aku baca dengan teliti...ia mengambil masa juga bagi aku berkeputusan utk meletakkan iklan dalam blog aku...setelah aku dapati ada penapis yg mana kita buleh pilih xmau letak iklan arak dan tembakau dalam blog kita...dan ada juga penapis lain seperti xmau iklan cosmetik dan sebagainya...

Method@cara Iklan: Kebanyakan iklan yg dipaparkan kat internet ada tidak menepati hukum syarak iaitu tidak menutup aurat, berunsur lucah, berunsur penipuan, berunsur riba, berunsur judi dan bermacam2 lagi yg tidak menepati hukum syarak. Ini termasuklah blog2 org melayu islam yg dengan selamba rock letak iklan2 yg menunjukkan posisi seks, gambar lucah, seksi dan bermacam lagi...

Hukum: Bagi iklan yg tidak menepati hukum syarak, meletakkannya adalah haram, haram klik, haram juga dapat bayaran daripadanya...xde guna dapat duit ribu2 jika iklan tu berunsur haram...produk tu walaupun halal, tapi gambarnya ada gambar berunsur lucah, contohnya iklan ubat kuat dan sebagainya...matlamat xmenghalalkan cara, nak menarik org dengan cara letak gambar posisi org buat seks?ini jelas haram dari segi syarak...aku tgk pun sakit mata, pasal empunya website atau blog tu jelas islamnya..tapi letak iklan2 yg haram dari segi syarak...dia ingat iklan arak je ke yg haram?iklan perempuan xtutup rambut pun haram...haram letak, haram klik, haram terima bayaran.

Hasil Kajian: Umat Islam perlu berhati2 dan perlu lebih teliti agar tidak melanggar batas2 syarak dalam usaha nak mencari duit bersumberkan iklan internet...kesedaran umat islam tentang hal ini amat rendah sekali, ada yg terus memulaukan iklan2 itu kerana menganggap semuanya haram...ada pulak yg langsung xkisah halal ke haram janji masyhuk...aku sendiri pun kadang2 risau bila iklan keluar kat blog...iklan yg menunjukkan aurat perempuan...walaupun itu iklan syarikat perabot...tapi apa jadah keluar peha wanita...rosak blog aku ni!!! namun begitu, ada lagi iklan2 lain yg aku rasa tidak menyalahi hukum dan buleh diklik...

Huraian: Ada trend baru iaitu memaksa org utk klik iklan kat blog atau website kita, sampai tahap memaksa org tu, hukumnya buleh jatuh haram kerana berlaku unsur2 paksaan, adapun jika masing2 xkisah, saling tolong menolong, tiada unsur penipuan, maka xsalah...yg klik iklan tu perlu tahu bahawa tiada unsur penipuan berlaku dan dia pun klik pasal nak tolong sama2 member...dengan syarat ketat iaitu iklan tu mestilah iklan yg menepati syarat. Prinsip iklan internet yg aku letak kat blog aku, sekali org klik satu iklan maka aku dapat 25sen komisen...yg klik tu xdapat ape2 upah pun...itulah jadi haram jika paksa org klik...paksa ni adalah satu perbuatan keji bagi aku...sama2 kawan aku...masing2 klik jika ada keluar iklan...jika mereka xmau klik, aku xpaksa...cuma aku mengingatkan bahawa time ni ada iklan...pasal ape? pasal iklan ni bukan selalu keluar..igt senang ke depa nak bagi 25sen mcm tu je? Iklan tu wajib keluar pada pukul 12 malam...sapa yg bersengkang mata tu bulehla...3-5 iklan akan keluar dalam masa kurang sejam tu...

Penyelesaian : Aku mengingatkan agar jangan klik pada iklan yg ada gambar perempuan xtutup aurat...tunggu bila gambar tu hilang baru klik(ini aku saje2 memandai) contohnya produk kesihatan, menunjukkan gambar ibu dan anak, si ibu xtutup aurat, maka aku akan tunggu gambar tu hilang, baru aku klik iklan tu...at least aku xklik masa gambar tu ada. Aku pun xletak iklan2 yg kemungkinan besar ada gambar perempuan xtutup aurat seperti iklan kosmetik...pendapatan sampingan ni bukanla besar...melainkan ada sindiket iaitu ajak member ramai2 klik iklan tu...team klik namanya...namun sekali lagi..jika ada paksaan...buleh jatuh haram...biarla sikit pun janji berkat...kelak kat akhirat..setiap satu sen akan ditanya dari mana sumber dan kemana dibelanjakan...terma2 dan syarat2 iklan pun aku dah teliti betul2...mereka pun ada trace siapa masuk dan keluar blog aku, mereka pun tahu mana satu pengunjung tu samaada aku atau org lain...mereka pun ada warning jika kita klik iklan kat blog sendiri...iklan tu adalah satu cara publisiti...daripada duk bayar cukai saje2...depa salurkan pada iklan...itu pasal mereka xkeberatan bayar...jumlahnya agak kecil...so janganlah nak paksa org klik sampai buleh jadi pergaduhan...

Kesimpulan: Tidak salah nak letak iklan, dengan syarat iklan tu tidak melanggar hukum syarak...ada org dapat berpuluh2 ribu dalam sebulan hanya kerana letak iklan kat blog mereka, tapi sayang, ada iklan2 tu tidak menepati hukum syarak...bahkan empunya blog tu pun jenis xmematuhi hukum syarak...macam tulah umat islam zaman sekarang ni...halal haram sume pakai bedal...maybe dia ingat letak iklan arak je haram kot. Jangan sesekali kita lalai mengerjakan suruhan agama...asyik duk klik iklan situ sini sampai solat waktu pun xhirau...klu org bukan islam lantaklah...ni masalahnya org islam...mcm mana lah nak jadi baik, nak terima kebaikan jika sumber yg duk makan hari2 tu entah dari mana datangnya...kelak nnti bahagian2 badan hasil dari sumber haram tulah yg akan dibakar dalam api neraka...kita org islam, ada peratuturan kena ikut...kuatnya islam itu kerana umat islam ikut islam...tapi jika umat islam xnak ikut islam, nantikan saja bala dari ALLAH...

P/s: aku akan tulis lagi pasal ni jika ada kelapangan...ilmu aku belum cukup tinggi lagi...setakat ni aku pegang halal jika iklan tu xmelanggar hukum syarak...aku pun xde kuasa mutlak nak kawal iklan nak pastikan iklan yg keluar tu menutup aurat dan sebagainya...tapi majoriti iklan yg keluar adalah "lulus"...cuma ada satu dua je ada gambar perempuan xtutup aurat...biarlah dpat sikit janji berkat...

2 comments:

azhar-auto.com said...

bagus posting ni. tima kasih ingat mengingati sesama blogger.

Hady83 said...

Satu je nak pesan...jgn nak harap income tu sangat, dulu penah je jumlah 160++...bila nak cash katanya click fraud..klu betul clik fraud..dah beribu rasanya..pasal sekali klik kan 25 sen...xleh caya lah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...