Rakan Seperjuangan

Thursday, April 26, 2012

Hutang vs pinjaman vs loan




Bertemu lagi dalam ruangan kali ini yang mana aku rasa skill menaip dan menulis aku dah semakin merosot gara2 terlalu banyak tengok tv dan membaca saja…tidak seperti dulu boleh dikatakan hari2 aku menaip sesuatu…sekarang ni klu buka komputer pun klik je banyak…taip2 ni dah kurang…

Cukuplah dengan intro diatas…kali ini aku rasa terpanggil utk menulis pasal isu yang hangat diperkatakan oleh media iaitu pemansuhan pinjaman pendidikan…aku ni xmainla main dengar satu pihak saja…pendek kata aku dah tgk kat tv dan juga dah baca kat media2 lain…pasal apa aku nak menyibukkan diri melayan benda2 ni…pasal aku pun antara peminjam yang tegar tu…yang 100 ribu peminjam yang belum bayar semula pinjaman tu…ingin aku tegaskan disini bahawa aku bukan tak mahu bayar…tapi tunggulah aku dapat kerja tetap dulu…lagipun aku ada banyak lagi hutang2 dengan member2 yang ribuan jugak jumlahnya…

Berbalik pada kes pemansuhan pinjaman tu…nak tukar jadi biasiswa semua…pada pendapat orang yang ada akal…ia xmustahil dilaksanakan…tapi ingin aku tegaskan lagi bahawa aku belum bayar bukan kerana aku nak tunggu ia jadi biasiswa dan dihalalkan…ia xsemudah langkah memancing rakyat dengan beri 500 hengget pada keluarga yang layak…ia juga xsemudah memansuhkan yuran sekolah…pasal itu nak tarik pengundi…adapun yang nak mansuh pinjaman ni jauh untuk menarik pengundi…silap haribulan buleh tolak pengundi…

Satu pihak kata klu mansuh nanti negara akan bankrap…satu pihak lagi kata dulu masa negara belum kaya macam sekarang elok je bagi biasiswa…xbankrap pun…sekarang bila negara dah kaya buleh bankrap pulak…ada pihak kata ia taktik nak pancing undi semata2…ada pihak kata kenapa hutang yang lebih setengah juta boleh di hapuskan begitu saja..hutang seorang manusia pulak tu…apa pasal nak berkira sangat dengan ribuan mahasiswa…

Maka dekat kaca tv(aku masih pakai kaca tv) terbitlah pemimpin2 mahasiswa yang bercakap dan bagi pendapat…yang makin lama aku dengar…rasa nak lempang je muka pemimpin mahasiswa tu…harap muka saja ada pakej…tapi cakap kosong… budak sekolah menengah bolehla percaya klu cakap itu mcm…
Tapi tak boleh nak salahkan mereka…klu nak masuk tv mestilah cakap itu mcm…klu nak sokong pemansuhan mati hidup semula pun belum tentu dapat keluar tv…alkisahnya aku ni bukan nak ambil port sangat…nanti dah keje tetap aku bayarlah…itu duit rakyat jugak…tapi bila makin banyak kenyataan2 bodoh yang keluar kat tv…aku memang naik hangin…siap pakai fatwa mufti bagai…tak bayar balik hukumnya haram…mujur xkata nanti xboleh masuk syurga…tapi aku tertunggu2 jugak ia keluar…

Aku habis ijazah pertama tahun 2007….sejak dari itu aku belum bayar satu sen pun lagi…surat saman dah banyak sampai..surat mahkamah pun ada sampai…surat amaran muflis pun ada jugak sampai…tapi aku buat dek jelah…bukan aku xnak bayar tapi belum betul2 mampu nak bayar…masa aku dapat kerja dulu pun duit hanya untuk bayar yuran ijazah kedua dan buat makan minum…lagipun aku xsangka aku akan menganggur begini punya lama…

Orang kata klu belum kerja kenapa xbuat penangguhan pembayaran…ya…itu memang silap aku kerana aku sangka aku akan mudah dapat kerja selepas tamat belajar…lagipun masa tu aku fikir penangguhan tu Cuma nak halang surat saman..tapi faedahnya tetap ada…dalam 50 hengget sebulan tu…jadi aku pun selamba jelah buat xendah je...dalam 3 tahun xbayar satu sen haram….barulah nama aku kena blacklist kat imigresen…pun aku xheran pasal aku ni passport pun xda…apa kejadah nak keluar negara…kais pagi makan pagi…

Timbul pulak isu kenapa mahasiswa ni teruk sangat kena layan..sedangkan peminjam  tegar lain elok je buleh keluar negara…nama xkena blacklist pun…seolah2 mahasiswa ni dianaktirikan pulak…pasal tu aku pun xtau nak kata apa…bagi yang kena tahan kat airport tu…sendiri mau ingatlah…klu dah ada duit lebih tu bayarlah balik loan pendidikan tu…tapi baru ni ada yang dah bayar pun kena blacklist lagi…itu Cuma masalah sistem komputer yang kena virus kot…maklumlah Cuma ada 2000 kakitangan je yang urus pinjaman tu…berbanding ratusan ribu yang pinjam…


Pastu ada pulak kes nak berkhemah utk mintak pemansuhan…ala klu setakat ratusan je yang protes…memang xkemana lah..buat penat je…tapi aku rasa bukan nak betul2 mansuhkan pun…paling kurang aku mintak agar agensi pinjaman tu bertimbang rasalah sedikit…aku bukan tak mahu bayar tapi belum mampu nak bayar…tapi bila isu ni dipermain2kan…aku pun naik bengang…nak2 pulak bila yang bagi pendapat tu bukannya peminjam…memang xberapa tepatlah kalau mereka bagi pendapat…zaman mereka dulu biasiswa…peluang kerja pun banyak…xmacam zaman sekarang ni…dahlah hutang puluhan ribu…peluang kerja pulak terhad…terutama bagi sepsis yang hampir pupus mcm aku ni…

Setakat ni aku dah habis beribu2 utk pergi temuduga…tapi belum ada rezeki lagi…dahla setiap kali pergi temuduga tu ianya dimonopoli oleh kaum hawa…banyak kali jugak yang aku ni hanya satu2nya calon lelaki yang hadir untuk ditemuduga…tapi aku xkisahla sangat..Cuma rasa agak putus asa bila dapat tahu gagal dalam temuduga…tapi belum betul2 putus asa…pasal aku sedar aku kena bayar hutang orang dan hutang pendidikan…

Walaupun masa aku belajar dulu loan selalu masuk lambat…tidak seperti sekarang…tapi aku tetap nak bayar loan tu…tapi kalau dimansuhkan…aku pun suka…andai kata xdimansuhkan…aku pun belum mahu merungut lagi…walaupun dah diancam muflis...Cuma aku nak merungut bila ada kenyataan2 bodoh dan tidak menggambarkan perkara sebenar diulang2 kat kaca tv…

Zaman aku dulu kalau dapat kelas pertama pun belum tentu dikecualikan daripada bayar loan…aku pun memang xharapla dapat kelas pertama…aku pikir buat apa belajar susah2…dapat tinggi pun tetap kena bayar loan…tapi akhir2 ni aku dengar mereka yang kelas pertama dah makin ramai tak perlu bayar balik…baguslah…yang kelas pertama tu lebih mudah dapat kerja…tak macam aku yang kelas kedua bahagian bawah ni…mmg payah nak mampus untuk dapat kerja…tapi xbaik merungut…rezeki belum ada…sabar jelah…member aku cakap klu dah tuhan nak bagi kali yang ke 10…tapi aku dah quit kali ke 8…so aku pun teruskanlah usaha apply mana2 kerja yang aku rasa aku buleh masuk…

Aku memang agak memilih kerja…walaupun diburu surat saman dan surat mahkamah…aku tetap memilih kerja…kerana kalau salah pilih kerja..memang buruk padahnya…aku bukannya memilih nak yang gaji tinggi2…tapi biarlah yang sesuai dengan kemahiran dan ilmu yang aku ada…bukan tak boleh mintak kerja sembarangan…tapi xlama mana aku akan rasa tawar hati…aku akan rasa nak memberontak…maklumlah kerja xsesuai dengan aku…walaupun kerja itu mudah tapi kalau dah xkena dengan jiwa…xrasa bahagia juga…xdapat nak rasa kepuasan kerja…lagipun aku paling xsuka kalau orang mengambil kesempatan atas aku sewenang2nya…mentang2 aku ni tahu buat itu buat ini…buleh diharap sikit..mula lah nak suruh itu suruh ini…kalau setimpal dengan bayaran tak adalah aku  nak merungut..jadi sekarang ni apa orang nak ckap lantaklah…aku dah penat kerja yang xsepadan dengan kemahiran dan ilmu yang aku ada…

Berbalik pada tajuk utama…rata2 yang ambik loan tu sume adalah anak orang miskin…dahla miskin…jurusan yang diambil pulak memang jenis yang payah dapat kerja…pasal apa…pasal yang engineering tu sume dapat biasiswa…yang fizik, kimia, math sume tu dapat biasiswa…yang pendidikan pun dapat biasiswa…adapun klu anak orang berada…loan pun sikit saja…yang terpaksa tanggung loan lebih 20ribu tu rata2 adalah anak orang miskin yang mengambil jurusan yang tak berapa nak komersil yang akhirnya terkebil2 nak mintak kerja lepas tamat belajar…paling best yang dapat biasiswa tu mudah dapat kerja kerana bidang mereka amat laris…berbanding dengan pelajar aliran kemanusiaan yang rata2nya adalah anak orang miskin yang memang payah giler nak dapat kelas pertama…pastu dihantui oleh bayaran balik pinjaman yang dengan izin begitu RAKUS untuk mengutip semula pinjaman…aku cadang klu aku ada kuasa…akan aku beri tempoh 5 tahun utk kutip balik…kalau dah lebih 5 tahun tu belum dapat kerja tetap…ambil je mereka utk kerja dengan agensi peminjam…jadi tukang key in data pun jadilah…

P/s: Aku bukan tak mahu bayar loan tu tapi aku belum dapat kerja tetap lagi…aku pun xsenang hati klu xbayar…walaupun aku harap satu hari nnti ia akan jadi biasiswa…tapi aku xberkira sangat nak bayar klu aku betul2 dah mampu…loan ni bagus pasal xdalah student nak rasa enjoy sangat time belajar…zaman sekarang ni orang xhargai klu asik bagi percuma je..langsung xpernah rasa susah tu xelok juga…sekali sekala kenalah derita sket…baru dapat selami keadaan mereka yang derita…

4 comments:

peace289 said...

cool entri...

Admin said...

Thanks for reading :)

Anonymous said...

Semoga mendapat pekerjaan yang halal dan dimurahkan rezeki oleh ALLAH

Sahabat lama
Rabiah Rosdi

Admin said...

Thank you for the wish..doakan moga cepat kawin juga... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...