Rakan Seperjuangan

Sunday, October 10, 2010

Mencuit Orang Ketika Solat

Perbuatan cuit orang kat depan sebagai tanda kita nak ikut dia solat atau dalam erti kata lain, kita nak dia jadi imam dan kita kat belakang ni nak jadi makmum, adalah satu amalan biasa bagi orang melayu khususnya kat malaysia ini...lazimnya yg dicuit bahunya itu tahu bahawa orang belakang nak jadi makmum dan dia kena jadi imam...akan tetapi tahukah anda bahawa perbuatan tersebut boleh jatuh kepada haram?haram kat sini bukannya dosa besar tapi tetap berdosa kerana mengganggu orang sembahyang...

Kalau tidak boleh cuit bahu, mcmna kita nak bagi tahu bahawa kita nak ikut dia? Senang saje...kalau kita seorang sahaja nak ikut, kita hampar sejadah atau berdiri kat belakang dia(bagi lelaki, pempuan aku xsure pulak) dan angkat takbir kuat sket agar dia sedar kita nak ikut dia...

Kalau kita ramai2 nak ikut dia pun sama jugak...kita buat saf kat belakang...kita takbir sahaja, xperlu nak cuit2 bahu org depan tu...kita takbir agar dia dengar tu dan tunjuk bahawa kita nak dia jadi imam...dan kalau dia xmau layan..kita xusahlah takbir banyak kali...kita buat je jemaah lain...klu sorang2..kita niat sahaja sembahyang sorang...nak niat jadi makmum pun xpe...tapi xwajib pun org depan tu tukar niat jadi imam...

Memang agak susah nak dipraktikkan bende2 camni pasal cuit mencuit ni dah kira sebati dalam masyarakat kita...kita pakai bedal je tanpa soal selidik perbuatan itu boleh atau tidak...lepas ni harap xdelah yang cuit2 bahu ni...cukuplah kita takbir kat belakang dia...kita pun niat je jadi makmum...klu org depan tu xnak tukar niat jadi imam...solat kita tetap sah...ikut sajelah org depan tu...selagi cara solat dia sama...xkiralah dia solat sunat, kita solat wajib, tetap sah solat kita...melainkan dia solat jenazah, kita solat asar..itu mmg xleh ikut...pasal solat jenazah xde rukuk dan sujud...

Dan kita pun xusah nak kalut lepas kita ikut imam, kita tambah lagi rakaat, pastu ada org nak kita jadi imam dengan takbir belakang kita...pun sah juga solat kita meskipun tadi kita jadi makmum, sekarang dah jadi imam...sama juga kita tengah solat sunat, pastu ada org belakang ikut, org belakang nak solat asar, pun sah juga solat kita dan solat org belakang tu...xperlu kita kalut dalam hal2 mcm ni...lepas habis dua rakaat solat sunat kita, kita bagi salam je...org belakang tambah jelah lagi dua rakaat...pasal kita dan mereka tak tahu kita solat ape..solat sunat ke wajib ke...yang penting ada cara solat tu sama...ada rukuk dan sujud...

P/s: Gaya bahasa aku buleh buat org yang baru2 ni pening kot...aku cadangkan buleh tanya yg lebih pakar...aku pun bukan reka sendiri peraturan ni...aku dengar dari yang lebih pakar dari aku...cuma aku tulis dalam lenggok bahasa aku...

5 comments:

Unknown said...

nak tanya kan dia nk kte iman kan dy kan..pastuh mse tuh dy cuit bahu kte abis tuh niat kte kne niat balik iman kerana Allah Taala ke?? ke mcm mne?

Admin said...

bukan iman tau tapi imam...kalau dia cuit bahu ke..duk tepi kita ke..hampar sejadah tepi kita ke..tanda2 dia nak suruh jadi imam..bila dia angkat takbir or cuit ke..kita niatla jadi imam..

Anonymous said...

salam, maaf klu ana silap, jika antara sbb 'cuitan' itu boleh menimbulkan kurang kekhusyukan solat seseorang itu, bukankah jika kita bentangkan sejadah di tepi nya dan bertakbir dengan lebih kuat dari biasa turut juga boleh diklasifikasikan sbg mengganggu solat seseorang. sedangkan seseorang yg sedang membaca Al-Qur'an pon perlu memperlahankan bacaan jika terdapat seseorang sdg mengerjakan solat... apa pandangan saudara ttg ini. (sy sekadaar lebih kpd memcari jawapan pabila ade org yg melontarkan pandangan/persoalan sebegini...)

Anonymous said...

salam, satu lg soalan, bagaimana pula persoalan mengenai 'mendepangkan tangan' (menghalang) apabila terdapat seseorang ingin melintas kawasan hadapan solatnya, yg turut membabitkan pergerakan fizikal seseorang ketika solat? saya pernah juga melihat seseorang yg medepangkan tangan ketika seorang hamba Allah (yg juga ketika itu tidak perasan terdapat seorang sedang solat), dan ditambah pula hamba Allah ini sedang berjalan dgn agak tergesa2 (agak laju), menyebabkan terlanggar 'depangan tangan' hamba Allah ini yg ketika itu sedang solat hampir2 terjatuh... ade hujah dan nas2 yg kuat mengenainya?

Hady83 said...

W'salam...rasanya kalau perbuatan hampar sejadah ditepi dan disusuli dengan takbir yang kuat sedikit adalah lebih afdal berbanding tiba2 ada cuitan di bahu..ini kerana apabila nampak orang hampar sejadah kat tepi..kita pasti maklum orang mahu jadi makmum kita..dapatlah kita prepare..berbanding tengah khusyuk baca tiba2 kena cuit..itu lebih mengejutkan dan agak terburu2..

Dalam bab mendepakan tangan utk menghalang orang lalu..hujah dan nas yang asli tidak dapat dibuktikan di sini..cuma apa yang boleh dikongsikan adalah sebarang pergerakan dalam solat tidaklah membatalkan solat selagi mana orang yang melihat dari jauh itu masih mengerti bahawa orang tersebut masih bersolat...pergerakan seperti melompat2 hingga orang lain yang melihat tidak menyangka bahawa orang itu sedang bersolat itulah yang membuatkan solat terbatal..Wallahua'lam.

Pernah terbaca jika kita sudah menghalang orang dari lalu di hadapan kita semasa sedang solat...namun orang tersebut tetap ingin lalu sehingga 3x...ketahuilah bahawa ianya adalah gangguan dari syaitan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...