Rakan Seperjuangan

Friday, November 2, 2012

Hina Nabi

Assalamualaikum WBT...

Setelah sekian lama, baru kali ini aku terasa ingin mengupdate blog ini...sebelum ini nak juga update tapi ada satu perasaan frust apabila blog yang tidak berapa nak terkenal ini telah menjadi satu kontroversi terutamanya di kalangan mereka yang konon mengenali aku...

Aku tertarik dengan khutbah yang di baca pada sidang jumaat tadi..walaupun orang yang baca itu aku tak berapa nak gemar..tapi aku tertarik dengan kandungannya...antara kandungan yang aku masih ingat sampai sekarang adalah pasal isu hina nabi..

Khatib yang baca tu sebut baru2 ni kecoh satu dunia pasal sebuah filem yang diterbitkan oleh musuh2 Islam yang dikatakan sebagai menghina junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW...satu dunia bangkit membantah sekeras2nya penerbitan filem itu..TAPI DALAM MASA YANG SAMA?

Tambahnya lagi...tapi dalam masa yang sama, kita umat Islam patut berasa malu dengan nabi..kerana kita pun seolah2 menghina nabi apabila seruan azan oleh bilal kita tak pedulikan...sunnah2 nabi kita tinggalkan...ajaran2 islam kita perkecilkan..

Turut disentuh juga mengenai aurat2 umat Islam yang semakin lama semakin menjadi2...menyerupai golongan yahudi dan nasrani...mak bapak tutup aurat tapi anak2 dibiarkan mendedah aurat..

Paling best adalah apabila khatib berkata...dalam2 kutuk orang kafir yang hina nabi kita...dalam masa yang sama..di bibir2 umat islam ada sebatang rokok yang sentiasa berasap yang mana kita semua tahu keuntungan dari jualan rokok itu sebahagian besar di sumbangkan kepada golongan yang menindas umat Islam...

Aku tersenyum sendiri...mujurlah aku telah memilih untuk tidak merokok...tapi bukan bermakna aku tidak merokok maka aku ini menjadi umat islam yang sempurna...masih ada banyak lagi lompang2 yang perlu di isi..

Oleh kerana aku dah lama xmenulis..maka tulisan pada kali ini agak berterabur...aku pun sedar bahawa tidak ramai pun yang mengikuti blog ini..

Tapi apa yang aku nak kongsi pada kali ini adalah...kita sibuk mengutuk dan menghina orang bukan islam yang ternyata jahil tentang islam..tapi pada masa yang sama..kita pun tidak ada inisiatif untuk membuang kejahilan kita tentang agama islam...maka dengan sebab itulah orang bukan islam tidak segan silu untuk memperlekehkan agama islam..

Bulan lepas aku tengok ada demonstrasi yang di buat oleh para agamawan buddha yang terang2 memperlekehkan islam dengan menulis sepanduk agar OIC tidak campur tangan dalam hak etnik minoriti islam di myanmar.. sebagaimana kita tahu etnik itu telah ditindas dengan dahsyat..tapi apa yang kita rasa? apa yang kita buat?

Malas nak cakap kat orang...aku sendiri pun tidak berbuat apa2..cuma sakit hati sahaja bila yang diberi kuasa tidak menggunakan kuasa...aku ni tak ada kuasa..kuasa yang ada sekarang hanyalah menulis dan membebel.. aku hairan pasal apa ini semua boleh terjadi..seolah2 etnik minoriti tu cuma watak rekaan dalam filem atau komik..bila kita baca atau tengok..kita tak rasa apa2..padahal tidak mustahil satu hari nanti..kita pun akan mengalami nasib yang sama..

P/s: Best juga kerja swasta ni...xperlu nak takut atau gerun nak menulis seperti ini.. asalkan tidak mengutuk majikan sendiri sudahla...



2 comments:

Annur Ma'sumah said...

setuju sgt

Admin said...

Terima kasih sudi membaca entri yang xseberapa ni :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...