Rakan Seperjuangan

Sunday, January 2, 2011

Segmen Mengira Hukuman Baca Horoskop/Ramalan

Entri 291: Susulan dari entri hukuman tinggal solat, tayang rambut, minum arak...kali ini pulak dengan izin, (macam bahasa undang2 pulak) aku nak sentuh pasal hukuman baca ramalan atau pun horoskop...

“Sesiapa mendatangi tukang ramal lalu bertanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima sembahyang baginya selama empat puluh malam”


“Sesiapa mendatangi tukang ramal lalu mempercayai apa yang dikatakannya, maka dia telah kufur kepada apa yang diturunkan ke atas Muhammad”

Dua dalil itu sudah cukup bagi orang yang betul2 beriman...melainkan jenis kurang iman..mesti akan cuba cari dalil yang kurang jelas yang menyokong tindakan baca horoskop...

Berkenaan jumlah satu hari diakhirat...ada dua pendapat...pendapat pertama mengatakan bahawa sehari akhirat bersamaan 50 000 (50 ribu) tahun dunia..tapi pendapat kedua yang agak mashyur adalah sehari akhirat bersamaan 1000 tahun dunia...disini bukan nak gaduh ke apa...satu saat dunia pun kita tak mahu kena siksa...apatah lagi beribu2 tahun akhirat...

Aku cuma nak fokus pada golongan yang baca horoskop kategori pertama...iaitu baca untuk suka2..baca tapi tak percaya sangat...kerana kalau percaya...maka time tu jugak dah jadi syirik dan wajib taubat...kerana dosa syirik paling besar...

Golongan yang baca horoskop namun tidak percaya ini...tetap tidak diterima ibadat selama 40 hari...kalau dia baca akhir bulan syaban...maka solat puasa sepanjang ramadhan tidak diterima dan dia berdosa....kalau bulan2 biasa..maka solat dan ibadat lain tidak diterima...

Maka dengan otak bebal matematik aku ni...formula yang aku dapat buat adalah seperti berikut...

1 kali baca= 40 hari ibadat tak diterima
1x baca= 40 hari jumlah solat dalam 40 hari= 40 X 5= 200 solat
1x baca= 200x tinggal solat

x=KALI=DARAB


1 waktu solat= 80 tahun seksa akhirat
1 hari akhirat= 1000 tahun dunia

40 hari=200 waktu solat= 200 X 80 tahun=  16 000 tahun seksaan akhirat
1 tahun akhirat= 365 X 1000 = 365 000 tahun dunia
16 000 tahun akhirat= 16 000 X 365 X 1000= 5 840 000 000 (5.84 billion tahun dunia)


1000 ribu=1 juta= 1 mega
1000 juta= 1 billion= 1 giga
1000 billion= 1 trillion= 1 tera

Oleh yang demikian...ingat2lah bahawa sekali baca horoskop tanpa mempercayainya...untuk suka2 tanpa motif...maka tidak diterima solatnya 40 hari...ibarat tinggal solat 40 hari...dan hukuman bagi tinggal solat 40 hari adalah 5.84 billion tahun dunia...

"Masa Israk Mikraj Nabi lihat ade manusia yang menghantukkan kepala dia kat batu sampai pecah, then kepala tu ok balik, then hantuk lagi sampai pecah dan begitulah seterusnya..Nabi tanya pada malaikat Jibril dan Jibril jelaskan bahawa itu adalah seksa atau balasan bg org yang meninggalkan solat masa kat dunia"

Jadi jangan jadi bodoh dengan sengaja mencari pasal...yang lepas2 tu taubatlah..mudah2an kita diampunkan kerana kita belum mengetahui...aku cukup menyampah dengan sesetengah orang yang guna aplikasi fesbuk yang berkait dengan ramalan atau horoskop...aku dah lama berdiam diri...sekarang aku dah nasihat...

Kenapa aku susah payah nasihat macam orang perasan bagus? adakah aku tak pernah baca...jawapannya..aku pernah baca dan pernah mempercayainya...itu zaman aku jahiliah...dan sekarang aku dah taubat tak nak baca...jadi adakah aku perasan bagus lah kerana aku tulis kat sini...kan lebih baik aku berdiam diri je..kerana berdiam diri itu menunjukkan kematangan...dan menunjukkan aku orang baik..tak kacau orang...tak jaga tepi kain orang...

Well...nanti hari kiamat...masing2 terdesak nak lepaskan diri...tidak mustahil bagi aku dan siapa saja akan cari orang untuk turut disabitkan kesalahan...nanti tuhan tanya...kenapa baca walaupun dah larang? aku mungkin jawab...tapi kawan aku yang tahu haram itu tak pernah larang aku...tak pernah nasihat...dia cuma berdiam diri...tak ke kesian kat kawan aku tu...dan kalau aku yang tahu haram ini berdiam diri...tak mustahil nanti ada yang cari aku untuk dipersalahkan...atas dunia bulehlah...kat akhirat nanti jangan main2...tak ada kesian2...tak pasal2 aku pun akan kena pasal tidak melarang...tidak menegur...kerana takut dikatakan sombong dan perasan bagus kalau menegur...agak2 ALLAH terima ke alasan aku? mana dia menyuruh kebaikan dan mencegah kemungkaran?

Lagi pun aku cuma ulang balik apa yang dilarang oleh syarak..cuma bahasa aku ni je tak boleh blah kata orang...well...pergilah tempat lain yang mana bahasanya lembut..tapi pointnya sama je...tetap haram...aku dalam ni je pong pang pong pang...kat luar aku diam je...kerana aku tahu tabiat manusia...kalau tegur depan2 memang gaduh...dan lebih susah nak tegur mereka yang lebih rapat berbanding mereka yang kita tak rapat...

P/s: Buat kengkawan semua...hentikanla baca dan percaya ramalan...walaupun untuk suka2...kerana jelas haram...dan kalau percaya..jadi syirik...syirik tersembunyi...kerana percaya ramalan...kalau syirik terang tu ramai orang tahu..macam sembah berhala..tapi syirik percaya ramalan ni...syirik khafi...
 

2 comments:

zul rizal said...

paling xbole blah iklan ramalan bentuk alis mata kat tv tu..bodo sangat la...yang daftar untuk perkhidmatan tu lagi la ngok..apesal la kerajaan x peka sensitiviti umat Islam di Malaysia..macammane lembaga penapisan boleh pejam sebelah mata...hai, marah nie...

Hady83 said...

Benar memberku...mu penah menyedarkan aku pasal sekali baca 40 hari tolak amalan..bertitik tolak dari situ..aku mula mengkaji...hehehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...