Sudah lama tidak melayan ceramah di waktu petang...kerana waktu petang aku habiskan dengan tido sahaja akibat kekenyangan makan nasi...hehehe..kali ini aku dengar ceramah bertajuk soal jawab berkenaan wanita oleh Ustaz Azhar Idrus...wow..mmg kena atas batang idung aku la ceramah kali ni...nak tak nak, aku kena kongsi juga dengan org...
Point yg menarik adalah berkenaan batas2 pergaulan antara lelaki dan perempuan mengikut hukum syarak...ia dimulai dengan bab pertunangan...aku mendapat ilmu baru arini kerana tidak pernah ku sangka pertunangan itu hanya perlu mendapat izin wali perempuan(jika perempuan itu masih dara), tidak perlu rombongan atau cincin dan sebagainya...cukupla jika wali perempuan itu(bapa) bersetuju dengan hajat seseorang lelaki itu utk meminang anak gadisnya...maka pada saat itu, serta merta anak gadisnya dan menjadi tunang org, walaupun anak gadisnya itu tidak tahu menahu pasal itu...contoh jika aku berjumpa dengan seorang bapa yg ada anak gadis yg mana aku nak mengahwini anaknya...aku berjumpa dgn bapa itu disimpang jalan, smbil mmberitahu hajatku, maka apabila bapa itu cakap dia setuju, otomatik time tu anaknya telah menjadi tunang aku...xperlu nak hantar cincin atau rombongan dan sebagainya..cukup walinya setuju sahaja...
Antara lain ceramah ini menyentuh isu pergaulan antara perempuan dan lelaki yg telah ditetapkan oleh hukum syarak...rupa2nya adalah haram jika perempuan berkenalan dengan lelaki melainkan perempuan atau lelaki itu ingin berkahwin antara satu sama lain...WOW..aku tercengang kejap...sebelum ni aku tahu mmg salah tapi tidak ku sangka ianya haram disisi syarak...betul lah kata2 mak aku, perempuan dengan lelaki tidak boleh berkawan(melainkan mahram)...betapa kita telah jauh terpesong dari ajaran Islam yg sebenar...kita telah dididik sejak dari pra sekolah lagi...percampuran antara lelaki dengan perempuan adalah perkara biasa...hari ini baru aku betul2 tahu bahawa ianya dilarang dalam Islam...
Selepas bertunang, barulah dibenarkan keluar bersama, tapi disyaratkan ada mahram, yg biasanya dilakukan adalah dengan mmbawa adik yg masih kecil, namun ia masih tidak menepati hukum syarak...kerana mahram yg dikehendaki itu mestilah sudah mumayiz...mmg betul lah bahawa selama ini aku pun tidak mengikut peraturan yg telah ditetapkan oleh syarak ini...mujurlah aku belum bertunang lagi...tapi keluar dengan kawan2 perempuan tu pernah dan banyak kali jugak...huhu...
Bende yg sudah sebati dalam masyarakat ni mmg susah jika kita nak ubah...malah ada ibubapa yg tidak kisah jika anak perempuan mereka keluar dengan lelaki yg bukan mahram...ini jelas menunjukkan kurangnya pengetahuan agama oleh masyarakat hari ini...kita sudah terlalu mengikut cara yahudi dan nasrani melalui tv, filem, pembacaan dan sebagainya...
Aku pun kena mengingatkan pada diriku agar lebih berwaspada selepas dari hari ini...patutla rasa mcm ada je yg xkena pada diriku ini...syukurlah aku dapat tahu pasal hal ni sebelum terlewat...
P/s: Dalam usaha mencari perempuan utk dijadikan isteri...mencari dan masih mencari...
No comments:
Post a Comment